Friday, April 3, 2009

Aku Pun Melayu 5

Dari siri ke-4, aku telah tunjuk bagaimana definisi yang celaru dalam Perlembagaan berkaitan definisi Melayu telah mengheret kita semua kepada kekacauan dalam amalan.

Mereka mahu mendakwa merekalah wakil tunggal Melayu-Islam-UMNO. Selain daripada mereka akan dikecam sebagai penderhaka, pengkhianat dan tidak mengenang budi.

Aneh.
Jika DS Anwar misalnya telah diisytihar tidak dibenarkan masuk semula UMNO, adakah hak aqidah itu ada pada mereka? Jika Tun Dr. Mahathir memilih untuk keluar UMNO (meskipun dengar kata nak masuk balik), adakah terlucut aqidah Tun Dr. Mahathir hanya kerana UMNO mahu Islam dan Melayu itu hanya jadi hak mereka?

Begitulah rumitnya apabila PAS mendakwa bahawa merekalah jemaah Islam paling benar bersandarkan hujah dari hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan kepentingan jemaah. Ia mungkin tidak nyata, tapi semaklah di kampus misalnya dalam doktrin Tamrin Jelas Fikrah.

Ini bukan serangan peribadi terhadap UMNO dan PAS. Sabarlah hingga semuanya selesai ditulis.

Atas faktor inilah aku menulis Hijrah: Bukti Tingginya Nilai Kebebasan Dalam Islam.

Semasa aku balik ke Perlis tempoh hari, sebelum hadir dalam program seperti yang aku nyatakan pada Aku Pun Melayu 2, seorang sahabat ayah datang ke rumah tetapi ayah tidak ada.

Ayah telah lama tidak begitu aktif dalam politik (UMNO) selepas DS Anwar dipecat. Emak langsung diam. Dulu, arwah Hassan Basri, sahabat baik DS Abdullah adalah ketua ayah. Tapi ayah berkhidmat untuk Dato’ Radzi Sheikh Ahmad untuk satu tempoh yang agak panjang. Alhamdulillah, keluarga kami tak kaya sebagaimana lumrah orang politik atau JKKK lain yang sekarang mengambil alih.

Emak pernah cakap pada aku bahawa dia pernah ingatkan ayah “Jangan bagi kami semua makan rezeki haram dengan kerja politik. Biar kita semua susah tak apa. Kita berpolitik untuk tolong orang, bukan nak cari kekayaan. Ada rezeki adalah, jika tak ada jangan diada-adakan (dengan cara yang salah)”.

Kata-kata emak ini insyaAllah akan aku pegang erat. Entah akankah bakal zaujah aku berpesan yang sama dan selalu kuat bersamaku dalam senang dan susah.
Eh, dah termelalut pulak, hehe.

Untuk tidak menghampakan rakan ayah, aku duduk berbual dengannya. Tiba-tiba dia buka kisah Melayu dan masalahnya. Aku kira rakan ayah ini seorang yang hebat. Dia membaca Sejarah dan petang itu kami bergelut hujah. Katanya “inilah kali pertama saya berdepan dengan apa yang orang ramai panggil liberal. Sangat menarik, harap kita boleh berbual selalu begini”.

Sebenarnya aku selalu depankan prinsip dalam hujah meskipun aku sepenuhnya sedar, prinsip tidak mudah dipraktiskan. Untuk aku, bagaimana sukar sekalipun persoalan prinsip diterjemahkan, aku mahu kita semua sedar bahawa kita perlu sedaya upaya mendepankan prinsip dalam hujah agar kita tidak tergelincir dalam amalan.

Misalnya, ya, kita mahu tolong Melayu dan kita mahu martabatkan Islam. Tapi kita tidak boleh berselindung di balik apa yang kita namakan hak kita dalam Perlembagaan hinggakan kita zalim pada yang lain dan pejamkan mata untuk apa yang kita namakan hak walhal ia zalim, korup, rasuah dan penuh salah guna kuasa.

Petang itu, sama seperti dalam program yang aku hadir, aku hujahkan bahawa aku sebagai seorang muslim melihat rujukan agama lebih tinggi dari persoalan siapa Melayu dalam Perlembagaan. Justeru, prinsip dalam soal pemerintahan ini jelas. Rasulullah s.a.w. bukan warga asal Madinah, tapi Baginda s.a.w. diangkat menjadi pemimpin di sana.

Baginda s.a.w. diterima di sana bukan semata-mata kerana beliau seorang Rasul tetapi ia melalui proses sunnatullah di mana rundingan dan tolak ansur berlaku. Baginda s.a.w. jugalah yang membenarkan sahabat r.a. berlindung di bawah Raja Najasyi yang terkenal dengan keadilannya selain sahabat r.a. yang lain kekal di Mekah kerana mereka tidak dizalimi.

