Sunday, February 22, 2009

(Hampir) Semua Masalah Boleh Selesai Jika Kita Nak Selesaikannya

"Amin, mai lepak sat"

"Ada apa?"

"Dr. Mat baru sat tadi bagitau, dia suruh aku kaji fikiran hang
"

Aku tertanya dalam hati - apakah?

Husni kawan aku, budak Kedah (aku tak ingat daerah mana). Tapi dia budak Pembangunan Manusia di Fakulti Ekologi. Aku tak tau den carnal ingat atau tak mamat ni budak Kedah tinggi-tinggi misai dan selalu macam kalut di kolej dulu.

Di kolej dan kampus dulu, aku memang dikenali sebagai seorang yang outspoken, tukang ketuk bagi kerja jalan dan juga seorang yang kreatif(?) buat sesuatu. (oh apakah ini?). Tapi aku rasa keberanian jenis ini hanya bermula selepas Reformasi 1998, titik tolak aku meluruskan pandangan aku pada apa yang kita sebut masa depan kot?

Bila Husni datang bagitau aku macam tu, aku rasa nak tergelak pun ada! Tak adalah hebatnya aku ni cuma cara aku selesaikan masalah mungkin berbeza.

Aku jenis yang optimis kot? Maksud aku, aku tak gemar melihat masalah sebagai masalah sebaliknya masalah sebagai peluang - paling tidak pun ia akan mematangkan kita. Jika ada kawan-kawan buat masukan (entry) pasal masalah, aku akan selalu cuba redakan perasaan mereka dan bagi pandangan yang sesuai (dan kadangkala tak diperlukan kot? haha).

Dalam banyak hal pun aku selalu cuba jadi pendamai jika ada dua pihak bertelagah misalnya pergaduhan besar di kolej dulu. Tapi selepas percubaan ini mendapat maklum balas negatif (maksud aku emosi menguasai rasional), aku akan blah....

Aku tak tahu, tapi dalam hal berpendapat terutama dalam relationship thingy, aku kuat menggunakan rasional. Isu di kolej misalnya - masalah kemudahan pelajar, pelajar buat aduan dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM, ni untuk jawatankuasa pelajar di kolej-kolej dalam UPM) serta pentadbiran yang terima aduan. Aku tidak faham apabila ada pelajar buat aduan atau mungkin sinis, mereka akan dicop sebagai tidak reti bersyukur dan sebagainya. Hasil dari aduan pelajar ini dilayan sebagai 'musuh' di mana daripada persoalan aduan terhadap kemudahan dan sistem ia bertukar kepada peribadi (ini maksud aku relationship thingy).

Kisah benar ini hanya cebisan daripada banyak kisah yang aku temukan di banyak tempat! Dan aku hairan dengan cara orang kita selesaikan masalah dan cari jalan keluar untuk masalah ni.

Pada aku, semua masalah boleh selesai jika kita nak selesaikan. Tapi bila ia sampai mengheret kepada relationship thingy, padahal ia mungkin hanya persoalan benda dan sistem, perkara tu jadi sangat buruk.

Suka atau tidak sistem tidak bergerak sendiri, perlu manusia yang gerakkan. Maka, siapa yang bertanggungjawab terpaksalah sedikit sebanyak tempias kena. Tapi cara kita bereaksi kadangkala keterlaluan dan tidak patut.

Untuk aku, jika ada masalah...

1) Garis prinsip kepada masalah itu mesti ditentukan dengan jelas. Misalnya dalam kes aduan di kolej - prinsip pentadbiran ialah khidmat, patut terima aduan, maklumkan prosedur jika ada dan beri maklum balas lain yang sesuai. Jangan diturut sangat hati bengkak dengan ayat sinikal yang ada. Dan prinsip aduan juga harus jelas - fokus pada aduan, bukan kepada siapa yang bertanggungjawab selesaikan. Soal kegagalan orang bertanggungjawab selesaikan tidak harus jadi perkara pertama, tapi ia boleh diangkat jadi perkara prinsip apabila gagal berterusan - biasanya masalah sikap.

