Aku suka bila DS Najib, Menteri Perdana kita yang baru mula mengemukakan nilai-nilai yang boleh disifatkan sebagai dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia.
Hanya saja, kita menanti keputusan bersifat dasar. Ini akan menentukan iltizam politik (political will) sama ada kita benar-benar sedia berubah atau akan terus dengan lagu lama menggunakan gendang baru.
Pasca Pilihan Raya dan perlantikan kabinet, termasuk siri Pilihan Raya kecil, kita masih mendengar kuat jeritan dan slogan bersifat kaum. Melayu dengan Ketuanan Melayunya, Cina dan India dengan agihan itu dan ininya.
Semua bersifat kaum dan ini adalah indikator untuk aku, bahawa kita masih belum berubah pada cara berfikir.
Jika kau baca Siri Aku Pun Melayu (telah aku masukkan sampai siri 5 saja), kau akan lebih jelas dengan kebimbangan aku - bagaimana slogan agama dan bangsa ditunggang.
Sebenarnya semua seruan positif memang diikuti rakyat. Tapi kita tak boleh sekadar bertumpu pada perkara positif dengan membiarkan perkara negatif terus berlaku.
Satu Malaysia menolak rasuah. Maka, sila gubal dasar dan akta yang mampu memperkukuh pencegahan rasuah misalnya perlindungan kepada whistleblower, jangan lindungi dokumen-dokumen tak perlu di bawah Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya. Kau ingat tak dokumen rasuah Rafidah Aziz yang membuatkan Ezam merengkok di penjara kerana Rahsia Rasmi? Come on, bila Ezam merengkok, itu beerti dokumen itu sahih! Dan dokumen itu bukti rasuah!
Itu satu..sama jugalah satu Malaysia tolak salah guna kuasa. Satu Malaysia tolak media putar belit. Satu Malaysia tolak kezaliman. Dan macam-macam lagi.
Satu Malaysia bila-bila masa sedia mendokong kerajaan yang mengusahakan nilai-nilai positif. Tapi bila kerajaan turut sama mengendong salah guna kuasa dan rasuah. Minta maaf jika rakyat skeptikal. Rakyat tidak mahu lagi digulakan dengan hal positif saja.
Kita mesti berani ke depan.
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
msia mendengarnya..wahai amin,
ReplyDeleteSaje nak tanya pendapat awak,
1)ada yg mengatakan formula Mahathirisme telah bertapak kembali dalam kabinet, komen sikit..;)
2)relevankah seorang menteri memegang 2 portfolio sekaligus?mungkin boleh beri ruang kepada muka baru/lama yg berkelayakan
ya, ramai pemerhati politik melihat tangan Mahathir di sebalik wujudnya kabinet baru ini. meski saya mengakui TDM ada sumbangan tersendiri dalam pembangunan negara, byk juga yg saya tidak setuju terutama pasca kemelut kehakiman 1988. dan menyentuh hal ini, secara tidak langsung saya juga menyalahkan DSAI kerana turut sama sbg 1 kumpulan, dan ini juga terpisah dgn pandangan berkaitan individu.
ReplyDeletesukar dimengertikan, ekonomi kita mmg baik, terbaik hingga DSAI dinobatkan menteri kewangan terbaik dunia oleh asiamoney dan euromoney. tapi jelas, harga yg kita bayar dari sudut demokrasi (dalam erti kata yg luas) adalah besar.
menteri pegang 2 portfolio? utk saya lebih pun x apa. saya percaya kerajaan ini harus semakin kecil. sbb itu semasa di Awani, komen awal saya mudah - perubahan saiz tidak signifikan. bacalah ttg limited atau small government :)
ssshhhhh.......
ReplyDeleteatau lebih kpd menjaga kepentingan mungkin
salam
ReplyDeletesloganeering ni memang biasa
perati perkembangan semasa pun, macam sama, mic nak menteri lebih,
media putarbelit kenyataan ku li..
tapi kena tunggu dan lihatlah macam mana satumalaysia ni,
tapi saya memang skeptikal,
dulu, kini, selamanya tak taula :)
satu lagi,
bagaimana agaknya muhyiddin yasin pegang menteri pelajaran?
p/s - bila siri aku pun melayu nak masuk bab individualisme, ni antara aspek yang paling saya tertarik!
individualisme tak terangkum dlm aku pun melayu secara langsung. ia bab lain dalam isu-isu islam :)
ReplyDeletegua dah syak. orang Melayu tolak PAS di bukit gantang. gua rasa pemikiran orang kita masih ortodoks. Melayulah sangat.
