Aku tulis di Facebook:
sibuk manusia mendakwa Allah s.w.t. milik mereka, kan lebih baik cakap kita semua milik Allah s.w.t.
Tiada bangkangan, malah itu yang dianggap sebaiknya.
Dan saya menulis juga selepas beberapa komen:
dan ayat ini juga boleh membantu cara kita berfikir ttg isu Allah s.w.t.. berani-kah orang Islam kata org Kristian akan berjumpa Tuhan lain di akhirat? ;)
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nama Allah itu adalah nama yang ditanzilkan, bukan terbit dari kalimah kata akar.
ReplyDeleteDan Nama Allah juga ingin dibersihkan melalui kalimah syahadah melalui perutusan Muhammad.
Boleh shj agama samawi lain ingin menggunakannya, tetapi elok kita berwacana, makna Allah bagi mereka itu apa?sedangkn dlm bible tiada nama Allah. adalah sesuatu yang malang apabila mereka berhujjah "Allah" itu adalah bahasa arab yang bermaksud "Tuhan"( boleh lihat rujukan utusan, Sedangkan nama Tuhan di dalam bahasa Arab bukan merujuk makna Allah.
Nampaknya saudara sendiri tidak memahami mengapa mereka ingin menggunakan kalimah Allah.
Panggilan Allah s.w.t. bagi muslim tentu saja jelas dan konsepsinya mungkin beza dgn bukan muslim.
ReplyDeleteSyahadatain tidak berhenti sekadar La illa ha il-Allah.
yang jelas, Allah s.w.t. sendiri beritahu mmg bukan muslim guna, tetapi juga diberitahu bahawa mereka tidak memahami tauhid yg benar.
pengertian suci itu bukan beerti tidak boleh guna, ia hanya satu penjelasan apa yang kita imani.
Pokoknya i) boleh guna atau tidak dan ii) perlu legislation atau tidak?
i)Boleh guna
ReplyDelete++ tetapi katolik harus menerangkan Allah yang bagaimana.Ini akan membuka satu wacana yang baru dan katolik sendiri sebenarnya tidak menggunakan kalimah "Allah" utk God.
ii)terpulang kpd kebijaksaan negara tersebut.
++ pendapat sy tidak perlu.
Berkongsi Allah tetapi belainan makna dengan penganut yang lain?sungguh pelik,bagi yang insan yang beragama( tak kira agama apa pun)
tidakkah anda membaca masukan ini?
ReplyDeleteiman kita bahawa semua manusia mati akan bertemu Allah s.w.t.. bayangkan jika anda kata Kristian sembah Allah s.w.t. yang lain dan anak anda bertanya "jadi mereka mati jumpa Allah s.w.t. yang lain?"
kita katakan tidak, bukan begitu?
ini akan lebih mengelirukan. bukankah mudah kita katakan semua manusia menyembah Allah s.w.t., cuma mereka ada Illah2 lain. Dan itulah yang menjadi maksud syahadatain kita.
salam,
ReplyDeletepersoalan sekarang, Allah manakah yang mereka maksudkan??
Allah yang Tiga dalam Satu... atau Allah yang Esa?
jika anda sebagai muslim percaya HAKIKAT kewujudan ALLAH S.W.T., maka apa pun manusia kata, ia tak jejaskan zat ALLAH S.W.T. walau sekelumit pun.
ReplyDeletejika kita namakan Esa, adakah kita mampu, dengan segala keterbatasan kita, benar2 mengatakan ia mewakili HAKIKAT sebenar ALLAH S.W.T.?
Tidak!
Kita tak percaya yang mereka katakan. Dan juga kita percaya bahawa Nabi s.a.w. dalam sekian dialognya, dan pada masa yang sama ALLAH S.W.T. terangkan akan ketidakfahaman tauhid oleh mereka yg juga guna nama ALLAH S.W.T., tetap TIDAK LEGISLATE UNDANG2 UNTUK HALANG MEREKA GUNA.
Dan ini tepat dengan seruan ALLAH S.W.T. bahawa tanggungjawab nabi s.a.w. HANYA MENYAMPAIKAN.
yang ini kita tak mahu beriman-kah?
salam.. saya menghargai balasan tuan... pertama mula, saya mahu tuan tahu, tujuan saya memberi komentar di atas bukan sekali-sekali untuk berdebat menegakkan hujah.. sekadar menyatakan rasa.
