Friday, April 10, 2009

Katakan Fairus Memang Ada Buat Salah

Berita ini adalah dirujuk.

Katalah Fairus memang ada buat salah. Katakan...

Gua harap Pakatan Rakyat terima saja itu sebagai satu kemenangan Reformasi dan bukan kemenangan BN.

Politik baru harus bermula dari perubahan paradigma yang iltizam politik (political will) mereka tinggi. Politik baru harus berani menterjemahkan sabda Rasul s.a.w. "jika Fatimah (r.anha) mencuri sekalipun, tangannya akan dipotong".

Tapi prinsip seorang itu tidak boleh dianggap bersalah sebelum melalui proses penghakiman yang adil dan bebas harus kekal. Fairus tak wajar dihukum sebelum itu. Jika ada mekanisme parti untuk membetulkannya sebagai control damage sebelum sampai ke pengetahuan awam (misalnya dalam kes ini dia akan didakwa di mahkamah), ia harus berlaku cepat dan kesilapan itu tidak boleh didiamkan juga.

Saidina Ali k.w. dalam kes baju besi kalah di mahkamah. Rasanya dalam realiti sekarang, beliau juga tidak akan lepas dari menjadi mangsa politik kepartian, bukan politik nilai. Mesti kena hentam kaw-kaw punya.

Tapi apa yang kita boleh belajar, Saidina Ali k.w. mengangkat Kedaulatan Undang-Undang di mana prinsip equality before the law, sama seperti sabda Rasul s.a.w. dalam hadis di atas - semua manusia di bawah undang-undang yang sama. Dan Saidina Ali k.w. menjadi teladan di mana pemimpin harus berani menerima jika mereka buat silap dengan memberikan hak kepada yang berhak dan mengambil hak dari yang tidak berhak.

Sediakah kita dengan politik baru? Atau kita akan terus menempa kegagalan demi kegagalan dengan menyelamatkan apa juga yang boleh memberi nama buruk kepada parti kerana bimbang kalah dalam Pilihan Raya akan datang?

Reformasi harus lebih besar dari parti dan tokoh.

4 comments:

  1. Tunggu je la min keputusannya,
    harap2 proses kehakiman berjalan dlm selang waktu yg pendek & ADIL

    ReplyDelete
  2. itulah.

    aku tak kira kau BN ke PR ke. rule of law mesti tegak.

    ReplyDelete
  3. Hang pun dah ada entry kes Surul & Azilah. Nak komen lebih pun kita tak punya bukti, nanti dituduh memfitnah & hukuman nya disisi Tuhan kamu pun maklum.
    Saya kira dalam soal ini kita hanya dengar "cakap-cakap
    ' orang. tapi tak boleh nak buat apa.BUKTI takde beb.
    Walaupun saya berpihak pada kerajaan, tapi yg salah tetap salah. Saya realistik, no worries!

    ReplyDelete
  4. aku bersimpati juga...jika hal ini bersabit dengan konspirasi dalaman PKR Penang utk menjatuhkannya...

    biarlah kes berjalan dgn penghakiman yang adil

    ReplyDelete