Friday, April 3, 2009

Memahami Garis Politik Di Sebalik Tuntutan TPM Oleh MCA

Selang beberapa hari sebelum Pilihan Raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai (atau dikenali sebagai Pilihan Raya 2 Bukit 1 Batang - orang kita memang!).

Tiba-tiba tuntutan TPM muncul dari MCA. Kenapa?

Ia tidak lain dan tidak bukan bertujuan membantu politik UMNO bernafas melalui suntikan rasa tidak selamat kepada pengundi Melayu (khususnya di Bukit Gantang, satu-satunya kawasan Parlimen). Selain itu, menggambarkan kepada pengundi Cina akan keberanian mereka.

Strategi serampang dua mata ini memang taktik Tun Dr. Mahathir sekian lama. Pendek kata, dua-dua tidak merugikan UMNO-BN. UMNO-BN akan buat kenyataan menolak hanya selepas Pilihan Raya dan MCA akan akur. Untuk tempoh baki yang ada, apa yang perlu dibuat ialah memastikan rasa tidak selamat di kalangan pengundi Melayu hidup, dan juga rasa selesa pengundi Cina berterusan.

Taktik lama...jika PR gagal memandang ia dengan baik, mereka akan kena getah!



5 comments:

  1. amin,

    satu pemerhatian yang baik. biasalah kadang2 marah juga kita tengok pasukan manchester united tidak menurunkan tevez sebagai penyerang, sekadar meletakkan rooney dihadapan.

    itulah dinamakan strategi.

    Ruzaimi

    ReplyDelete
  2. Politik, pada tingkat kekuasaan semata-mata mengambil risiko yang amat besar.

    Dan rakyat yang memilih utk berada di pinggir sebagai pemerhati atau rasa bagus untuk tidak peduli langsung hanya jadi boneka.

    ReplyDelete
  3. salam,

    penuh dengan lakonan

    ada orang cakap

    P - People
    O - of
    L - lacking
    I - intellectuality
    T - though
    I - intellectually
    C - communicate

    sangatlah pesimis kan?

    macam saudara kata (kalau tak silap), ramai intelektual ingin jadi ahli politik, tapi amat jarang ahli politik ingin jadi intelektual

    ReplyDelete
  4. bergetah sangat gua dengar. hahaha

    ReplyDelete
  5. politik ada seninya..

    sebab itu kdgkala kejujuran sukar ditempatkan. pada saat jujur dan seni dalam politik ini berhubung, saat itulah tingginya akal budi dirasai.

    ReplyDelete