Esok pagi adik-adik gua di kampus akan bentang tesis mereka. Semoga mereka berjaya dan banyak belajar dari proses ini agar bila bergraduat nanti nampaklah sikit bezanya cara fikir dan bertindak seorang graduan Ijazah.
Tapi ada Ijazah bukan beerti kita hebat. Ramai orang jadi lebih matang di sekolah kehidupan yang lebih real. Maka hayatilah pesan-pesan penting:
i. Jangan diturut resmi kiambang, sungguhpun hijau akar tak jejak.
ii. Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.
iii. Jadilah ular menyusur akar - tak hilang bisanya.
Dalam hidup ni ada masa kita di prestasi yang terbaik sangat-sangat. Gembiralah kerana ia adalah hasil usaha kita. Biarlah orang nak kata kita apapun, sebab kita yang tahu jerih perih usaha kita. Meraikan kejayaan bukan beerti kita angkuh, berlagak dan sombong. Tapi ia boleh jadi begitu bila kita lupa bahawa kejayaan masa lalu akan sentiasa bersama kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amin,
ReplyDeletesaya pun present esok!
nak tanya,
lani kamu masih ada kaitan dengan kampus kah?
adik hang belajar kt mana? course pe?
ReplyDeleteaku present tesis 5/5 ..anta report minggu ini bukan hard cover.
woi, woi gua sentitif dengan ular ni.
ReplyDeleteGua nyaris nak kena patuk ular masa memancing ikan haruan. Haram sampai sekarang gua tak turun parit dah.
adik2 aku banyak...bukan adik betul!
ReplyDelete