Thursday, June 25, 2009

Kunyah Syarah Jumaat Aku Ni Ok?

Ada benda yang aku kurang buat sekarang - baca blog. Membaca adalah terapi penting bagi aku. Dari seringan-ringan bacaan hingga ke bacaan berat-berat.

Tapi membaca adalah satu hal lain dan berfikir adalah satu hal lain pula. Sebab tu aku suka sekali bila Prof. Khoo Khay Kim dulu, aku tak ingat bila, sekitar awal pasca Reformasi 1998 ada menyebut lebih kurang maksudnya "ramai orang kita silap dalam proses membaca kerana mereka mencari apa yang mereka telah persetujui sebelumnya".

Aku rasa ini pandangan yang brilliant dan seingat aku, aku konsisten mendokong pandangan sebegini. Ada lagi yang nak aku panjangkan di AminAhmad.com di bawah tulisan Simpang Siur Perjuangan - aku dah tulis 2 siri. Untuk aku, jika boleh, ini adalah perjalanan intelektual yang panjang.

DS Anwar dan Ezam, berkongsi pandangan yang sama pada aku tentang pengalaman penjara mereka. Biasanya aktivis akan dihadiahkan teman-teman banyak buku untuk dibaca di penjara. Sebahagian buku-buku ini telah dibaca oleh mereka. Tapi apa yang menarik ialah pemahaman ketika mula membaca dulu mungkin tak sama selepas satu dasawarsa.

Itulah uniknya manusia.

Bagi kawan-kawan yang kenal aku, permainan Devil's Advocate memang penting ketika persekitaran kita tepu dan beku. Aku rasa orang yang paling kuat menggunakan teknik ini ialah Pak Khalid. Boleh tekanan perasaan kadangkala, haha. Ketika kami ribut anti perang saat Amerika masuk campur urusan Iraq, Pak Khalid, sebagaimana Lee Ken menyedarinya - tidak apologetik, bertanya "Sejak bila dunia ini tak ada perang?". Dan artikelnya di Majalah Siasah waktu itu tentang perang 6 hari.

Dan Pak Khalid-lah orangnya yang memberikan nama Anwar Ibrahim 3.0 sebelum ini. 3.0 itu satu tanda perjalanan intelektual-aktivisme di mana aku rasa Pak Khalid-lah, jika sempat, akan menjadi orang yang paling banyak menyumbang dalam memoir perjalanan intelektual DS Anwar Ibrahim. Aku rasalah, haha. Pasti akan berlaku debat di situ antara kalangan cendekiawan lain di sekeliling DS Anwar.

Ketika aku membaca Prof. Awang Had Saleh menyatakan "kebenaran itu boleh diperbaharui", rasanya itu satu kenyataan mencabar. Sesetengah aktivis dakwah mungkin ralat menerima kenyataan ini. Tapi lewat diskusi Bangsar yang tertunda saban waktu sebelum ini bertegas bahawa kebenaran itu satu, dan persoalannya ialah jalan mencapai kebenaran itu. Di sini tanda mula persoalan kebebasan bagi kalangan filasuf. Plato tidak mahu ada lagi seorang Socrates di Athens.

Socrates mati dibunuh kerana pemikirannya dianggap berbahaya kepada Athens dan Plato tidak mahu penduduk Athens berdosa lagi dengan membunuhnya pula. Socrates tidak menulis, berbeza dengan Plato, bukan saja menulis, malah mendirikan Akademi - awal mula institusi pendidikan dikenal sejarah. Socrates dan Plato tetap punya perbezaan pendapat sebagai guru dan murid. Socrates, sekurang-kurangnya dalam bidang 'ilmu cakap' termasuk undang-undang, terkenal dengan kaedah Sokratik.

Pesan Socrates "the only true way to understand something was to know and understand its essence". Pesan Rasul s.a.w. "orang yang paling bijak ialah mereka yang merenung ke dalam diri mereka dan banyak mengingati mati".

Akhirnya apa? Tidak semua jawapan-jawapan hidup yang kita perolehi adalah muktamad. Di sanalah terbangun kaedah ijtihad dalam Islam misalnya Maqasid al-Syariah oleh Imam Syatibi dan lain-lain. Itu kira yang paling popular...

Keghairahan mencari jawapan kepada persoalan-persoalan hidup ternyata penting, tetapi sebagaimana aku selalu ingatkan dari pesan Covey tentang masalah quick fix, ia ternyata pisau bermata dua yang sebenarnya boleh melumpuhkan diri.

Dunia blog ini rancak, dan sedar atau tidak, kita semua telah menjadi jurnalis dengan cara kita tersendiri - menyampaikan berita dan peristiwa dari perspektif masing-masing. Itu bagus dan baik. Masing-masing ada khalayak pembaca. Ada yang jadi ustaz dari balik nama Anonymous, ada yang jadi malaikat dgn segalanya cita sempurna di blognya. Ada yang membiarkan segala jenis kegilaan wujud di blognya. Ada yang berbahasa inggeris, ada bahasa Melayu dan ada juga yang rojak! Ada yang terkadang serius, terkadang pasar habis. Ada yang merungut-rungut hal kerja, ada yang membangga-bangga hasil usaha. Ada yang jadi polis moral di blog juga!

