Aku mendokong reformasi di Malaysia, bukan lagi rahsia. Tapi selalu aku jelaskan bahawa reformasi ialah kerja semua pihak. Tentu saja Pakatan Rakyat mendapat kredit yang banyak dalam proses ini kerana mereka terlebih dahulu menjuarai banyak isu berkaitan dan proses ini banyak dituntut daripada kerajaan BN.
Tapi kita jangan silap. Sampai bila-bila tuntutan perubahan itu harus bermula dari dalam diri kita di sampung berterusan menghidupkan semangat saling melengkapi melalui kritik, tegur, nasihat dan sebagainya kepada selain kita.
Dalam kes di Perak, kedaulatan undang-undang harus dijalankan dan kes yang utama patut diselesaikan terlebih dahulu. Melambatkan penyelesaian kes yang utama telah mengheret banyak kes sampingan lain.
Speaker mungkin berkuasa penuh dalam hal tertentu, tapi jujurnya aku tidak selesa bila ia berlaku. Dan ia hanya boleh berlaku bila kes yang utama tidak diselesaikan dan kes-kes lain muncul.
Kes utamanya apa?
Mahkamah mesti selesaikan sama ada perlucutan jawatan YAB Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah atau tidak.
Rakyat tidak mempersoalkan perlantikan YAB Dato' Seri Zambry kerana ia memang hak Raja dalam konteks undang-undang. Tapi air baru tidak boleh semudahnya dimasukkan ke dalam gelas yang telah sedia dipenuhi oleh air yang lain!
Hal inilah yang perlu diselesaikan oleh mahkamah di tempat pertama.
Aku masih ingat ucapan DS Anwar di Parlimen, petang sebelum aku balik Perlis dulu. Ia bukan persoalan tidak menerima hakikat lompat parti oleh 2+1 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP. Tapi ia persoalan cara.
Ya, aku sendiri rasakan cara yang terbaik ialah UMNO menunggu sidang DUN dilaksanakan dengan membawa undi tidak percaya. Dengan cara itu, risiko penglibatan istana tidak berlaku.
Selain daripada itu ialah persoalan desentralisasi kuasa. Berlaku masalah apabila sebilangan pegawai kerajaan yang dilantik pusat tunduk kepada permainan politik. Sabotaj terhadap kelicinan perjalanan kerajaan negeri ternyata satu pengkhianatan kepada Raja dan rakyat juga!
Demokrasi harus subur di Malaysia. Rakyat harus lebih berani menyatakan sikap berprinsip.
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku sokong ko bro
ReplyDeletetk perlu pakai baju yg sama
baju perlu tukar
Tuan Amin,
ReplyDeleteDah lama menanti kupasan politik daru tuan.
Boleh tuan ulas dari sudut perlembagaan, ada pandangan mengatakan keputusan mahkamah tidak boleh melebihi kuasa speaker.
Bagaimanakah jika begitu, mahkamah atau speaker yg betul?
mohon penjelasan.
sahabat,
ReplyDeletejika faham doktrin pengasingan kuasa, ia sudah terang lagi bersuluh.
peristiwa di Perak sbnrnya melondehkan amalan demokrasi di Malaysia dalam banyak bentuk dan menguji sikap sebenar kita terhadap Perlembagaan dan Undang2.
pada saya mahkamah salah tapi saya juga canggung dgn kuasa penuh speaker menggantung SU dewan ditambah dgn bias SUK negeri.
sebab itu, isu pokok mesti selesai dulu kerana di sana ibu kepada segala masalah.
nak komel isu lompat parti. Mereka2 yg melompat ni, biasanya ada agenda tersendiri, untuk memperjuangkan kepentingan diri misalnya. Biasalah dalam parti politik mesti wujud team A & Team B, orang A naik, teamnya diangkat sekali. Saya tak boleh cakap saya cukup kenal dgn Dun PKR kat kawasan sy yg dah jadi calon bebas sokong BN, kenapa dulu dia bawa diri ke PKR?Hohoho
ReplyDeleteMacamlah DS Anwar juga kesnya.
Byk sgt bunyi sejak pakatan perintah perak, saya sedikit sedih. Kami org2 perak dah bagi ruang tapi saya tak nampak yg menguntungkan.Niat nak join bpolitik pn dah tawar beb...