Tuesday, April 21, 2009

Nilai, Budaya dan Poyo, Apa-Apa Saja Yang Kau Suka Ikutlah

Apa yang gua suka bila jumpa orang-orang yang dipanggil liberal oleh 'mereka-mereka yang dapat tiket khas ke syurga' ialah gua belajar memahami kompleksiti hidup dan di mana apa yang gua percaya sebagai iman hidup dan berfungsi.

Gua bukan tok alim. Gua bukan ustaz. Gua belajar agama di sekolah, hadir kelas mengaji dan Fardhu Ain di sekolah (tu pun ada gua ponteng sikit-sikit), gua lapangkan sedikit masa untuk dakwah, gua membaca, gua bertanya, gua berfikir dan gua berijtihad.

Cewah, bila gua tulis berijtihad tu lu dah mula nak persoal gua "budak ni siapa dan apa autoriti dia nak berijtihad?". Relakslah beb.

Gua rasa, gua banyak mendalami apa yang dipanggil aqidah itu dengan teknik Sokratik. Gua bangga dan suka tengok ustaz-ustaz yang humble, yang santun, yang artikulatif, yang mendahulukan fikrah dakwah berbanding kelancangan menghukum dan gua suka bila mereka bertegas pada tempatnya.

Walaupun gua mungkin ada yang tak setuju dengan sebahagian pandangan atau karakter mereka, pada gua itu isu kemudian. Hak mereka harus ditunaikan, sama macam hak gua juga gua mahu pertahankan.

Tadi makan tengah hari gua lepak dengan Adam, kami bual santai hal bahasa dan budaya. Adam kata bahasa Melayu Malaysia ni kasar sikit bunyinya, berbanding Indonesia. Ok, sebenarnya perbualan kami mula dengan cerita awek Indonesia dan awek Malaysia. Gua yang pandai-pandai bagi pendapat bahawa awek Indonesia umumnya lebih trampil. Alahai, lu tak payah la pilih awek-awek yang lu segan nak panggil awek. Gua maksudkan awek-awek ranggi yang larut dalam fesyen.

Dari situ gua berpendapat orang kita banyak kopipes perkara luar yang mereka rasa cool. Contohnya kata-kata macam wtf, wth dan sebagainya. Pemindahan budaya ni muncul dalam bahasa Melayu misalnya sial! bangsat! p**d*k, p*n**t, b**** dan lain-lain. Gua kata pada Adam bahasa Melayu kalau tengok dari filem-filem lama misalnya filem Nordin Ahmad dan P Ramlee ada keindahan. Pada gua la. Gua sampai sekarang suka pantun, gurindam dan sebagainya. Tapi gua harap bakal bapa mertua gua tak pandai-pandai nak berpantun pula masa gua nak pergi rumah dia nanti, haha.

Kopipes bukan sepenuhnya salah. Dalam konteks yang biasa gua pesan banyak kali kat adik-adik gua yang ikut gua ber-outdoor, gua cakap adapt, bukan adopt. Kalau tak adapt, jadilah jurulatih-jurulatih rekreasi atau kem motivasi poyo nak jadi mamat askar dan mamat bekas askar rasa semakin 'askar' kau kena 'belasah' dalam kem, semakin kau jadi manusia paling berguna di dunia.

Gua tak anti-askar, tak anti siapa-siapa. Gua memang diajar syurga itu rahmat Tuhan. Silap-silap semua orang masuk syurga, gua masuk neraka. Gua tulis apa-apa pun hanya pandangan gua sebagai manusia untuk ikut serta mengolah faham gua tentang diri dan hidup.

Kalau lu berhajat membina iman dari pandangan-pandangan gua, hentikanlah. Lu tak akan dapat dengan menyanjung atau mencincang pandangan gua. Lu lelaki, bila orang tanya jantina lu, lu harus jawab "lelaki". Lu jangan jawab "bukan perempuan". Jawapan lu mungkin betul, tapi kurang tepat. Samalah dengan iman lu, Tuhan tanya lu dan lu tak boleh jawab "sama dengan iman Amin" atau "tak sama dengan Amin".

Pencerahan bermula apabila kau berani mencabar faham kau. Kalau gua boleh pesan pun hanya beberapa perkara: 1) niat lu mesti baik, 2) lu jangan bongkak, 3) lu kena ada hormat pada nilai, 4) lu jangan malu mengaku silap dan minta maaf, 5) lu mudah memaafkan, 6) lu jangan salahkan orang sepenuhnya walaupun mungkin salah dia, 7) lu kena ada sense of humor, 8) lu cuba bentangkan pandangan dan persoalan lu dengan baik, 9) lu tegas dengan prinsip dan 10) lihatlah semua manusia dengan kaca mata Nabi s.a.w. - bahawa semua dari kita adalah umat yang mahu Nabi s.a.w. selamatkan.

