Katakan si A dan si Z berkawan. Tiba satu waktu, si A dan si Z ada masalah dalam perhubungan mereka. Si K pula kenalan mereka.
Katakan...
Nak dijadikan cerita si A bagitaulah pada si K bahawa dia dan si Z telah tidak seperti dulu. Sayang kan, dulu berkawan sekarang tidak. Maka berpesanlah si A kepada si K untuk tengokkan si Z baik-baik. Si A hanya risaukan satu - kot-kot si K tertanya si Z tentangnya, sedangkan mereka telah tidak berkawan seperti dulu.
Tanpa disangka si A, si K menyampaikan perkhabaran si A ini kepada si Z. Kebetulan, si K lebih dulu baik dan mesra dengan si Z. Si A tidaklah tahu semesra mana hubungan mereka, hanya kerana si K tahu sesuatu dalam hubungan si A dan si Z, maka si A tidaklah ralat sangat untuk bagitau pada si K - saya dan si Z telah tidak sepertinya. Sayang, tapi apa boleh buat. Saya mungkin ada salah tapi saya tidak memaksudkannya.
Bagi si A, tak perlulah diceritakan salah apa. Masalah si A dan si Z tak perlulah libatkan orang lain dalam sangat. Cukup sekadar si K jangan tertanya pasal si A pada si Z.
Hurm, tiba-tiba si Z 'menyerang' si A di SMS itu dan ini. Ya, mungkin si Z beranggapan tak perlulah si K tahu mereka telah tidak berkawan seperti dulu. Mungkin. Tapi ada pula penambahan - sangkanya si A ada kutuk dirinya. Bermulalah masalah lebih rumit. Pada si N, si Z berteori konon si A sukakan si K. Si N pun macam sembang pandai jadi hero beranggapan si A perangai macam perempuan, mengadu pada si K. Hero memang selalu tunjuk power :)
Si A justeru menyampaikan pada si K - berbaiklah kamu semula dengan si Z, biarlah saya mengaku bersalah dalam hubungan saya dengan si Z. Tak patut kamu bergaduh sebab hal bodoh camni. Saya minta maaf sebab saya bukan mengadu pada kamu, sekadar bimbang kamu tertanya dia tentang saya.
Si A gembira kerana tak lama lepas tu si K dilihatnya dah berbaik dengan si Z. Si Z pun nampak gembira dan itulah yang penting bagi si A. Tak lama kemudian, si Z dan si K boleh pula kutuk si A bersama-sama secara terbuka. Terkejut si A.
Maka si A pun terpaksalah menyatakan apa yang berlaku sebenarnya. Dan dari situ si K macam rasa bersalah. Dia minta maaf pada si A.
Sebenarnya si A tak marahkan si Z dan si K pun. Tapi si A rasa, dengan membiarkan diri melalui satu kehidupan dengan cincai, manusia mencipta musuh yang sebenarnya dia sendiri tidak mahukan.
Tiba-tiba si Z terkejut bila diketahui si K dan si A berbaik semula. Baik bukanlah berkawan macam orang lain. Sekadar maaf memaafi. Dituduh pula si K talam dua muka. Putuslah persaudaraan yang jauh lebih besar ertinya kerana sesuatu yang bernama ego.
Pelajarannya apa kawan-kawan?
1. Bila hubungan lu cincai, benda kecik pun lu akan jadikan besar.
2. Waktu kita tuding orang tu salah, kita lupa bahawa dia mungkin benar.
3. Dalam lu berkawan-kawan, lu jangan cepat sangat masuk dalam hal "siapa salah, siapa betul". Banyak masalah dalam hubungan manusia ni ialah salah faham (atau bahasa gua, puzzle tak cukup).
4. Bila ada orang buat salah dengan lu, maafkan. Tapi itu tak cukup, sama-sama perlu jelas kat mana salah, kat mana patut dibaiki. Pendek kata jangan lihat salah tu sebagai salah yang rigid. Lihatlah salah tu sebagai satu peluang kita memahami dan memperbaiki kualiti hubungan.
5. Hidup ni lu jangan expect semua orang suka kita. Kita memang seronok masa orang suka kita. Kita juga mungkin seronok dalam crowd yang ramai-ramai LOSER-kan sesiapa. Tapi kau pernah bayangkan tak sesiapa yang LOSER itu adalah kau?
Golden Rule apa? Lu kena ingat betul-betul sebab itulah cara gua berfikir dalam banyak hal :)
Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:)
ReplyDeleteitu la pelik, si K tu cuma mintak maaf of kesalahan dia kt si A, tp apsal la si Z tuduh mcm2 pula..
haih.
terpenyek. what to do.
1)Saya melihat dari perspektif seorang wanita..tak kisahla samaada hubungan tu cincai atau tidak, fitrah org pompuan ni memang suka mbesarkan benda yg kecik. Pompuan memang suka pk perkara remeh temeh. Kami ada sifat sensitif yg agak melampau (org pompuan jgn mara arr) compare ngan lelaki. So expect the unexpected tu lagi bagus dlm hubungan ngan manusia ni.
ReplyDelete2) Memang suka kalo dpt tuding jari kat pihak yg satu lagi. Sebenarnya kita tak lupa yg dia mungkin benar tapi ego beb. Percayalah bila dia dok sorang2 dia akan mengakui kebenaran kata2 pihak yg satu lagi.
3)mungkin boleh guna term ni "mari kita sama2 betulkan apa yg tidak betul" Tapi susah nak realisasikan perkara ni. Komunikasi tak berkesan antara 2 individu dan mesej tidak dapat dihantar & diterima dgn jelas adalah penyebab berlakunya salah faham. Mungkin kena attend kelas komunikasi berkesan kot supaya tak berlaku salah faham ;) (apa aku mrepek ni)
4)Tak setuju sangat no 4. Ok, dalam hubungan berkaitan perasaan, tak kiralah sesama jantina atau sebaliknya jgn pakai bohh nak hentam jer beb. "Aku tak suka begitu & begini" contohnya.