ReplyDeleteTapi PAS pun tak ada modal utk memenangi hati rakyat. Asyik2 hentam UMNO saja.
Apakan daya, orang melayu Islam sendiri pun tolak hudud.
Gua sekadar nyanyi Izzatul Islam saja.
secara ringkas la disini...nak kongsi sikit 3 perkara, renung2kan:
ReplyDelete1. Ada orang kata kabinet malaysia kini ada campur tangan mahathir, pada pandangan saya, 22 tahun Tun M mentadbir dengan jayanya bukan dengan kesuraman seperti thailand dan indon. Saya rasa x salah jika mahathir memberi pendapat yang berguna pada PM baru kita untuk bentuk kerajaan sebab Tun M antara pemimpin genius dunia bukan macam Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng dan Hadi Awang yang hanya tahu bercakap, memaki, x tahu memerintah, x mampu nak majukan negeri yang ditawan, tahu berceramah je tapi pandai pikat pelabur..pastu membenarkan bukan islam beri salam n baca ayat Quran...APA NI?? fikir2lah melayu...jangan terpedaya dengan pakatan rakyat yang menggunakan melayu yang MUDAH LUPA ini (PAS/PKR)
Anonymous...I LOVE!!!!!!!
ReplyDeleteRALAT: pakatan rakyat x pandai pikat pelabur....
ReplyDeletePerkara kedua :
ReplyDeleteSecara rambang, kita lihat perkembangan politik di negara kita ini, pihak pembangkang hanya tahu untuk mencari salah pihak kerajaan BN dengan cara merusuh, mencaci, lawan Raja, jual tanah melayu pada cina seperti di Perak, mcm2 lagi...tapi Anwar Ibrahim tetap juga diagungkan oleh melayu yang MUDAH LUPA ini....jangan lupa pada sejarah di Singapore kerana DAP ini seperti PAP singapura...Lim kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng seperti Lee Kuan Yew di Singapore, habis melayu dikejekan, dijadikan hamba ditanah melayu sendiri,kucar-kacir, jadi rakyat kelas bawahan....DAP hanya menggunakan PAS untuk dapatkan sokongan Melayu Islam sahaja...ingatlah....jgn termakan rayuan DAP...nanti melayu punah.....sebab DAP x menjanjikan apa2 untuk melayu sebab dia parti cina...Pas pulak termakan hasutan sebab nak balas dendam kat BN khususnya UMNO..
Anon,
ReplyDeleteKamu mahu saya jawab?
Maaflah, saya rasa hujah2 yg kamu sertakan di sini sangat naif. Nampak sangat kamu tak ikuti perkembangan betul2 dan memahami persoalan yg lebih luas.
Maaf, saya memang rasa kamu sangat lucu :) sebab itu kamu hanya seorang anon..
Perkara ketiga:
ReplyDeletemengenai pembentukan kerajaan, pemilihan menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian kena terima seadanya sebab kita yang memilih kerajaan yang sedia ada kini. saya seru pada sekelian MELAYU YANG MUDAH LUPA INI ...kembalilah pada pihak yang bena....kalau x nak kembali pun x pe la....yang penting RENUNG2LAH APA YANG AKAN TERJADI JIKA PIHAK DAP(CINA) DAN PKR(CAMPURAN CINA) memerintah negara kita ini, PAS pula dijadikan kuda tunggangan sebab nak dapat undi melayu MUDAH LUPA INI....saya tak nak jadi macam singapura....sebab mak ayah saya bekas warga singapura....saya tahu derita melayu disana bila CINA bangsat ini memerintah....saya x nak jadi di Malaysia....jadi renung2kan pihak mana yang benar......SEBAB PAKATAN RAKYAT PUN GOYANG.....
anon, terima kasih atas ketakutan kamu.
ReplyDeleteia tidak cukup utk meyakinkan saya bahawa cara UMNO-BN adalah yg terbaik utk kita keluar dari masalah yg banyak dan dicipta khas utk divide n rule kita semua :)
Pewaris reformasi:
ReplyDeleteSaya ingin bertanya selama 52 tahun merdeka, pihak manakah yang membawa kemajuan, keamanan, perpaduan kaum dan kejayaan melayu??
ketepikan soal anwar,tun M dan lain2....