2) Sama juga dalam relationship thingy, jika ada masalah, perkara prinsip mesti diselesaikan. Misalnya pergaduhan dua rakan kerana kononnya kawan A kutuk belakang dan kawan B terasa. Langkah pertama, B patut berdepan dengan A secara terbuka - mendengar dan harus beri A peluang menjelaskan. Tapi B tidak boleh datang dengan kemahuan A mesti bersalah. Cakap direct ni memang susah tapi itulah cara nak selesaikan. B tak boleh selesaikan masalah dengan cara B tuduh sambil TELAH buat keputusan bahawa A salah. It doesn't help at all!

3) Sama juga dalam kes percintaan. Cinta seharusnya bermula dari rasa kasih sayang. Bila ada masalah, selalunya rasa kasih sayang yang menjadi asas permulaan itu diabaikan. Lainlah garis prinsip ini dilanggar - biasanya main kayu tiga.

Itu hanya sebahagian contoh dan ia bukan punca sebenar kenapa aku tulis tajuk ni. Ia persoalan lebih besar melibatkan politik orang tua-tua di mana aku anak muda pula yang kena turun padang selesaikan.

Oh itu satu lagi. Orang tua ada egonya, orang muda ada bodoh sombongnya. Aku rasa kita tidak terlalu bodoh untuk tahu conviction seseorang - jujur atau tidak dan juga mereka termasuk dalam mana-mana kategori atau tidak.

Sebagaimana aku jelaskan pada beberapa kelompok yang aku temukan - kita tak boleh selesaikan masalah dengan orientasi masalah (problem oriented) dalam minda kita. Orientasi pemikiran mesti bersifat orientasi-penyelesaian (solution oriented). Ini kerana manusia tak akan dapat lari dari masalah.

Sebab tu aku tulis jelas-jelas dalam manifesto masa aku di kampus dulu - masalah datang bukan untuk mematikan langkah perjuangan kita, tetapi memanggil kejujuran, kebijaksanaan dan keberanian kita untuk menyelesaikannya.

Jika kita mengalah sebelum mencuba, kita tak akan menambah nilai apapun dalam proses kematangan kita. Jika kita mencuba, sekurang-kurangnya kita boleh menambah nilai kematangan kita berdepan dengan isu yang timbul.

Perkara kedua selalu aku tekankan - untuk menunjukkan masalah (condemn, complain dan sebagainya), kita hanya perlukan kesedaran. Tapi untuk menawarkan penyelesaian, kita perlukan lebih daripada itu termasuk kejujuran dan kebijaksanaan.

Masalah boleh selesai sekiranya kita sedia bertasamuh (berlapang dada) bahawa kita ada masalah tapi kita berkongsi nilai yang sama bahawa masalah boleh dan patut dilesaikan. Bermula dari keinginan ini, kita harus membuka perbincangan dengan falsafah Imam Syafie bahawa "aku mungkin betul dan aku mungkin salah, maka ikutlah yang betul". Tapi dalam proses menetapkan betul dan salah, kita harus pisahkannya daripada siapa yang buat betul dan buat salah.

Maksud aku tujuan perbincangan itu jangan akhirnya sekadar nak buktikan si A atau si B salah. Tujuannya harus pada prinsip - siapa betul pun A dan B kena ikut. Hari ini mungkin si A betul dan si B salah, tapi akan datang tak tahu.

Tapi di luar sana, aku rasa orang kita ramai yang kurang humble, tambah-tambah dalam politik.

Sudahlah kurang humble, kematangan orang ramai disekat untuk mendapat penjelasan yang wajar. Sebab itu dengan kewujudan internet, sedikit sebanyak pola berfikir masyarakat berubah. Sedikit sebanyak sahaja!