Tapi lu jangan terkejut. Bukan semua orang suka orang baik dan mungkin apa yang lu sangka baik tu orang kata poyo, tak bagus, skema, tak beriman dan sebagainya. Percaya kata gua, mereka tidak ada tiket lebih untuk ajak lu masuk syurga sama-sama. Silap-silap tiket mereka pun mereka lupa kat mana mereka letak.

Tapi, soalan awal sebenarnya lu kena tanya "mana tiket gua?"

* Tengok, lu dah mula nak kata gua betul...lu macam yakin semacam je?

16 comments:

  1. Pencerahan bermula apabila kau berani mencabar faham kau. Kalau gua boleh pesan pun hanya beberapa perkara:1-10
    Gua namakan ini nasihat.

    ReplyDelete
  2. salam

    heh

    sinis :)

    terpulang saja atas sebab apa kita bersetuju @ mengimani

    ps - individualism : yang hak dan yang batil tu buku ke? sebab cari kat wikipedia tadi tadke tajuk yang bermaksud sama

    ReplyDelete
  3. ia lebih kpd monograf yg diterjemah dari buku karangan hayek. ikd terjemahkan :)

    ReplyDelete
  4. sinikal bunyinya :)

    mendalam maksudnya :)

    ReplyDelete
  5. Aedi, sila hubungi mana2 org IKD. Aku entah bila nak jumpa mereka...sibuk kebelakangan ini. Bukan tak ada masa lapang, tapi kau tahulah aku nak ke Bangsar pun dah makan 25 minit, belum masuk parking. Itu mujur jika tak sangkut jem.

    Lin, chill2 sudah :p

    ReplyDelete
  6. Kebanyakkan orang taknak atau takut nak fikir dan mempersoalkan isu-isu kehidupan, existentialism ni sebab mereka takut untuk keluar dari zon selesa diaorang. Takut untuk mempersoalkan adakah pegangan, panduan, pedoman yang diaorang amal dan percaya selama ini betul atau salah.

    Tapi yang paling mengecewakan, kebanyakkan golongan ini akan terus menghakimi dan mengheret golongan yang cuba berfikiran terbuka, yang mencari hak di sebalik batil untuk mengikuti cara mereka.

    Freedom of thought my foot!

    ReplyDelete
  7. siapa yang nak dihubungi agaknya,,

    ok lah,

    saya akan cuba di facebook.

    terima kasih amin

    ReplyDelete
  8. tomoyo daidouji,

    saya kira selagi mana kita percaya akan kebenaran pegangan atau agama kita, itu tidak menjadi masalah

    kerana,

    selagi mana pun kita mengkaji, balik2 kita akan bertemu dengan apa yang dipegang

    ReplyDelete
  9. ya, ada kecenderungan berpuas hati (zon selesa).

    tapi saya percaya dlm persoalan ilmu islam - ada yg rigid dan ada yg fleksibel.

    saya harap saya berani, tapi tidak biadap :)

    ReplyDelete
  10. aediasri,

    Ya. Kepercayaan dan pegangan semestinya tidak boleh secara membuta tuli.

    Berapa ramai orang yang beragama, terutamanya Islam masih tidak paham intipati disebalik suruhan sembahyang itu sendiri. Kalau ditanya lebih, kebanyakkan mereka akan jawab 'sebab Tuhan dah suruh', 'sebab wajib', 'sebab mak bapak aku sembahyang', 'kalau tak sembahyang nanti kena pukul, masuk neraka'

    Persoalannya bukan saya menggalakkan orang untuk sesat atau murtad. Tetapi untuk lebih percaya dengan apa yang kita percaya, pegang dan anuti sekarang ini.

    Kebebasan berfikir, kebebasan membuat keputusan, kebebasan bersuara, kebebasan intelektual.Semua itu sudah ada dalam agama. Cuma manusia yang meletakkan sekatan terhadap kebebasan itu. Agama bukan satu institusi, agama adalah kepercayaan dan keyakinan.

    ReplyDelete
  11. aku nak tambah sikit.

    bila aku cakap kebebasan mencari hakikat hidup beragama ni bukan beerti aku betul dan benar.

    sama2lah kita cari ya? :)

    ReplyDelete
  12. aku ingin sekali mencelah, tapi aku belum mampu fokus lagi...Labwork..labwork...labwork
    Jeles kerna kalian ada masa bertukar pendapat begini

    ReplyDelete
  13. dalam mencari, jatidiri perlu kuat

    jadilah si tanggang, keluar dari kampung, dan balik dengan jaya

    saya yakin masyarakat semakin bergerak ke arah itu

    sama-samalah kita mencari

    bumi dipijak langit dijunjung

    bukan langit dipijak bumi dijunjung

    :)

    ReplyDelete
  14. setuju aedi,

    tapi jgn jdkan itu alasan utk tidak berbuat apa2...

    dan menghalang mereka yg berani mencari secara tidak sepatutnya.

    ReplyDelete