1. sila lihat data selepas setahun Pakatan Rakyat memerintah. Di Selangor, terbaik dalam tempoh 9 tahun terakhir. di Pulau Pinang, pelaburan meningkat lebih 100%, di Perak juga pelaburan meningkat.
ReplyDelete2. sebelum kedatangan Islam, agama lain panggil Tuhan tu apa? Apa masalah bila YB Nga Kor Ming kata Islam menggesa adil dan ihsan (dari ayat yg dipetiknya?).
3. Bacalah dgn hati yg jernih siri tulisan saya - Aku Pun Melayu. Nak lebih lanjut, baca buku Saya Pun Melayu tulisan Dato' Zaid Ibrahim dgn kata pengantar oleh Tengku Razaleigh.
4. Kalau Cina Singapura zalim, kamu harus zalim pada orang Cina Malaysia? Siapa ajar? Islam?
Jangan terlalu naif..Melayu boleh maju tanpa perlu menzalimi orang lain! Islam zaman Nabi s.a.w. berkembang baik bukan kerana menindas kaum lain!
Amin,
ReplyDeletesaya juga 'ketakutan'spt anon..
bukan banyak yg saya minta, cuma "KEAMANAN".
korang makin panas....
anon, UMNO lama telah bubar pada 1987, jangan jadi pekak.
ReplyDeletedan jgn ingat dlm sistem demokratik hanya ada kerajaan, pembangkang juga ada peranannya.
dan jgn lupa - George Bush, Saddam Hussien, Shah Iran pun ada bawa pembangunan...malulah saya guna duit cukai (dari semua rakyat), lepas tu claim anda buat segalanya.
dan jangan lupa bila merdeka, ia adalah tolak ansur semua kaum waktu itu dan ditegaskan dlm pemahsyuran kemerdekaan berkaitan prinsip keadilan dan kebebasan.
juga baca biografi Tun Dr Ismail yg terlibat buat DEB yg tamat pada 1990.
itulah masalahnya, anda tidak membaca! sila baca semua yg saya gesa di atas utk faham duduk persoalan yg saya bincangkan.
dan jgn lupa buku Tunku Abdul Rahman - Sebelum dan Sesudah 13 Mei. Di sana anda akan tahu kenapa Tunku tak suka Tun Dr Mahathir dan mati di luar UMNO. Semua PM kita sebelum Mahathir mati di luar UMNO, kecuali Tun Razak yg meninggal.
Aman tak akan muncul tanpa keadilan..ia adalah common sense!
1. Mana data dan bukti kemajuan di negeri-negeri pembangkang?? seperti kelantan berbelas tahun di bawah PAS tapi miskin dan mundur..
ReplyDelete2. Kenapa perlu gunakan bukan islam untuk agungkan islam pada umat islam yang lain?? bukan kita ada ulamak2 yang alim untuk berbuat sedemikian?? ketandusan cara ke nak tarik undi melayu smpai guna orang bukan islam...
3. saya cuma kata x nak melayu malaysia jadi seperti melayu singapura..saya takut....saya nak melayu memerintah dengan majoriti melayu dan campuran lain2 bangsa yang ingin keamanan....seperti BN...bukan seperti pakatan rakyat yang lebih kaum bukan melayu jadi kuasa penentu....
4. Saya x pernah kata untuk zalimi kaum lain....tapi kita kena tegakkan ketuanan melayu sambil dibantu kaum2 lain....
mana data? itulah saya katakan bahawa sdr pilih utk tulis dgn hati yg busuk. pergi carilah jika sdr jujur cari kebenaran.
