Tuesday, July 14, 2009

Baca

Sambil menyiapkan tugasan kerja yang banyak sebelum menjajat seluruh Malaysia, saya menghabiskan bacaan saya. Yang terkini ialah Ceritalah 3: Malaysia A Dream Deffered, karya sdr Karim Raslan - seorang penulis besar lulusan undang-undang yang tidak mahu mempraktiskan bidangnya :)

Apa yang membuat saya suka dengan siri Ceritalah (sebelum ini ada Ceritalah 1 dan Ceritalah 2) ialah kerana Karim mengangkat kisah-kisah rakyat dengan memberi makna kepada penceritaan mereka. Ia membuatkan saya rasa sangat dihargai meskipun ia bukan cerita saya. Untuk saya, kelebihan sdr. Karim mungkin kerana kejujuran bahasanya meskipun dia bukan karakter yang 'melawan'.

Saya berpeluang berkunjung ke rumahnya bersama bos-bos saya sebelum ini (dan Karim hampir 'meracuni' fikiran bos saya untuk balik sepenuh masa bertugas di Malaysia - kini dia di UK).

Meskipun saya pencinta bahasa Melayu, saya tidak rasa bermasalah untuk mendekati buku-buku dan idea Barat yang tentunya banyak dalam bahasa Inggeris. Saya fikir, keghairahan kepada pengetahuan akan mendorong kita mencari. Namun, saya selalu ingat pesan Hasmi Hashim a.k.a. Buddhi Hikayat bahawa "membaca dan berfikir adalah dua subjek berbeza".



1 comment: