Gua memang suka buat program untuk anak muda (mungkin sebab gua muda). Entahlah, gua memang ada sentimen khusus tentang anak muda.
Sebenarnya sejak akhir-akhir ni gua lepak dengan Kent. Kent ni kalau ikut umur, tua sikit dari gua (2 tahun, sebaya Zaki). Tapi dia masuk fakulti gua dulu agak lewat sikit sebab tukar kursus. Jadi, kami kenal di sana sebab Kent pun memang budak Outdoor.
Malam tu kami bincang pasal remaja bermasalah. Haha, bunyinya macam geek habis! Tapi sebenarnya dia adukan pada aku satu kes dan minta pandangan aku untuk bantu dia selesaikan.
Dari cerita Kent, dia banyak guna pendekatan yang terfokus pada external locus of control. Gua tak setuju. Gua punya cara, lu tak boleh ajar orang berubah kerana external locus of control. Tak cukup padu dan itu antara sebab manusia balik ke asal. Pada hemat gua la.
Sebenarnya terma remaja bermasalah ni tak best. Gua rasa orang tua pun banyak buat masalah. Lu ingat laki yang pukul bini sebab baran, mabuk dan kaki judi kalah tu best? Lu ingat tua-tua nak jadi kaki pukul tu best?
Tapi terlanjur gua punya penyelidikan memang pasal remaja bermasalah, gua cuba ambil definisi lain yang lebih damai. Youth at-risk (bahasa lain yang digunakan dalam tesis berbahasa Inggeris) tak semestinya remaja yang dah melakukan kesalahan, tapi at-risk tu lebih kepada berada dalam situasi berisiko di mana anak muda yang baik pun terdedah dengan potensi ini.
Sebenarnya terlalu banyak pendekatan boleh diambil untuk menangani isu anak muda. Dan harus aku katakan bahawa tiap-tiap pendekatan tak boleh menyelesaikan semua perkara. Sains sosial memang hal yang rumit.
Tapi suka atau tidak, pendekatan kaunseling adalah yang terbaik. Kita jangan bercerita pada mereka secara terus apa yang mereka perlu perbuat. Itu tak banyak membantu meski pun sedikit sebanyak ia boleh memberi kesan, tergantung kepada mereka suka atau tidak mendengar celoteh kita.
Entahlah, gua dah larut sangat kot dengan experiential learning?
Wednesday, April 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
came accross ur blog today
ReplyDeletei've a got problematic brother at home
what shud i do
any suggestions?