ReplyDeletehei, nak kata Kelantan pun cerminlah diri bagaimana kerajaan pusat sekat bantuan peruntukan dan salurkan melalui pihak lain yg rakyat kelantan tak pilih pun sbg kerajaan negeri! dan jgn lupa kerajaan kelantan dlm realiti itu pun masih mampu bayar hutang kerajaan negeri kpd pusat yg dibuat zaman umno perintah kelantan dulu berjuta2!
dan jgn lupa, kedah, t'ganu dan sabah itu siapa perintah sebelum ni? kenapa mereka dlm senarai 3 tercorot miskin di Malaysia? mana kekayaan negeri t'ganu dan sabah? PAS perintah t'ganu 1999 tiba2 t'ganu jd ke-4 termiskin, naik setakuk! dlm realiti royalti jd ehsan!
lim kit siang pernah buat kenyataan dia setuju teras melayu perintah tp bukan hegemoni. bacalah dgn pandangan jernih tulisan saya Aku Pun Melayu dan tulisan Dato' Zaid untuk nampak bagaimana semangat Melayu yg sdr kembangkan itu salah.
saya pun Melayu..insyaAllah saya ada Islam sbg panduan saya.
saya ingin bertanya, salah ke perjuangan membela bangsa saya sendiri dan adil pada kaum lain tapi saya lebihkan kaum saya sendiri sebab kaum majoriti dan islam..melayu pun ditindas masa penjajahan british, masa tu yang kaya...cina dan india jugak...now pun bukan melayu kuasai hampir 80% ekonomi kita, melayu x smpai 20% pun...so salah ke saya perjuangkan keadilan bagi melayu pula, dari segi ekonomi dan politik...biarlah di Malaysia ini bangsa MELAYU jadi kuasa penentu dan kuasa ekonomi pula selepas beratus tahun cina berkuasa dalam ekonomi...
ReplyDeletejika sdr faham apa itu pasaran bebas, sdr tentu tidak akan menulis begini.
ReplyDeleteini kali ke-3 saya suruh baca siri aku pun melayu tulisan saya dan buku2 di atas. jika sdr baca, tentu sdr tak celupar menulis membabi buta di sini.
tidak pernah sy kata salah tolong kaum sendiri. saya pun melayu! tp ingat nabi tak mengaku kita sbhgn dr mereka jika kita zalim pd yg lain atas nama tolong kaum kita.
dlm konteks ekonomi, dasar perlindungan x akan berjaya. bukan setakat melayu, empayar sosialis pun runtuh kerananya!
mmg Cina akan terus kaya sbb kita sendiri hadkan mereka dlm sektor awam dan melalui byk dasar perlindungan. maka, mereka berniaga dan fokus dlm akademik dll. mereka buat apa yg islam suruh, kita pulak pukul canang kita islam dan buat disebaliknya.
tolong org islam mesti dgn cara islamik..bukan sekadar tolong org islam maka ia terus jd islamik!
ekuiti kita 20% dan kita nak dasar perlindungan bg pada kita berapa peratus? 50%? itu beerti 30% mereka tolerate dgn kita.
sy sdg berhubung dgn dato' saifuddin di Facebook. kita perlu lebih dr semangat bendera buta..pendekatan dan falsafah mesti diubah.
lagi 1, supaya sdr sedar diri sikit.
ReplyDeletekelantan dan t'ganu dulu dizalimi oleh UMNO-BN, sdr ingat rakyat mereka berapa peratus melayu?
hanya kerana mereka tak sokong UMNO, maka mereka dizalimi. balik pd soalan asas saya, melayu mana sdr bela dan nilai apa yg sdr perjuangkan di sebalik apa yg sdr dakwa membela melayu ini?
sy tegaskan di sini - saya pun melayu!
sape nak bagi bantuan kalau asyik hentam je...bila bagi lain pulak katanya...kita tunggu la apa jadi nanti bila cina mintak jadi PM pada negara majoriti melayu....kalau itu yang u perjuang sangat....pastu u pulak dianaktirikan....sebab perangai orang bukan islam ni, dia suka laga2kan orang islam pastu guna sebelah pihak yang ekstrem pada DAP hentam pihak yang betul2 perjuang melayu selain adil pada kaum lain spt BN.....
ReplyDeleteanon, kamu bermula dari prasangka dan saya bermula dgn rasional dan fakta perbandingan.
ReplyDeletesdr terlalu cepat terjun kpd conclusion. ingat semudah itukah nak dpt jawatan PM? sbb itu Kit Siang pada sy realistik dan sy telah bincang perkara ini dgn ramai rakan2.
at any time sy boleh jumpa siapa saja utk pertahankan bahawa UMNO tak patut kambing hitamkan sesiapa atas kesilapan mereka.
dan sy harap sdr baca tulisan2 saya di ruangan artikel di www.waubebas.org - masuk saja ruangan agama.