Sunday, June 21, 2009

Weekend Kali Ni...

Gua hanya di Bangsar. Selain pusing Bangsar Village buat kali pertama (selepas bertahun melepak di sana). Gua singgah 2-3 jam juga di MPH - geram rasa macam nak makan semua buku-buku yang ada.

Malamnya gua makan di Look Out Tower, Kuala Langat. Superb! Serius, dah lama gua tengok je papan tanda Look Out Tower ni bila nak ke Sungai Congkak, tak sangka sehebat tu. Cuma gua berlapar jugalah 2 jam sebab bila berlaku black out di sana, order gua hilang. Tu yang gua hairan sebab mamat lain di meja sebelah, yang datang lebih kurang time gua siap dah habis makan, bayar dan balik! Tapi Kuala Langat ni sebenarnya agak jauh jugalah dari rumah gua, dan laluannya agak bahaya juga. Naik bukit, tapi serius best sebab kau dapat tengok Kuala Lumpur dari ketinggian aku rasa ratus meter di udara jugalah.

Tadi lepak dengan kawan-kawan lama di Bangsar. Ada Pak Khalid, Dr. Alinor, Aqil, Eekmal, Faisal, Ammar dan Naim. Hari ni kami bincang pasal Ijtihad. Kertas kerja dibentang oleh ustaz Wan Ji. Aku tak tahu sama ada ini kali pertama ustaz Wan Ji jumpa kami semua, harap-harap dia tak terkejut dengan cara kami berbincang.

Tapi aku tiba agak lewat. Boleh pula satu bas sangkut di simpang dalam Jalan Telawi tu. Pakcik teksi di depan aku dah bengang sebab teksi dia terperangkap. Rupanya dalam teksi tu ada Aqil dan Dr. Alinor. Mereka turun teksi dan berjalan ke Pelita, aku tak boleh buat sebab kereta aku takkan nak tinggal macam tu saja? Harem! Akhirnya, aku, pakcik teksi dan seorang mat Saleh tolong guide pemandu bas ni untuk keluar. Berpeluh jugalah, dalam 30 minit selesaikan masalah ni. Mamat Cina rambut mohawk yang tersangkut di situ bengang tak ingat. Kereta lain pilih untuk undur satu demi satu.

Lepas Maghrib, kami sambung borak di Davis Corner. Terjumpa Eddin Khoo di sana. Clarissa yang baru balik dari US turut serta. Kami gerak balik sebelum jam 10. Sekian laporan gua :p



3 comments:

  1. Daripada makan buku,lebih baik makan kari kepala ikan :-P

    ReplyDelete
  2. Askm.

    Seronok tak lepak di Jalan telawi? Aku buat pertama kali dtg ke Bangsar tahun lepas sewaktu duduk di KL, kemudian jalan-jalan di village jugak buat pertama kali. Dan oleh kerana tak tahu buat apa makan lamp chop kat tempat makan kedai-kedai makan kat belakang tu.Orang kata kedai itu dulu besar, kedai/warung makan tepi jalan ja. Oleh kerana atas nama pembangunan, maka kerajaan mendirikan deretan kedai-kedai makan yang ada 4 meja setiap satu.Itulah juga kali terakhir aku pergi ke Bangsar.

    Ermm..Knp ya IKD berada di situ? adakah kerana tempat itu cool?

    ReplyDelete
  3. IKD dah pindah ke Bukit Beruntung lama juga. Dulu IKD di sana. Setahu aku, mungkin kerana ia berdekatan dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan. Setahu aku juga IKD adalah think tank pertama wujud di Malaysia, awal 80-an, pasca kemasukan Anwar ke dalam UMNO.

    Telawi untuk kami adalah pusat di mana adil untuk semua orang datang. Berbaloi mengambil kira kegiatan lain yang kami boleh buat di sana sebelum dan selepas semua org datang dan balik.

    ReplyDelete