Monday, December 21, 2009

Cerita Enjin

Ia berlaku pada tahun 2007, tapi disedari tahun 2008. Laporan polis dibuat selepas beberapa bulan. Dihebahkan pada kita kini...

Menteri Pertahanan waktu itu, DS najib Tun Razak yang kini Perdana Menteri kita.

Sedar atau tidak, semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan, ada 4 isu besar di bawah Kementerian beliau iaitu:

1) Al-Ma'unah senang-senang boleh masuk kem askar dan bawa sejumlah senjata keluar.

2) C4, bom yang digunakan untuk meletupkan mayat Altantuya, juga dimiliki oleh ATM.

3) Tender kapal selam yang telah dibayar habis, tetapi jumlah kapal selam yang tiba tidak cukup, malah tak memenuhi spesifikasi.

4) Kini, 2 enjin jet dengan harga tiap satu-nya 50 juta hilang.

Wajar kita tuntut Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat seluruh prestasi Kementerian tersebut sepanjang tempoh Menteri Pertahanan tersebut berkhidmat.

Ini soal keselamatan negara, melangkau sempadan politik kepartian.

Saya yakin bahawa Santa Claus tak pinjam enjin itu sempena Krismas. Saya juga yakin ia tak dijual untuk manfaat ekonomi negara. Saya juga yakin bahawa gambar di bawah ini bukan bermaksud menjawab bahawa "jet kita tak pakai enjin!"





No comments:

Post a Comment