Kita ni manusia, walaupun kau berniat baik tapi ingat kita ni manusia. Kalau terlampau berterus terang pun org tak suka. Depan kata OK, beb. Contoh mudah Dr Fadzilah kamsah bagi dlm hal suami isteri. Si isteri/suami diminta menyenaraikan apa shj perangai suami yg dia tak suka (saya rasa watak ni terbalik, arg tak kisahla). Bila sahaja dah bagitau semua yg dia tak suka, kesian pada suami. Oh selama hari ni, isteri aku memaandang begitu & begini pada aku. Sedangkan aku menerima dia seadanya.... Dipendekkan cita kena pandai main ayat agar dia paham secara tidak langsung.
5)Janji rasa bahagia dengan diri sendiri, tu pun dah cukup.
Anon,
ReplyDeleteitulah masalah yg Stephen Covey sebut sebagai quick fix - kau baca 7 habit kan? hehe.
bila kita nak lekas selesaikan sesuatu - kita akan masuk ke wilayah siapa betul, siapa salah. di sana bila kita mahu diri betul, tentu diri selainnya salah. itulah yg byk silap dlm hubungan manusia.
sepatutnya kita mulakan dgn "apa yg baik utk kita sama-sama capai?" atau "saya mungkin salah, mari kita sama2 selesaikan".
lelaki, pada akulah - tak puas bila kwn2 kata aku terlalu baik. kata ok saja memadai :) dan paling puas bila kwn dpt jelaskan kat mana perlu dibaiki. sbb at the end improvement tu penting wlpn ambil masa.
n, a good sharing.
ReplyDeletesbnrnya hal perempuan membesarkan perkara kecil ni pernah diceritakan kawan2 di kampus. haha, ingat lagi cth diorg, share ubat gigi pun boleh jadi isu. tapi lelaki ok je..cuma jgn la nampak sangat kau mmg bergantung pd org sepenuhnya. lelaki akan give n take tanpa dirancang sebenarnya. misalnya kalau kau ambil keperluan kawan2, satu hari nanti jgn terkejut bila kwn2 ambil keperluan kau sikit. tapi bukan duitlah, lebih kpd makanan, ubat gigi dan sbgnya. tapi nak buat camni pun hubungan tu dah kira mesra.
ya, ada betulnya juga kata kau berterus terang sgt pun ada masalah sbb kita manusia. maybe aku laki, lain sikit. laki suka satu benda yg jelas. perempuan mungkin tak. misalnya kalau laki tanya pasal cinta. jawapannya ya atau tidak. perempuan lak suka jawab "awak rasa?". aku pun tak tau, agak2 kalau laki jawab "awak rasa?", apa perempuan rasa ek? hehe
kenapa kami jawab awak rasa?
ReplyDeletePompuan kan suka menduga lelaki. Malu la beb nak ngaku, kamikan pompuan! huh
Mungkin korang kena start ngan ayat ni " Saya sukakan kamu, kamu pula bagaimana?"
Takdela malu sgt nak balas "I love u too" sebab dah pasti pihak yg satu lagi tu. AMACAM?
begini, korang suka berkias2. Contoh ayat dia mcm ni "hang bila nak habis belajar, senang aku deal ngan maka aku"
beb..soal hati takleh la nak harap pompuan dapat baca apa dlm minda korang, dia nak kepastian. Lelaki suka nak kami paham. Bukan tak paham, tapi saje nak tunggu korang cakap. Tu lah gunanya bibir Tuhan kasi huhu
Takat simpan dlm hati je beb, mana maunye.
hahaha
ReplyDeleteye ke? aku rasa laki tak ada masalah untuk luahkan. berkias tu hanya di peringkat mula, bila dah rasa ok sikit, boleh je nak luahkan :)
masalahnya bila perempuan pula yg bagi jawapan tak jelas. lagi harem bila itu jadi tiket utk flirting dgn orang lain sama...wah wah wah..
:p
borak hal cintan cintun ni memang tak stress..buat gua lupa jap keje2 gua, hehe
ahah..u a fast learner..u knw the anon quite ok.
ReplyDeleteahahaha.
so in this story of urs, who is the loser?
K is the mangsa keadaan..i think la..
what say u?
kalau dema bagi jawapan tak jelas "TINGGALKAN je minah tu" (amaran keras, jgn buat kalo betoi2 suka kat awek tu)
ReplyDeletehuhu
Bab flirt ni,pada aku senang jer, semua pucuk pangkal dari hati.
Meh aku kaunseling minah tu.ececeece
Ni mcm citer pengalaman hang sendiri ke ape?
Gua try cari info pasal isu semalam, gua da karang, terstop tengah jln, idea tak datang!
layan citer cintan hang ni ok gak...lega ckit, cara santai berilmu ;)
anon,
ReplyDeletememang tahu, cuma aku tak nak salah orang :)
dlm kisah ni tak ada siapa loser. K might be mangsa keadaan n i pity her. i pity everyone - A sebab lurus sangat. Z sbb it seems like dia tak live life to the fullest (so she might think differently).
at the end - hidup kita nak semua org gembira wlpn kita tahu x mungkin. ion2 positif bak kata kau, hahaha
n,
life is not that easy. agree with u on pucuk pangkalnya hati.
flirt or whatever u wanna name it - aku percaya manusia harus bebas, tp kita orang berbudaya, harus mengerti apa yg patut dan tidak.
suke ni beb!
ReplyDelete