Aku pernah mengkritik habis-habisan usaha PAS berbaik dengan UMNO-BN. Namun dalam isu yang ada kini, aku fikir PAS harus diberi penghormatan yang lebih memandangkan YB mereka kekal komited dengan Pakatan Rakyat.
Mungkin ada yang tak faham dan buat-buat tak faham bahawa landasan kritik aku ialah untuk menjaga Pakatan Rakyat supaya kekal. Mereka sentiasa menyangka aku membela DS Anwar berlebihan.
Mungkin ramai yang lupa pengorbanan DS Anwar dan sibuk menyatakan "aku dah berjuang lama dan mesti diberi keutamaan". Mujur, aku syukur, DS Anwar sebagai negarawan tidak pula mahu menyatakan "saya tak berjuangkah?" kepada mereka ini. Mungkin ramai yang lupa DS Anwar antara asbab penting yang merapatkan semula saf DAP dan PAS selepas mereka sendiri gagal kekal bersatu selepas perbezaan pendapat terdahulu. Mungkin ramai juga yang lupa bahawa mood besar perubahan antara lain digerakkan oleh DS Anwar. Masih teringat kata DS Anwar kepada YB Nik Nazmi sebelum Pilihan Raya "dulu masa saya muda, sehari saya ceramah 5 hingga 7 kali, kamu anak muda kena bekerja kuat untuk apa yang kamu percaya". Begitu lebih kurang...
Ramai yang melupakan latar belakang ini. Kemenangan PKR, PAS dan DAP antara lain didorong faktor pengorbanan DS Anwar.
DS Anwar tentu saja bukan maksum, apatah lagi dalam hal kerja organisasi yang penuh dengan karenah manusia. Ledakan Reformasi memanggil ramai umat untuk tampil berbondong masuk ke dalam PKR, PAS dan DAP, malah menjadi manusia bebas.
Sebilangan mereka yang tidak sukakan DS Anwar mungkin melihat ini peluang terbaik untuk mereka menembak curi. Bahasa angkuh dari manusia yang tak teruji memang mudah kita kesan. Mujur majlis tertinggi Pakatan Rakyat lebih rasional.
Siapa saja yang memecah belahkan Pakatan Rakyat memang wajar dikritik balas. Sudah tentu Pakatan Rakyat adalah sebuah ikatan unik sebagaimana yang pernah aku tulis sebelumnya. Gambaran besar politik Malaysia pada masa depan ditentukan dengan kekuatan Pakatan Rakyat untuk lestari.
PAS tentu saja boleh berdiri dengan moral yang tinggi dari hiruk pikuk peristiwa di Perak. Tetapi mengalih isu asas kepada persaingan pengaruh adalah kerja orang lemah jiwa dan lemah minda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku setuju dgn ko. PAS yg mempunyai fikrah yg jelas dan kukuh sepatutnya sudah mampu berdiri teguh.
ReplyDeleteApa yg berlaku di Perak jelas menunjukkan keindahan Islam yg dibawa Ir Haji Nizar dan PAS jelas terbukti bahawa Islamlah yg layak memerintah. Bukan Yahudi atau Nasrani.
Aku tgk Ir Nizar ni cool dan selamba (itu yg aku suka),tak panas baran,bersyahsiah dan pendek kata hebat tarbiyyah yg dia terima.
Ko setuju tak kalo next election, PRU13 PAS jgn bergabung dgn DAP.
Paling aku seronok sebab Anwar sokong Haji Hadi pasal perlaksanaan hudud & qisas pada org Islam. Tapi Karpal Singh memang biaDAP dan dasar DAP tuh.
x setuju. karpal ada hak demokratik dia untuk cakap begitu. cuma ia canggung sbb karpal seolah2 x nampak big picture. mmg biasa dlm hal teamwork ni ramai org yg prinsipal selalu x tolerate keperluan pragmatism. benda ni berlaku di mana2 even dlm kes bercinta pun.
ReplyDeletemaka karpal x leh disalahkan bulat2.
PAS mesti belajar marketing pada aku. yg penting don't break the ranks dan tunjukkan mereka capable utk handle kepelbagaian.
di luar sana lebih pelbagai lagi pandangan selain parti politik! sendiri mau ingat..
Aku tak pernah belajar fikrah dalam usrah. yg aku belajar aqidah dan baca qur'an je.
ReplyDeleteKalau berkenaan hak, aku setuju pemberian tanah kepada kampung tersusun dan kampung baru(80% penduduk cina).
Mungkin aku jumud sebab tak pandai mentafsir ayat 120 surah al Baqarah.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
Atau mungkin juga surah ali Imran,
118. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.
saya pernah tulis tentang pdgn saya berkaitan ayat tu..ingat x perlu saya ulang kot?
ReplyDelete:)
bapak gua memang best
ReplyDeletenota: bapak gua orang PAS
hehehe
haha, gua tau gua tau!
ReplyDeletejom kita 'lompat' masuk PAS. Bleh ganti Ibrahim Ali jadi Maharaja Katak
ReplyDeleteBlueHope rase PAS akan lbih maju kalo jgn geng dgn PKR. Wat kecoh satu negeri dibuatnyer. Lbih baik PAS geng je dgn UMNO/BN. Maner tau org2 UMNO/BN ni bleh insaf dgn adanyer org spti Tok PAS.
ReplyDeletefeel free to disagree
ReplyDeletefeel free to disagree. aku rasa ko dah larut dlm demokrasi kot amin. itu antara sebab kenapa Hizbut Tahrir,ISMA,JIM,ABIM tak sebulu dgn PAS. terang2 demokrasi tiada dalam Islam. Kerana itulah jemaah sebegini menolak pemerintahan khilafah Islamiyyah secara demokrasi.
ReplyDeleteKalau Majlis Syura, iye.
Kadang2 mungkin kita larut dalam cahaya.
terang2 demokrasi tidak ada dalam islam...peewit!
ReplyDeletealamak
ReplyDeletedemokrasi tiada dalam Islam?
biar benar.....
p/s - ada apa dengan istilah?
aedi,
ReplyDeletelayankan saja..