Thursday, April 2, 2009

Sambung Sikit Tingkatan 1

Cerita aku ni dah mula berterabur sikit. Bila dah sibuk ni tak boleh susun cerita baik-baik.

Bila Warie dah masuk MRSM, rakan kayuh basikal aku ialah Jerry. Kami akan kayuh sampai rumah tok Zarizal (bertentangan jalan masuk ke stadium dari Jalan Sekolah Derma). Dulu Za duduk rumah tok dia sebab ayah dia dah jadi Pengetua di Langkawi jika aku tak silap. Mak Za kerja hospital sama mak aku dulu. Kiranya kenal jugalah bila sebut anak siapa.

Dulu kami ada kelas Pendidikan Seni. Seronok jugalah mencanting batik, reka corak baju sendiri dan lain-lain. Yang handal di kalangan kami ialah Nakhiz. Kelas Kemahiran Hidup seronok juga. Aku tak ingat tingkatan berapa belajar masak. Seronok tak sangga bila cikgu Tengku Bahiyah puji masakan kumpulan kami paling sedap, padahal kami main hentam ja masak. Dalam kelas tu memang aku jugalah yang jenis banyak bergurau dengan cikgu.

Sekolah perkenalkan waktu senaman 5 minit pada pukul 11 macam tu. Konon tak mau bagi mengantuk la, haha.

Waktu cikgu tak masuk kelas, aku ikut kawan-kawan main kepung-kepung. Apa jadah nama permainan ini aku pun tak tau. Ala, main guna buku kotak kecil tu - tanda-tanda kat kotak tu untuk kepung lawan. Mula-mula aku jadi bahan belasahan juga sebelum mahir.

Sampai sekarang Mat Skala dan Azani ingat kes mula-mula kami kenal. Azani, Bang Pen dan Fakaruddin masuk lewat sikit dalam kelas aku. Entah apa depa main sampai warna fluorescent (betulkah ejaan ni? nasib aku tak ambil PPSMI, hehe) terpercik ke baju aku. Apa lagi, konon samseng waktu tu...bayar hutang la. Aku conteng baju Mat Skala dengan pen. Bila ingat balik gila rasa berdosa.

Kelas 1 Pintar rajin main Ping Pong. Mungkin sebab susunan meja mereka berbeza maka tak perlu ambil masa nak bentukkan 'meja ping pong' tu.

Waktu senaman mula-mula Pak Jon rajin suruh kami lari pusing kawasan sekolah. Maksud aku pusing di laluan luar - jalan raya. Adalah jaraknya dalam 2 kilometer. Lari mula dari gelanggang bola tampar, lalu depan markas PAS, lalu depan hospital dan lalu depan Jabatan Pendidikan.

Waktu lain kami lepak di perpustakaan sebab mak Nakhiz, cikgu Jesma adalah antara guru yang bertanggungjawab jaga perpustakaan.

Makan di kantin sekolah aku rasa sangat best (sebelum tingkatan 3 ke tingkatan 4 entah mereka tukar). Aku sangat suka nasi goreng dengan daging merah dia.

Gua 'rapat-tak-rapat' dengan senior. Ifzan a.k.a. Bolat adalah kawan aku merangkap pelindung aku di sekolah (nama ni dia dapat sebab dulu Goallie Perlis ialah Bolat Raishanov dan tentunya masa dia dapat nama tu sebab dia jadi Goallie main bola petang-petang di taman). Aku tak berapa ambil tahu sangat 'kepala-kepala di sekolah' walaupun memang la sangat ramai. Muka juah, haha. Yang penting untuk aku ialah aku pun ada geng luar (amacam, poyo tak?). Tapi Bolat punya geng lagi besar (dan ini antara sebab orang tak 'kacau' dia dan aku pun secara tak langsung dapat tempias sebagai 'anak buah').

Dalam geng Bolat ni memang agak dikenali dan diminati oleh budak-budak batch aku. Selain dia, ada Khairil Imran a.k.a. Harmen (oh, sebenarnya nama dia Khairil Imran bin Harmen, memang budak-budak dulu panggil nama bapak, macam haram tak? Bolat tu dulu kadang-kadang dipanggil Usop, hehe). Selain Khairul, Jon - Azizul pelari sekolah, Imran dan Hansir Soliano. Ada lagi yang lain-lain tapi inilah yang betul-betul dikenali.

Mereka baik dengan aku mula-mula sebab Bolat kenalkan, kemudian kami main bola sama-sama dan jamming. Pendek kata, masa tingkatan 1 ni selain aku, hanya Jan (Rhufaizal batch aku) yang main gitar.

Senior-senior yang aku ingat masa tu abang Najib Ketua Pengawas, Azwan Pak Ya, Syed Udeng, Johny, Airil Rizman pemain golf Malaysia tu, Noraswan Nordin, Bang Chik Razi anak cikgu Hatta - abang Ruhaizah a.k.a. Kak Cik. Senior aku kenal ramai juga tapi tak begitu rapat. Aku rapat dengan senior kemudian sikit. Batch Chot aku kenal juga kemudian - sebab sebahagian adalah bekas Seri Indra dan juga aku kenal melalui kisah-kisah gaduh di luar, hehe.

Dulu Bolat dan rakan-rakan ada hobi celaka. Waktu rehat depa akan ke tempat letak basikal dan guna penetas benang untuk pecahkan tayar budak-budak yang depa kenal. Salah seorang mangsanya akulah! Sekali tu aku hilang sabar selepas satu tayar aku dicucuknya, aku tampar dia. Pergh, nasib baik masa tu tak bertumbuk - kawan punya pasal.

Antara cikgu yang aku ingat ialah cikgu Saidina Omar, masa aku balik Perlis ada jumpa. Dia dah jadi Pengetua di sekolah lain. Cikgu Tengku Bahiyah yang amat disayangi semua. Cikgu Sharifah yang ajar Pendidikan Seni (kesian dia...). Cikgu Hashim ajar Sejarah, Cikgu Ahmad Shakri dah jadi Guru Besar Seri Indera. Cikgu Ferdan ajar Matematik. Cikgu-cikgu lain aku tak berapa ingat. Kami dianggap lega kerana tak diajar cikgu Norma dan Cikgu Azrin (Tok In ajar English). Oh, English aku diajar oleh Pak Jon! hehe. Lega juga sebab tak diajar Pak Jan (Norizan Bakar bekas jurulatih bola Malaysia). Ya, Pak Jon ialah Azizul Abidin bekas Pengarah Akademi Soccerstar.

Sayang padang sekolah kami masa tu rosak dan sedang dibaiki. Tapi ada jugalah guna untuk aktiviti tertentu. Masih ingat Hari Guru yang cool.

Masa ni asrama lelaki Sekolah Menengah Derma di luar - depan berek Hindu yang juga dah tak ada. Kadang-kadang aku ke sana main catur dengan Rosdi. Asrama perempuan yang lama dah diambil Jabatan Pendidikan.

Oklah, nanti aku sambung lagi...

No comments:

Post a Comment