Blog hanya medium. Sikap manusia adalah ciri sebenar dari paparan yang ada. Ada yang menjadikan blog sebagai alter-ego, ada yang sebaliknya. Ada yang mahu tunjuk intelek habis dengan menapis-napis komen atas nama blog peribadi tak mahu dihias serangan tidak berbahasa budi. Ada yang berpuluh piala kebesaran hasil menulis, tapi tak sanggup diuji apa yang disebut "incoherent" dalam sikap intelek yang sebenarnya melondehkan pegangan rapuh sebenar dari dakwa dakwinya terhadap hal-hal yang dia sendiri tidak mahu memahami. Kemuliaan Khomeini mungkin lebih besar baginya dari para sahabat r.a. dan ilmuan Islam yang diperlekehnya meskipun kita tak mahu memperkatakan mereka itu sempurna dan hanya saja kita bersangka baik dari apa yang tidak jelas.

Aku? Biarlah aku petik pesan Isham Rais kepada anak muda - "buatlah apa saja, buatlah sekarang". Jika ada yang mahu menjadi masyarakat Jepun yang protective, silakan. Aku mahu jadi Robert Frost - pada hujung simpang 2 jalan, aku mahu cuba masuk jalan yang paling kurang dilalui manusia. Dan aku mungkin bukan pengkagum Al-Attas sebagai satu sosok unggul meski aku senang sekali dengan penghujahannya.

Jika ditelusur Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, teks utama syarahan kesarjanaan Al-Attas, aku mungkin beza dari hal Al-Attas hanya mengutip apa yang disifatkan beliau sebagai apa yang "memberi makna" dalam tempoh sejarah. Aku dari mazhab yang percaya "sejarah ditulis oleh orang-orang yang menang" dan ia aku gandingkan dengan "kebenaran itu milik Allah s.w.t. dan Dia mahu manusia mencapainya".

Justeru, akulah musafir lalu yang mencari hikmah, sebagai apa yang diperkatakan Rasul s.a.w. sebagai "barang yang hilang dari orang mukmin, di mana saja kamu temui, kamulah yang paling berhak mendapatkannya". Dan ia diperpanjangkan oleh Saidina Ali k.w. sebagai "meskipun dari seorang kafir, fasiq atau munafik".

Besarlah jiwa Islam dari persoalan ilmu. Setitik air di lautan jika nak dibanding dengan keluasan ilmu Allah itu apalah sangat. Tapi untuk setiap peristiwa ada makna. Dan makna ini selalunya bukan satu dan bukan selapis.

Akhirul kalam, kau boleh percaya apa yang kau mahu percaya. Kau boleh tidak percaya apa yang kau tidak mahu percaya. Hebatnya Tuhan ialah apabila Dia mengatakan bahawa Dialah puncak penyelesaian apa yang kita manusia perselisihkan.

Ingat kata sakti dalam Braveheart? "Every man dies, not every man really lives".




13 comments:

  1. Good morning! I like the Braveheart quote :-)

    ReplyDelete
  2. tawaduk bererti sanggup terima kebenaran dari sesiapa saja, waima dari manusia paling hina..

    aku suka entri ko yang ini. =)

    monei...

    ReplyDelete
  3. Haih, gua dah tak larat nak pesan. Cilakak, lu memang selalu lebih 5 minit

    ReplyDelete
  4. yes,betul. agak panjang!!!hehehe..

    tapi sy kira, biasalah untuk manusia cenderung kepada tokoh-tokoh tertentu. Aku terlupa dari mana teori ini, setiap manusia sebenarnya ada persamaan dengan manusia yang dilahirkan sebelumnya dari segi koheran keintelektualan dan persamaan cara fikirnya.

    ReplyDelete
  5. teori orang besar?

    ReplyDelete
  6. salamm jumaat abang amin itteww..

    ReplyDelete
  7. Buy Cialis, Viagra, Levitra, Tamiflu. Order Generic Medication In own Pharmacy. Buy Pills Central.
    [url=http://buypillscentral.com/buy-generic-viagra-online.html]Buy Top Quality Viagra, Cialis, Levitra, Tamiflu[/url]. canadian generic pills. Cheap drugs pharmacy

    ReplyDelete
  8. We are glad that our comrades Acquire Viagra Knock off Drugstore is sole of the outwit in the Internet, commonly, generic Cialis Online specializing on online chemist's shop Cialis.

    ReplyDelete
  9. Suitable innumerable years Obtain Cialis Discount Apothecary has been recognizable among unequalled online pharmacy suppliers and customers nearly generic Viagra now the world.

    ReplyDelete
  10. фото ролевые секс игры
    секс тёти
    казахстанские порно сайты
    мультяшные порно картинки
    скачать бесплатное детское порно

    ReplyDelete
  11. And not so happens))))

    ReplyDelete