Veon Szu, sahabat saya yang kini menjadi Ketua Pusat Kajian Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menjemput untuk hadir ke Sidang Meja Bulat membincangkan isu ini. Turut bersama kami nanti ialah Tan Sri/Datin Seri dan segala mak nenek pangkat termasuk para pakar dalam pelbagai bidang - yang pro dan menolak PPSMI juga dijemput.
Dijemput tidak bermakna akan hadir. Saya fikir ini medan terbaik untuk saya mempertahankan bahawa Dasar PPSMI memang wajar ditolak. Sebelum itu, mungkin perlu saya menulis tentangnya di AminAhmad.com.
Menolak bukan beerti menafikan atau menentang sepenuhnya. Macam yang saya tulis - ini bukan zero-sum game sebagaimana semasa Dasar PPSMI dipaksakan. Saya telah membaca malah bergelut dengan Prof. Yang Farina, antara saintis Malaysia yang komited dengan bahasa Inggeris, namun boleh juga mengajar dalam bahasa Melayu. Saya harus beri kredit kepada beliau atas usaha menterjemah yang telah cuba dilaksanakannya. Ia hanya sekadar menguatkan faham saya bahawa isu sebenar bukanlah isu bahasa dan dengannya saya akan menyatakan sikap saya sejelas-jelasnya.
Sunday, July 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment