Pagi tadi dapat SMS dari Adilah, Astro AWANI. Mereka jemput aku sekali lagi sebagai panelis untuk membincangkan tajuk Menggalakkan Anak Muda Menyertai Sektor Awam.
Dulu ada orang pernah cakap pada aku, kerja dalam sektor awam ini secure, dan aku setuju. Cuma mungkin aku belum puas mencabar diri. Sebagai anak muda yang datang dari ceruk Perlis, aku rasa banyak perkara yang mahu aku cuba dengan jujur dan berani (probitas ed fides). Ia tidak mudah. Sukar. Sangat sukar. Tapi di sana aku banyak belajar.
Aku percaya je ramai anak muda nak masuk sektor awam. Secure dan boleh terus rancang masa depan - kahwin dan sebagainya. Best kan?
Beb, aku lelaki normal, tentu saja persoalan kahwin ni pun ada dalam kepala otak aku. Tapi aku juga mahu realistik. Kesian dia yang aku sayang. Harap-harap aku tak menghampakan.
Aku tolak jemputan Astro AWANI tersebut. Pagi tadi aku rasa sangat nak demam, sampai sekarang. Pulak tu, emak baru balik dari umrah, ayah dan adik pun datang dari kampung, kenalah aku melayan sikit. Mungkin bukan rezeki aku.
Hal ini dikuatkan lagi kerana aku akan ke Pulau Pinang esok bagi "merakyatkan kapitalisme", hehe. Sebetulnya mak patut balik 27hb tapi ditunda kepada 29hb. Tak dapatlah spend masa banyak dengan mak. Tapi macam biasalah, orang baru balik dari Tanah Suci ni banyak ceritanya. Aku bersama keluarga besar lain di Subang tadi melayan saja mendengar.
Best, ayah bawa banyak buah mempelam harum manis!
Aku nak demam ni, serius. Doakan yang baik-baik saja ok? Nak tidur dulu. Banyak nak cerita tapi mood kureng :p
Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
keje ngan sektor swasta mmg benar2 mencabar.aku byk belajar & buat dalaman aku jadi bertambah kental. Cengeng tu dah lama aku buang, airmata aku hanya tok family & ku tahan bila ia melibatkan kerja. Kat sektor swasta org jadi selfish, aku akui mereka terpaksa demi untuk idup.
ReplyDeleteLelaki kat luar sana, jgnlah tunggu dpt join gomen baru nak kawen lak ;)
aku doakan kesejahteraan hang amin
kenapa nak keje gomen?
ReplyDeleteBebanan keje kurang
Tawaean gaji skrg agak lumayan
Elaun perumahan
Cost of living allowance (COLA)
Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Kenaikan gaji setiap tahun
Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan Cuti tahunan mengikut kelayakan
Cuti bersalin
Pinjaman perumahan
Caruman KWSP atau pencen
Bersara pada umur 58 tahun
Peluang kenaikan pangkat
Peluang melanjutkan pelajaran
Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
secure like u mentioned
Amin,
ReplyDeleteSaya penjawat awam, baru keja setahun lebih tp sekarang rasa tak puas. Many things upset me..im thinking of quitting my job now but i dont think i have the option to do so. Ramai yg minta saya bersabar dgn karenah2 birokasi.. tak tahu la saya boleh bersabar atau tak...
N,
segala pros keja gomen tu betul tapi kalau takda job satisfaction berbaloi ke?
-yg kecewa dgn civil service
job satisfaction?
ReplyDeletememang la tak berbaloi. sy takde pengalaman keje gomen, i am in private sector for 4 yrs b4 further study.Bebanan keje mmg banyak but i admit l learned a lot & puas ngan apa yg saya lakukan. Ya my coursemate hv said that cabaran tiada keje gomen , keje ringan2, tambah ngan budaya seniority.
Ya, sesetengah org pentingkan prestasi dan career path yang jelas dengan potensi dan bakat.
ReplyDeleteKedua-dua ada pro dan kontra.
Dari segi sistem yg lebih luas, saya fikir kerajaan kita patut mengecilkan jumlah penjawat awam. Jumlah sekarang sekitar 1 juta adalah terlalu besar. Kenyataan ini tentunya akan dipandang dengan mata terjegil oleh penjawat awam. Tak apa, mungkin kerana mereka hanya fikir kerja dan makan gaji cukup bulan. Saya melihat dalam kerangka negara yg lebih besar.
Apa yang saya harap, di sektor mana pun, prestasi sangat penting. Kita jemu berurusan dgn birokrasi yg x sepatutnya dan lagak penjawat awam yg besar kepala.
penjawat awam besar kepala?
ReplyDeletesy agak bersetuju. gua tak puas hati satu je, kenapa umur persaraan @58, secara peribadi sy melihat ia menyekat pluang anak muda utk bina kerjaya. Lagi plk semua kena ikut seniority untuk naik. Kesian kat dema. Yg muda kena ikut cara org lama bekerja, kalo yg lama buat keje slow, i by i, rileks2 nak tak nak org baru kena ikut gak. Mana boleh nk ikut kepala sdiri.nak buat satu2 projek simple take for a month,(kata kwn gua yg bekerja sec effisien). Kita msk gomen bukan bw pedang, tapi bw akal. Bukan nak tunjuk pandai, tp disalahertikan. kesian....
wah2 hebat ko ni ye...masuk tb ye
ReplyDeletesaya rasa saiz tak penting asalkan penjawat awam (CS) ni boleh buat kerja dgn sebaiknya. Saya kecewa sbb pengambilan CS ni kebanyakannya bukan dr yg terbaik. Ketidakstabilan komposisi kaum juga menyumbang kpd ineffectiveness. Lagi satu saya frust masuk keje jer semua bising2 pasal naik pangkat, naik gaji etc. Apa keje ni dah tak der tujuan lain ker? am i being naive? ntah ler, mungkin sbb xder job satisfaction saya jadi menyampah nk fikir naik pangkat etc. Yg naik pangkat keje tak seberapa pun byk..
ReplyDelete-yg kecewa dgn civil service.
sebab itu saya mengatakan saya melihat dlm konteks sistem yg lebih luas :)
ReplyDeletekalau faham libertarian, mungkin boleh faham apa maksud saya :)
masa terhad, saya dah nak ke Penang