Wednesday, April 8, 2009

Kadang-Kadang Gua Fikir Kata-Kata Ewan Ada Betulnya..

Dulu gua pernah sembang dengan Ewan. Masa tu dia duduk serumah dengan gua, satu bulan saja. Sebab rezeki dia baik dapat jawatan Penguatkuasa Bomba dan sekarang dia sedang dalam latihan selama 6 bulan di Terengganu.

Gua dengan Ewan sebenarnya tidak ngam sangat. Kami hanya betul-betul banyak masa bersama waktu Ijazah walaupun masa Diploma lagi kami dah mula kerjasama. Dalam batch aku masa di kampus, aku dipanggil Penghulu. Bermula dari Kem Hutan 2000 (macam orientasi untuk pelajar Perhutanan selama 2 minggu), semua jawatan-jawatan selepas itu budak akan tuding aku. Waktu aku lapang, tak kisah. Tapi waktu tak lapang aku akan tolak. Mudah. Dan selalunya selepas aku akan muncul Daha atau Mat Zul.

Ewan biasa terlibat juga, tapi dia akan ambil kerja-kerja lain. Pernah sekali dia jadi ketua kami masa kelas Perancangan Rekreasi Luar. Doc Wan sengaja pilih dia supaya "boleh dikawal", haha.

Sebenarnya bila gua buat kerja banyak-banyak di kampus, dan blend dengan apa yang gua baca dalam buku, gua semakin yakin bahawa teori banyak membantu. Tapi orang yang tak minat teori lain pula fikir dan sikapnya.

Pendek kata gua nak bagitau di sini - manusia ni berbeza. Kita unik dan itulah yang jadikan kita menarik.

Bila sambung Ijazah, bermula sejak gua jadi pimpinan pelajar di kampus, gua dah macam terasing sikit dengan kawan-kawan. Sebenarnya kami banyak habiskan masa dengan outdoor dan karakter budak-budak outdoor ni memang lain macam sikit. Outspoken, gurau kasar tu biasalah. Tapi budak-budak outdoor ni biasanya terdedah dengan aspek kepimpinan dan gerak kerja berpasukan yang tinggi. Cuma kalau di kampus tu ada juga suara sinis tentang perilaku sosial budak-budak outdoor - umumnya. Dalam kerja organisasi lain, gua terpaksa pakai formal dan cakap pun lain. Masa outdoor memang banyak lu gua je. Tapi sesama kamilah, bukan dengan orang lain.

Gua memang ada banyak benda yang tak setuju dengan sesetengah perilaku budak-budak outdoor. Yang penting gua buat kerja gua dan cara gua.

Bila gua tulis terdedah dengan aspek kepimpinan dan gerak kerja berpasukan yang tinggi, gua tak maksudkan semua orang dapat pelajaran yang sama. Sebab tu gua paling suka experiential learning dan gua memang pendokong kuat teori kotak hitam dalam proses belajar.

Teori kotak hitam ni ada dalam kisah rakyat kita - tentang 6 orang buta dan seekor gajah. Pendek kata, kita serba tak tahu dan kita hanya boleh cerita perkara-perkara yang mampu panca indera kita cerap sebagai pelajaran. Dan akhirnya akal kita memikir dan memilih. Tak semua perkara yang sama datang pada kita diterima sama oleh kita dari segi pembelajarannya. Sebab tu cikgu mengajar sama dalam kelas, tapi tak semua boleh dapat A.

Faktor-faktor eksternal memang banyak mempengaruhi orang.

Tapi gua kuat mempercayai faktor internal berbanding eksternal. Gua rasa internal locus of control lebih banyak mempengaruhi kemampuan kita berbanding external locus of control. Sebab tu kot gua lebih cenderung menjadi seorang libertarian muslim. Tidak lain dan tidak bukan kerana gua percaya faktor memilih itu pada diri kita, dan faktor eksternal untuk mempengaruhi kita sentiasa datang dan pergi.

Ok, apa yang gua nak cerita sebenarnya?

Sebenarnya bila kau buat kerja ramai-ramai, kau memang akan ada rasa tak puas hati dengan orang. Tambah-tambah dalam kerja outdoor. Badan penat, otak letih, masa habis, makan kadangkala tak cukup zat dan sebagainya. Yang mahir kena buat kerja lebih, yang kuat bodek dan buat-buat manja terlebih akan dimanjakan.

Jadi bila gua dah lama tak berjumpa kawan-kawan, banyak benda dari segi hubungan kemanusiaan itu gua tak tahu. Tiba-tiba ada cerita itu ini tentang orang itu dan ini. Gua hanya boleh senyum dan korek-korek maklumat.

Cara gua mudah. Gua tak layan cakap belakang walaupun gua tau itu tak dapat dielakkan sebab emosi manusia ni mendesak ia diluahkan. Tapi gua rasa cara yang lebih efektif ialah bawa ke dalam mesyuarat biar semua orang tahu. Kalau lu tak puas hati hal kerja yang biasanya ada piawai, tak jadi satu kesalahan lu bawa dalam mesyuarat. Tapi kalau lu tak puas hati hanya kerana hal personal yang di luar kerja, gua memang malas nak campur.

Gua di kampus memang paling malas nak ambil tahu hal hubungan personal kawan-kawan kecuali gua dikhabarkan.

Malam tu, bila gua borak-borak dengan Ewan, selepas gua dah tahu banyak cerita dan ada cerita sipi yang kebetulan gua ada sedikit cebisan puzzlenya, gua mendengar dengan penuh khusyuk kata-kata Ewan:

"si A (gua ganti nama ok?) mungkin ada masalah dengan si B, tapi si B tak ada masalah dengan aku. Tak patutlah bila aku terus kawan dengan si B, si A anggap aku setuju dengan si B padahal aku dan si A pun tak ada masalah".

Ideal dan absurd. Gua memang tak ada masalah langsung dengan kenyataan Ewan. Gua awal-awal setuju. Itulah yang terbaik.

Tapi kau perasan tak? Bila kita buat pilihan terbaik pun dalam hidup kita, sentiasa ada manusia yang tak puas hati kan? Sebab apa? Sebab kita tak mendengar pesan Saidina Ali k.w.:

"janganlah menilai kebenaran dari orangnya, tapi kenalilah kebenaran nanti kau akan tahu siapa ahlinya".

Dalam hidup kita, memang banyak kita buat keputusan sebab hal-hal luaran, bukan persoalan nilai.

Ah, tiba-tiba gua malas sambung. Nanti gua buat masukan baru. Gua tahu, nanti Awang dan N akan kata gua curi masa 5 minit lebih dah! haha

2 comments:

  1. Lu ni mcm2 la amin,
    memang lu amik lebih 5 minit dr masa gua.
    apa yg saya nak cakap takde sangkut paut dgn entri ni..

    Cuma saya RINDUkan UPM.... tak boleh cakap saya rindukan alam kampus coz sikalang masih berkampus lagi..huhu

    saya pun ex student UPM gak ;)

    ReplyDelete
  2. Rindu Ewan brad Pitt! Sampaikan kt YM dia aku tulis Ewan Brad Pitt, kt HP pun sama :P

    ReplyDelete