Selesai KEMPAS 2009 - cikgu Labuan dan Harian Metro pick up berita, selain Berita Harian sebagai penaja bersama.
Untuk program Belia Selangor, aku hanya wakilkan adik-adik ke sana, duit agak lumayan berbanding kerja KEMPAS 2009 ni, tapi kepuasan mungkin tak sama :) (ceh, macamlah aku ni tak minat isu belia :)).
Hari tu balik sekejap berkejar ke Bursa Malaysia untuk program bersama Astro Awani - U Wartawan. Ia ternyata beza berbanding rancangan lain yang aku hadir. Ruang bercakap terhad dan sukar merumus isu besar seperti tempoh hari: kebebasan. Bagaimanapun aku akan menulis tentang ini. Artikel di JalanTelawi belum hantar untuk Jun, mungkin isu Kebebasan ni untuk isu Julai kot sebab Jun dah rancang nak tulis tentang 1Malaysia.
Di PerakExpress.com pun aku dah menulis sekarang tetapi lebih kepada hal-hal politik.
Malam ni aku fikir nak baca tulisan-tulisan blog kawan-kawan yang ditinggalkan untuk satu tempoh.
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Glad you had fun :-)
ReplyDeleteterima kasih atas segalanya...~
ReplyDeletebznyerr reporter teww..
ReplyDeletelu masuk hutan lama sangat beb. Update selalu wei..
ReplyDelete