ReplyDeletemoga kita saling berlapang dada dalam perbezaan..
Ya, Benar.. Allah itulah yang Esa. Apa-apa kejahatan dan kebaikan dari manusia dan makhluknya tidak akan sesekali ia tak akan menjejaskan zat Allah dan keagungan Allah swt..
"TIDAK LEGISLATIVE UNDANG2 UNTUK HALANG MEREKA GUNA"
Buat makluman tuan, keputusan mahkamah pada 31 Disember lalu adalah bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Dan gereja telah melakukan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 9 enakmen berkenaan.. bukankah kalimah tersebut juga ada di dalam bahagian I jadual enakmen berkenaan? Malah sepuluh negeri mempunyai peruntukan larangan tersebut (kecuali Sabag, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan)..
Bukankah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 juga telah secara jelas mengkhususkan kalimah Allah bagi orang Islam..
"Berani-kah orang Islam kata orang Kristian akan berjumpa Tuhan lain di akhirat?"
Hanya orang yang bodoh sahaja yang akan berkata begitu(berkata orang Kristian akan jumpa Tuhan lain)..
Tuan perlu hadam isu ini.. kenapa dan mengapa setangah umat islam menentang...
Boleh tuan jelaskan apakah RELAVENnya menggunakan kalimah Allah di bumi Malaysia yang majoritinya Melayu muslim??
yang telah sekian lamanya berada dalam keadaan aman damai dan saling menghormati..
Adakah ada alasan lain untuk mereka menggunakan kalimah tersebut selain daripada penyebaran agama tersebut?? Adakah tuan punyai alasan lain atas permohonan mereka?? untuk menjayakan konsep 1 Malaysiakah??
mempertahankan akidah adalah tanggungjawab kita semua..
Kita mungkin tak akan merasa kesannya sekarang... tapi bagaimana anak, cucu, cicit kita nanti?
Mungkin tuan tahu mereka punyai alasan lain disebalik permohonan menggunakan kalimah Allah.. selain daripada apa yang saya nyatakan diatas..
ReplyDeletesilalah berkongsi bersama pembaca..
Ya.. oleh sebab kita tahu mereka akan menyebarkan agama mereka lah kita patut bertindak mempertahankannya.. Sekarang pun sudah berapa jumlah akidah yang tergadai.. mungkin tuan makluman bilangannya.. apa jaminan buat masa hadapan??
Buat makluman tuan, pengharaman ini.. bertepatan dengan kaedah Masalih Mursalah dan Sad Zara’i dalam aplikasi siasah syar'iyyah.
* Masalih mursalah= sesutu kepentingan yang tidak dinaskan hukumny oleh syarak secara khusus tetapi bersesuaian dengan kaedah syrak secara umum
* Sad Zara'i= mengeluarkan hukum syara’ mengikut kaedah menutup saluran kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus.
Maaf tuan, saya tidak nampak sebarang manfaat dan kebaikan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja untuk perkembangan Islam.. kalau tua rasa rasa ada, bolehlah berkongsi juga bersama pembaca..
kalau ada manfaat pun.. percayalah, mudarat adalah terlebih besar..
dan salah satu kemenangan segera mereka adalah membuat muslim berpecah belah... disebalik keharusan menggunakan nama Allah ini.
saya tidak kesalkan yang muslim 'membenarkan'.. tapi muslim 'menyokong' dan 'mendokong'..
Andai saya dan kami berjuang mempertahankan akidah masyarakat masa hadapah itu kira naif.. Ya, saya memang naif... malah TERLALU NAIF..
Maaf tuan, saya tidak mahu mengulas lagi berkenaan hal ini.. ini adalah komentar terakhir..
Maafkan saya, andai terkasar bahasa atau tiada beradab dallam memberi komentar..
Assalamualaikum
kemenangan segera? kemenangan apa? politik? anda fikir sokongan Anwar atau PAS itu satu keputusan strategik?
ReplyDeletehah, anda bermimpi barangkali.
saddu zara'i, ya..dan umat Islam akan terus gunakan hujah tersebut.
sebelum sampai ke sana. rujuklah yg lebih prioriti.
masalah tuan ialah bila menganggap hanya tuan memperjuangkan aqidah muslim dan yg tidak sealiran itu tidak. saya katakan naif kerana ada atau tidak isu ini, ada atau tidak Islam sekalipun, sifat agama Kristian itu sejak dulu pun disebarkan.