Ramai yang melihat isu kematian Teoh dari perspektif politik kepartian.
Ia memang isu politik, tetapi untuk saya bukan politik parti. Ia isu keyakinan awam terhadap proses dan institusi yang melaksanakannya.
Semua parti politik utama di Malaysia, kecuali UMNO, mahukan Suruhanjaya Diraja menguruskan hal ini.
Jangan salahkan rakyat apabila mereka tidak percayakan proses dan institusi biasa yang patut boleh menguruskan hal ini. Hatta Berita Harian pun cuba nak dipolemikkan bahawa SPRM adalah institusi orang Melayu. Gila apa?
Bila telefon Teoh ada pada SPRM, itu beerti mendiang tak dibebaskan pun! Keluar masuk pejabat SPRM perlu guna kad pengimbas di mana hanya pegawai SPRM yang ada. Tiba-tiba polis dapat telefon Teoh daripada pegawai SPRM, kenapa sebelum ni kata tak ada? Tiba-tiba polis dapat CCTV di bangunan SPRM, kenapa sebelum ini kata tak ada?
Boleh semak CCTV berkenaan dan tengok pegawai2 keluar masuk waktu bila dan tengok siapa yang beri gangster masuk jika benar beberapa jurukempen pro-UMNO dakwa Teoh dibunuh oleh gangster.
Untuk saya, kita tak toleransi dengan gangster, siapa juga pelindung mereka. Tapi kita juga tidak toleransi dengan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Aneh kan? Bila Teoh tidak hadir semula pukul 8 pagi sebagaimana SPRM kata Teoh akan kembali dengan dokumen, tak ada pula pegawai SPRM kalut mencari atau bertanyakan sesiapa yang dekat dengan Teoh.
It smells fishy. It just a plain stupid try to divert the issue.
Teoh untuk saya lebih daripada seorang Cina, dia seorang anak bangsa Malaysia!
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam
ReplyDeletebagi saya, hanya suruhanjaya diraja yang sesuai menyiasat kematian mendiang teoh.
seperti yang dapat dilihat dalam kes video lingam,hasil siasatan suruhanjaya nampak sekali tidak tunduk pada mana-mana pihak, walaupun tidak berkuasa menjatuhkan hukuman.
Rantong,
ReplyDeleteterima kasih. juga harapnya komen dengan ilmu dan iman.
Aedi,
ya, itulah yang terbaik meskipun ia sebahagian tanda bahawa keyakinan awam susut teruk.
suruhan diraja pon tak guna juga kalau tak didakwa atau dilakukan perubahan2 yg disarankan..
ReplyDeleteini krisis keyakinan rakyat..
melibatkan imej negara juga..
Rata-rata rakyat kita sebenarnya yang sakit.
ReplyDeleteSakit hati. Hatilah punca segala-galanya.
Belum apa-apa saudara telah mengatakan UMNO menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja. Kenyataannya kerajaan yang ditunjang oleh UMNO telahpun menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu.
Jangan terlalu cepat membuat spekulasi. Jangan bermain dengan jiwa. Jangan terikut-ikut dengan budaya politik persepsi.
www.anak2merdeka.blogspot.com
suruhanjaya diraja menyiasat apa?
ReplyDeletesaya kekal mengatakan UMNO tidak sedia menubuhkannya untuk menyiasat siapa yg menyebabkan kematian Teoh.