Garis hitam putih dalam politik atau mudahnya yang menang dapat semua dan yang hilang kalah semua sebenarnya garis yang tidak sihat. Sebab itu dari kampus dulu aku terus terang cakap aku suka garis kelabu. Jadilah kamu ahli UMNO, PAS, PKR dan sebagainya. Aku tak kisah pun. Tapi kamu harus datang dengan isi, bukan bentuk semata-mata. Kita berkongsi negara yang sama dan kita sama-sama setuju negara ini perlu ditadbir dengan baik, ini garis prinsip.

Pentadbiran yang baik ialah soal peranan dan bukan soal hak. Isu Melayu ialah soal hak dan bukan soal peranan. Jika benar isu Melayu penting, kita orang Melayu tidak boleh jadikan Cina dan India sebagai kambing hitam kepada masalah negara. Hak-hak Melayu yang terhakis selama ini. Yang rasuah, yang salah guna kuasa ni sebahagian besarnya Melayu.

Atas nama hak, peranan yang dijalankan buruk pun kita ajar rakyat supaya pejam mata! Mengalihkan persoalan peranan kepada soal hak adalah cubaan menipu rakyat. Inilah masalah besar kita. Dan kenapa rakyat bersedia untuk mengalihkan kepimpinan tidak lain dan tidak bukan kerana soal sikap bukan mudah untuk diubah. Rakyat tak boleh disalahkan apabila manusia yang selama berpuluh dan berbelas tahun korup, alih-alih cuba nak cakap dirinya tak korup. Selama ni kau buat apa?

Aku Melayu dan aku tahu masih ramai Melayu yang baik dan boleh ambil alih kepimpinan yang hanya hidup di puing hak, dan bukan peranan!

Aku yakin sebenar-benar yakin - Tuhan tak tanya kau Melayu masa kita mengadapnya! Tuhan mungkin tanya kau muslim atau tidak. Tapi bila Tuhan tunjuk kitab amal kau, Tuhan mungkin juga tanya, kau rasa apa yang kau amal ni boleh ke kau mengaku muslim?

Dan aku harus takut dan harap Tuhan selamatkan aku sejak di dunia lagi kerana aku sama macam kalian - manusia yang berdosa.

Semua masalah boleh selesai jika kita nak selesaikannya - jom selesaikan?

Nota:

Dr. Mat dalam tulisan ni ialah bekas Pengetua kolej aku yang dulu aku selalu argue kerana janji yang tak tertunai dan juga cakap lebat dia. Alam si PTD mungkin masih ingat saat kami rasa bengkek gila dengan dia sebab dia dengan poyonya mengaku Dr. Mahathir banyak buat idea-idea dia tapi dia tak dapat nama. Dia akhirnya dicabar oleh aku melalui satu perarakan penyerahan memorandum kepada Naib Canselor berkaitan pembangunan kolej dan juga desakan supaya dia ditukar atas beberapa faktor. Secara peribadi aku tak ada masalah dengan dia, apabila dia ada tanggungjawab dia kena buat. Aku masih tegur dan salam dia jika jumpa walaupun dia tunjuk muka jelas tak suka aku. Tentang masalah peribadi dia, itu urusan dia dengan Tuhan dan aku tak mahu mendahului Tuhan. Segala penentangan aku jelas berkaitan urusan awam (pelajar). Husni adalah orang kuat anak-anak Kedah di mana Dr. Mat adalah penasihat anak-anak Kedah waktu itu.

6 comments:

  1. ni dah lebih 5 minit. gua pun malas nak baca.

    hahaha..

    ReplyDelete
  2. hahaha,

    mesti lu mengeja, sebab tu lebih 5 minit!

    ReplyDelete
  3. berlapang dada hanya orang2 yg terplih saja bole buat... lebih2 lagi org hidung besar, telinga gajah...hati dah keras beb...

    ReplyDelete
  4. alamak, gua belek2 hidung gua kat cermin tadi..tak besar pun? telinga ada sedikit capang dan hati keras? alamak, gua hati tisu...adeh!

    ReplyDelete
  5. dah baca sampai abis.
    cukup lima minit.

    syabas utk diri sendiri.
    huhu.

    ReplyDelete