Gua selaku budak nakal, memang selalu kena denda zaman sekolah. Tapi denda tak semestinya kerana nakal, boleh jadi kerana ia sebahagian dari teknik mengajar.
Gua hanya ingat beberapa, yang gua pernah kena la.
1. Berdiri atas kerusi. Eleh, macamlah korang tak pernah kena?
2. Menyanyi di depan kelas.
3. Jalan itik kira-kira 50 meter - keluar kelas, pusing koridor depan blok Darjah 3 dan Makmal Kemahiran Hidup.
4. Kena rotan masa darjah 4. Kat tapak tangan je pun.
5. Rotan manja dengan bulu ayam dan pembaris besar gedabak warna kuning tu.
6. Berdiri atas meja. Kalau boleh jawab soalan, turun berdiri atas kerusi, kemudian berdiri...akhir sekali baru boleh duduk.
7. Tingkatan 3, rambut panjang - cikgu Naiman smash sikat kat betul2 pelipis aku, pedih beb!
8. Berdiri luar kelas.
9. Berdiri depan kelas.
10. Ketuk ketampi, normal! :p
11. Pumping dan sit up (masa senaman)
12. Lari pusing padang bola dari satu round sampai 12 round!
* Kalau campur denda kawan-kawan masa sekolah, ada je yang ganas seperti kena tampar dan berdiri kat tengah padang bola, hehe.
Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
denda yang aku tak leh lupa skali adalah kena lari keliling padang dengan memakai baju kurung(uniform sekolah) pada hari terakhir aku kat Derma sebab tak turun latuhan umah sukan... huhuhuhu memang kenangan pahit yang sangat manis lah kenangan tue...
ReplyDeletedenda yang aku tak leh lupa skali adalah kena lari keliling padang dengan memakai baju kurung(uniform sekolah) pada hari terakhir aku kat Derma sebab tak turun latuhan umah sukan... huhuhuhu memang kenangan pahit yang sangat manis lah kenangan tue...
ReplyDeletedenda lari keliling padang berapa round tak ingat oleh ketua warden disebabkan dewan makan penuh dengan 'sisa-sisa' gula-gula dan makanan ringan. waktu tengah malam, berbaju kurung. yang ni paling takleh lupa.
ReplyDeletenak share kenangan zaman sekolah saya gak ngan korang
ReplyDeletejemputla ke blog saya ;)