Dua malam berturut aku di Bangsar. Sepatutnya tiga. Aku tak hadir malam pertama kerana ada urusan lain. Malam kedua bersama teman-teman yang asyik bicara soal menulis. Aduh, sejak dulu aku memang cemburu dengan mereka ini dan malam tadi ia buat cemburu aku bertambah.
Makan di Bangsar memang seronok. Selain dari kawan-kawan di sana yang bual mereka selalu mencabar potensi diri kau dizahirkan, persekitaran kau sentiasa bersemangat. Awek-awek cantik, comel, manis dan hot, mereka bahagia dan aura bahagia itu aku suka (peace!). Tapi ternampak juga beberapa kali couple yang gaduh di tepi jalan, aduh!
Semalam tentu saja mereka menanggapi kehadiran Ustaz Moqsith dari Jaringan Islam Liberal (JIL) dengan borak tentang situasi di Indonesia. Aqil akan lama di sana membuat kajian pengaruh Ali Syariati di Indonesia. Tanggapan Ustaz Moqsith mungkin mencabar Aqil bergelut dengan kajiannya kemudian. Kata Ustaz Moqsith, Revolusi Iran khususnya Syiah dan Ali Syariati tidak mengambil tempat yang lama di Indonesia berbanding keluasan pengaruh Syed Qutb.
Dari sana mereka masuk ke wilayah sastera - bagaimana kata jadi kuasa. Subjek besar sastera tentu sekali Goenawan yang terkenal dengan Catatan Pinggirnya. Tentu saja Revolusi Ketiga membawa Goenawan dan Caping (kata lain bagi Catatan Pinggir) ke dunia blog. Kata Mustaqeem, Goenawan dalam tulisannya bergelut kuat dari dibayangi oleh Chairil Anwar. Ah, tentang Chairil Anwar, kamu tentu ingat buku Aku yang dibawa Dian Sastro dalam Ada Apa Dengan Cinta bukan?
Kami akur, Goenawan ternyata indah dalam mengkias bahasa. Dia layak dihormati kerana tidak putus, tanpa gagal, menulis di Tempo setiap keluaran sejak puluhan tahun!
Tentu sekali sosok lain yang muncul dari perbincangan ini ialan Bung Pram (Pramoedya Ananta Toer, Ayu Utami dan Hamka). Mereka ketawa kuat kerana di Malaysia Hamka itu sudah cukup untuk menundukkan kekuatan sastera yang muncul di sini.
Jalur liberal sentiasa menolak arus bawah yang keras dan didorong kebencian dalam penulisan. Jalur liberal sentiasa senang mengusung arus bawah yang lahir dari kasih sayang.
Namun Jaringan Islam Liberal (JIL) mungkin satu sosok yang unik. Tadi mungkin wacana dipanjangkan di Bangsar Seafood, tapi Pak Khalid lebih awal mengajak aku ke Davis Corner. Di meja paling awal kami menanggapi balas pantun yang dimulakan Pak Khalid di Facebook. Ia rancak, provokatif dan ternyata menyenangkan.
Dalam riuh politik, ini masanya kita berehat seketika dan menghayati Politik Cinta!
Dan katakan "Bukan kami tidak sayangkan Sultan, tapi kami lebih sayangkan rakyat!"
Cinta, sesekali menjengah terasa bahagia...
Pinjam satu pantun Pak Khalid:
Padi muda jangan dilurut,
kalau dilurut patah batang;
hati muda jangan diturut,
kalau diturut salah datang...
Renung-renungkan, selamat beramal! ;)
* Pak Khalid kata Ustaz Moqsith adalah theological liberal, bukan market liberal kerana dalam hal ekonomi, dia sosialis...berbeza dengan Luthfie As-Syaukanie..macam-macam!
Thursday, February 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Datang kesini membawa padi
ReplyDeletepadi muda patah batangnya
jangan salah hati yang muda
hati muda dia tau apa
hi abang aminn tewww.. arini friday the 13th.. ati2 dijlnraya.. salamms dr me dikejauhannns
ReplyDelete