Sunday, April 12, 2009

Kawan, percayalah kata gua

Kawan terbaik ialah bila dia mampu beritahu kau apa yang kau tak sanggup dengar meskipun ia benar dan betul.

Kau mungkin sakit hati dan panas telinga sekejap, untuk beberapa waktu. Tapi kau tak boleh tipu hati kau bila sesuatu itu benar dan betul. Kau hanya boleh paksa fikiran kau untuk jadi ignorance. Kau tak tipu siapa pun waktu itu selain diri kau.

Kau pun sebenarnya tahu - kawan yang baik memang akan sayang kau waktu yang baik dan buruk terpamer dari perangai kau. Dia yang akan melengkapi kau dan selalu mahu kau jadi lebih baik dari masa ke masa.

Kau ingat dia suka-suka buat begitu? Percayalah, dia juga harap kau pun bersikap begitu pada dia. Untuk kebaikan bersama.



4 comments:

  1. amin....Gua percaya kata lu...

    sukar nak menerima teguran mahupun kritikan dari sahabat/teman/kawan. Biar kritikan itu datang dari kenalan jauh atau orang yg baru kita kenal 5 minit yg lalu. Malas nak komen lebih2 kat blog awak, nanti awk ingat saya suka provoc pulak ;).
    Ada masa sat g, saya tulis kat blog saya pengalaman sendiri.....TUNGGU.......
    PEACE no war

    ReplyDelete
  2. em..sama ada kawan ko memang tak puas hati dengan ko atau dia mempraktikkan good samaritan law. But anyway, mana-mana manusia yang sanggup kasi aku rm 5K ke atas tanpa sebarang syarat dan cagaran, bagi aku memang kawan yang terbaik

    ReplyDelete
  3. tak ada kena mengena dengan gua pun. saja tulis.

    ReplyDelete