Maka, persoalan Melayu bermatian mempertahankan hak ini harus tidak terlepas dari prinsip ini. Rasulullah s.a.w. diterima bukan semata-mata kerana dia Rasul, tapi beliau telah dikenal dulu sebagai seorang yang adil, amanah dan boleh dipertanggungjawabkan. Beliau juga tidak lalai dalam menunaikan hak di samping mengajar umatnya berlumba-lumba dalam menunaikan hak saudaranya sama ada yang muslim atau bukan muslim.

Demi Allah s.w.t., aku redha berpemimpinkan seorang bukan muslim yang adil jika tidak ada lagi seorang pemimpin muslim yang adil. Tapi insyaAllah aku penuh sedar bahawa tugas dan tanggungjawab aku ialah menyediakan seorang pemimpin muslim yang adil.

Kerana inilah maka aku pilih sikap yang jelas dalam persoalan kepimpinan ini. Kritik aku pada UMNO dan PAS bertitik tolak dari kepercayaan bahawa seorang pemimpin muslim WAJIB berlaku adil.

Aku tidak redha atas nama Melayu yang kalian mahu sandarkan pada Islam itu penuh dengan tipu daya, korupsi, kezaliman dan salah guna kuasa.

Dan Demi Allah s.w.t., andaikata takdirnya dari usahaku, satu waktu nanti aku berada di kerusi kuasa, jika aku zalim, salah guna kuasa dan korup, maka singkirkanlah aku. Semoga Allah s.w.t. membersihkan aku di dunia sebelum pergi menghadapnya.


7 comments:

  1. amin,saya kagum dengan semangat orang muda macam kamu. Perlu diingat dalam kebijaksanaan akan terserlah kebodohan.
    Saya akan jelajah blog kamu nanti [masa tu emas, cukup 5 minit diminta kan ;)]

    tak semua yg kamu katakan benar, dan pasti ada yg salah pada pemikiran orang lain.

    moga nanti zaujah kamu punya ideologi berbeza agar dia dapat memberi kamu ruang untuk berfikir :)

    ReplyDelete
  2. it's ok. feel free to disagree on better way.

    jika salah, tidak cukup hanya kata salah. tapi tunjukkan di mana salah dan apa yang lebih baik.

    it would be better and i like the discourse.

    ReplyDelete
  3. saya akui saya agak emosi membaca petikan yg kamu lebih redha berpemimpinkan seorg bukan muslim yg adil jika tidak ada lagi seorang pemimpin muslim yg adil.

    Saya harap kamu nampak apa yg saya lihat.

    Realitinya, parti pemerintah pun meletakkan calon bukan melayu, dan pengundi melayu tetap memangkah beliau. mereka sayangkan parti & mahukan BN memerintah.
    dalam konteks mahukan pemimpin muslim wajib berlaku adil pula, saya melihatnya begini"agama manapun berkehendakkan pemimpinnya berlaku adil. Tapi adil saja tidak cukup bang amin...
    Setakat nak baca ayat AL-Quran depan khalayak. Baik tak yah! Siapa tok gurunya?..Rasanya Tok Guru Nik Aziz takde murid sepertinya. Saya tak mahu mereka menggula-gulakan Al Quran. Awak pun lebih arif mengenainya.
    Terpanggil saya berkongsi cerita dulu2, Parti keADILan....adilkah itu? argh itu cerita lama.
    saya tak nafikan, mungkin ada yg menjadi kaya raya dek kerna politik dan saya kagum perjuangan UMNO di zaman Ghafar Baba.
    Banyak lagi yg saya nak kongsikan tapi saya MALAS menaip. Moga awak nanti berada di kerusi kuasa akan dapat melakukan sesuatu.
    Amin..awak dah ambil 5 min saya ;)

    ReplyDelete
  4. adil bukan saja disebut, tapi dilihat.

    memetik ayat Quran tidak salah, tapi ia mesti disertakan dgn amalan keadilan itu sendiri.

    awak boleh baca Aku Pun Melayu siri 1 sampai 4. jangan terjun terus ke 5 sebab asasnya ada pada 1-4!

    dan juga baca tulisan saya di waubebas.org tentang Hijrah: Bukti Tingginya Nilai Kebebasan Dalam Islam.

    nak berhujah mesti ada asas hujah. sebab sesuatu tanpa asas akan roboh!

    ReplyDelete
  5. gua ada rasa bisa2 kat telinga, pedih2 di hati.
    NOTED, nanti gua baca tulisan lu...
    Tulisan lu memang bernas,gua tak nafikan.

    ReplyDelete
  6. politik sentimen membodohkan rakyat.

    tak kira siapa pun yg amalkan - BN atau PR.

    untuk tahu sesuatu itu sentimen atau tidak, mesti diperhalusi.

    nama siri tulisan ini ialah - Aku Pun Melayu.

    dan jgn petik bahagian yg sdri suka, sebab penegasan saya ialah persoalan ADIL, bukan persoalan bangsa.

    masalah dtg kerana nilai yg celaru bukan soal kaum!

    sebab tu saya tulis juga di sana keperluan mendesak orang Melayu memastikan pemimpin Melayu yg adil menjadi pemimpin, bukan main tangkap muat!

    ReplyDelete