Friday, November 27, 2009

Semadilah Tawfiq

Saya mungkin jauh, tapi hati saya pedih.
Saya mahu membantu, tapi ruang saya terhad.
Saya telah cuba, tapi ada mereka yang risau cuba memasung.

Saya tidak lupakan saudara, meski kita tak pernah kenal.
Adik saya juga seorang OKU, justeru saya tahu apa rasanya.
Celakalah mereka yang memperolok saudara.
Celakalah mereka yang tergamak menembak saudara.

Saya tahu ada mereka yang akan tetap terus berlindung di balik kuasa.
Dan mereka untuk saya bukanlah manusia.
Mereka mungkin tak pernah tahu tentang khutbah wida', khutbah yang sama
Rasulullah s.a.w. ingatkan tentang Al-Quran dan hadis.
Khutbah yang sama Baginda s.a.w. tegaskan tentang sucinya nyawa.

Semadilah Tawfiq,
Dalam galau hati, saya terpaksa bersabar menanti keadilan Tuhan untukmu.
Namun kata untuk melupakan nasib saudara, tidak sekali-kali.
Mereka boleh mengugut sesiapa yang bangkit, sebahagian dari jual beli mereka untuk keuntungan dunia yang sedikit.

Saya tidak akan mengalah,
Dan saya akan sentiasa ingatkan massa tentang nasib saudara - seorang OKU yang mati ditembak polis dalam keadaan bergari.

Dan saya tidak pernah ada masalah dengan polis, kecuali dengan polis-polis bermasalah.



1 comment:

  1. mat ..aku nasrul hadi kelas hijau duluh ...klau rajin add aku lam messenger...aku nak PM hang ...thanx.

    linkcrc2k6

    ReplyDelete