Tuesday, December 29, 2009

Cinta Tak Mesti Bersatu

Seorang teman terganggu rutinnya. Katanya dia dihubungi seorang lelaki yang pernah sangat dia cintai.

Justeru tanyaku mudah "apa yang terjadi? dia tak membalas cintamu?"

Dia geleng. Katanya "dia juga mencintaiku...tapi...". Tapi...ya, itu kata yang selalu menyimpan maksud sebenar di balik kata dan laku.

"Aku tak pernah katakan pada dia yang aku berperasaan sama...dan dia pergi kerana sangkanya kami hanya kawan biasa. Dia tak pandai membaca bahasa mesra-ku".

"Dan kau salahkan dia?" tanyaku.

Kawanku diam.

"Hidup ini memang rumit. Bahasa lelaki dan wanita itu selalu tidak sama. Ketika ada manusia yang menyangka cukup dengan tanda-tanda, ada yang pernah kecewa dengan tanda-tanda yang sama. Salah apa kau nyatakan perasaanmu sejak mula?" tambahku.

"Aku fikir ianya sudah terlalu lewat untuk itu..." jawabnya lemah.

"Sabarlah. Cinta tak mesti bersatu...ada hal yang mungkin tak mampu kita fahami. Kau dan dia, tak ada siapa yang bersalah. Jadi tak perlulah kalian saling menyalahkan".




3 comments:

  1. Cinta tak mungkin bersatu....

    pemahaman wanita dan lelaki..kedua2nya berlainan....

    kadang2 kita sendiri tak memahami kehendak seseorang itu...

    tanda2 mungkin tidak mncukupi..tapi bukankah wanita itu pemalu jugak??

    hnya andaian..sebab sye sendiri tak pernah nak luahkan..hanya memendam dan akhirnya..berlalu begitu sahaja..

    ReplyDelete
  2. antara cinta dan keinginan untuk memiliki adalah 2 perkara yg berbeza ---ayat2 cinta---

    adakah itu cinta atau sekadar nahu meilikinya?

    maaf jika ia luar dari tajuk

    ReplyDelete