Tuesday, April 28, 2009

PAS dan Tanda-Tanda

Dulu bila muktamar PAS, rasanya tak ramai yang peduli pun. Aku masih ingat guru-guruku di sekolah cakap berlapik "semalam saya pi angkat bulan (maksudnya bendera PAS la!)", "hari ni baju saya tema hijau sempena muktamar PAS (di depan sekolah kami)", "saya suka pelajar saya pass (dengan menekankan perkataan PAS sambil bertanya kepada aku "betul kan Amin kan? (jangan terkejut, dia cikgu Cina!)" dan sebagainya.

Tapi hari ini pasca Reformasi, lebih-lebih lagi selepas 8 Mac 2008, urusan PAS juga secara tak langsung telah jadi urusan awam. Ramai yang ambil tahu dan ramai yang mahu berikan pandangan untuk mempengaruhi pemilihan kepimpinan parti.

Dari sanalah titik mula wacana (discourse) dalam parti PAS turut terheret dan kita tahu sejak dua menjak ini ada 'pertembungan terbuka' atau lebih tepat perbezaan pandangan terbuka di kalangan pimpinan PAS di ruang awam. Aku dah menulis hal perbezaan pandangan dua Tuan Guru yang seharusnya tidak dilihat jelik dalam PAS.

Tapi kenapa ia begitu menghambat dan kelihatan jelik?

Tidak adil untuk aku mendakwa, tapi mungkin ia berpunca daripada rigidnya pendekatan usrah dan tarbiyah. Ia tidak bermakna pendidikan politik khususnya dalam parti lain lebih baik, PKR misalnya lebih haru biru dengan kerencaman yang jauh lebih kusut, dan ia juga tidak bermakna pelaksana usrah di pelbagai peringkat gagal total. Ia lebih kepada persoalan semangat dan teknikal.

Jujurnya dua tulisan Ustaz Nik Abduh tidak pun menyelesaikan persoalan berbangkit malah berkemungkinan mengusutkan. Tapi ia tetap akan sentiasa ada pembela. Aku mungkin simpatisan Pakatan Rakyat yang dilihat kuat menghentam PAS berbanding yang lain. Tidaklah tuduhan yang datang bertimpa pada aku itu merujuk kepada pandangan-pandangan aku yang banyak dan di mana garis beza dengan sikap yang diambil PAS. Kecenderungan biasa mudah ternampak sebagai "anti Islam", "liberal" dan sebagainya sampai ada yang dengan cool-nya mengaku "saya telah lama liberal" (dengan pengertian sendiri).

Di mana-mana aku selalu memerhatikan tanda-tanda termasuk apa yang aku lakukan. Kita kenal diri kita dan waktu bila kita berada di situasi paling hopeless dan paling berani berjuang.

Jujurnya aku menolak apa yang dipanggil Unity Government seperti diusulkan PAS. Malah aku juga tidak melihat Pakatan Rakyat bersedia menjadi Kerajaan Persekutuan meskipun dari perbandingan, aku memang melihat sistem UMNO-BN semakin hopeless.

Maka apa kalau sudah kedua-duanya tak boleh?

Demokrasi!

Ini bukan zero-sum game di mana ada yang patut mengalah. Dengan adanya demokrasi, apakah PAS dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat tidak boleh bergerak sebagai rakan bina negara atas nama pembangkang? Sejak bila menjadi pembangkang itu buruk? Dalam demokrasi ada hak-hak berkaitan kebebasan, keadilan, pengasingan kuasa dan sebagainya. Pokoknya perlaksanaan kita sangat hampeh, macam celaka!

Inilah taboo dalam masyarakat kita. Dan tidak ada tanda taboo ini mahu diruntuhkan oleh kerajaan UMNO-BN kerana mereka "bernafas" dengannya. Meruntuhkan taboo ini hanya akan menjadikan UMNO defensif kerana mereka tidak sedia menjawab kesilapan-kesilapan mereka yang lalu sedangkan rakyat kita pada aku adalah rakyat yang paling pemaaf. Tapi rakyat kita juga memang jenis ego dan sombong - berlagak serba tahu dan paling akhir mengaku diri lemah dan salah. Kiasu di mulut yang sering tidak seiring dengan sikap.

PAS dan siapapun harus berhenti jadi elit. Aku melihat di mana-mana masalah manusia adalah berpunca dari sikap - berlebihan atau berkurangan - dan masalah asas ini disalut dengan kata menghina, kata merendahkan dan meremehkan orang lain, unsur baik yang dipinjam untuk menjustifikasi kekurangan diri dan sebagainya. Falasi.

Ia tidak sepenuhnya salah. Cuma mungkin kita sejak dulu, pada aku, kurang mengajak diri melihat umat sebagai batang tubuh atau cermin kita. Justeru kasih sayang itu tidak ada dan tidak dirasai. Kita berhubung sekadar fizikal, bukan ruh dan jiwa. Individualisme kita dari jenis yang salah atau di luar semangat Islam. Kita mendahulukan benci dan hukum dari kasih dan dakwah. Kita melekaskan permusuhan berbanding sifat pemaaf, persahabatan dan saling melengkapi.

Sebab itu, masalah akan dilihat sebagai masalah, bukan satu cermin betapa tidak sempurnanya kita dalam usaha berterusan sebelum bertemu Yang Maha Sempurna.

Memang ramai yang lekas melompat kepada kesimpulan - bahawa tidak wujud apa itu Islam progresif, Islam liberal, Islam Hadhari dan sebagainya. Islam memang satu, cuma Islam (dari perspektif) mana dalam mindamu?

* PAS harus melihat 'campur tangan' awam dalam urusan parti sebagai tanda penerimaan luas. Ramai orang sudah malas berkomentar tentang potensi UMNO dan ia boleh dilihat dalam PAU baru-baru ini. Semangatnya tidak sama seperti PAU yang dulu-dulu. Tapi semangat itu beralih kepada PAS. Tidakkah itu cukup sebagai tanda?

3 comments:

  1. Askm,

    "Kita mendahulukan benci dan hukum dari kasih dan dakwah. Kita melekaskan permusuhan berbanding sifat pemaaf, persahabatan dan saling melengkapi."

    "Sejak bila menjadi pembangkang itu buruk?"

    Sbb itu PAS bukan hanya dilihat sebagai "hanya" sebuah parti politik.

    dan melalui tulisan kau ini aku melihat bahawa ada bibit2 bahawa kau tidak bersetuju PAS bermuzakrah(atau apa shj istilah) dgn BN.

    ReplyDelete
  2. bezakan soal prinsip dan keluwesan hal furu'

    ReplyDelete
  3. dan sejak bila soal bermuzakarah dgn BN itu bukan atas dasar prinsip?

    ReplyDelete