Terima kasih Pak Lah.
Dulu waktu Pak Lah dipilih menjadi PM oleh Tun Dr. Mahathir, ramai yang tak begitu meraikan. Ramai yang takut-takut harapan mereka tidak tertunai untuk sekian kalinya. Sebelum itu Tun dah 'sepak terajang' Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Dato' Seri Anwar.
Sebenarnya Tun Dr. Mahathir bukanlah nak berhenti sangat. Dia pilih masa yang tepat untuk pindahkan beban kepada Pak Lah. Ramai yakin bahawa Tun pilih Pak Lah kerana dengannya ia dapat menyelesaikan beberapa isu antaranya:
i) imej Pak Lah sebagai Mr. Clean (pada waktu itu).
ii) ada faktor agama dibawa bersama.
iii) dilihat 'boleh dikawal'
Jujurnya, rakyat Malaysia gembira dengan peralihan kuasa pada waktu itu kerana rakyat letih melayan karenah Tun Dr. Mahathir. Tun menghuru-harakan seluruh negara hanya kerana dia tidak sukakan seseorang - sejak dulu sampai sekarang. Begitulah politik, bila seseorang di tampuk kuasa sudah cukup menjadi faktor untuk itu.
Arwah Pak Lang (adik ipar DS Anwar) pernah berkata pada aku "ingat baik-baik, Pak Lah adalah Menteri Dalam Negeri semasa DS Anwar ditangkap!" atau dalam erti kata lain, Pak Lah orang yang merestui tangkapan ISA dan tangkapan politik lain pada waktu itu.
Tapi politik gaya UMNO di zaman Tun Dr. Mahathir menyebabkan saya fikir berbeza. Tun Dr. Mahathir terlalu berkuasa dan berjaya menyuntik bius kepada kebobrokan demokrasi yang diciptanya - demokrasi terpimpin bak kata P.Ramlee.
100 hari pemerintahan Pak Lah, aku dihubungi Berita Harian untuk mengulas. Muka keluar surat khabar dan geist kepada pandangan aku ialah "mahasiswa mesti dilibatkan dalam proses pembangunan negara". 100 hari pemerintahan Pak Lah adalah cukup berani dan ia menidakkan pandangan umum sebelumnya bahawa Pak Lah ialah pemimpin yang lemah.
Beberapa keputusan Pak Lah kemudiannya kontroversi dan mengundang amarah Tun Dr. Mahathir. Serangan tak pernah benar-benar selesai dan tentu saja kini Mahathir gembira kerana Pak Lah telah pergi.
Suka untuk komen kerana bila gambar-gambar Pak Lah tidur semasa dalam mesyuarat, majlis dan sebagainya memerlukan lebih daripada penjelasan. Mungkin Pak Lah keletihan kerana kurang tidur dan sebagainya, tapi dalam politik persepsi akan mengalahkan yang lain. Perdana Menteri harus jadi sebagaimana manusia biasa yang lain. Tinggalkan saja jika ia sekadar majlis untuk dirasmikan dan sebagainya jika ia sampai memburukkan imej Perdana Menteri.
Apapun, ruang demokrasi yang agak terbuka di zaman Pak Lah sangat aku hargai. Sebenarnya, ruang demokrasi yang terbuka inilah yang dibenci UMNO kerana ia memaksa UMNO berubah dan hasilnya boleh dilihat pada Mac 2008.
Ia bukan kemenangan UMNO-BN atau PR. Ia adalah kemenangan Reformasi di mana negara beransur ke arah demokrasi yang sihat. Tapi sayang, masih ramai orang politik yang buta tentang ini. Gagasan menolak perkauman tidak cukup surut kerana ia sekaligus juga mengundang gagasan perkauman yang keras. Puncanya UMNO berasa tergugat selain pihak-pihak lain juga misalnya HINDRAF tidak dapat keluar dari sentimen kaum (meski ada sebahagian tuntutan mereka wajar diteliti).
Cukuplah untuk aku katakan kegagalan UMNO di zaman Pak Lah bukan kerana kelemahan Pak Lah semata-mata. Pak Lah mungkin kurang tegas hingga dilihat membiarkan negara dalam auto-pilot. Tapi urusan negara bukan urusan seorang manusia sebagaimana di zaman Mahathir. Ia cenderung ke arah autoritarian.
Suka atau tidak ramai melihat kerakusan sebahagian kelompok yang dilihat rapat dengan 'faktor KJ' lebih sudu dari kuah. Dalam bahasa mudah, Pak Lah dilihat gagal kerana faktor lingkungan, selain kelemahan bahasa politik Pak Lah. Faktor lingkungan ini bukan saja 'faktor KJ' tapi faktor UMNO seluruhnya.
UMNO tidak pernah sedia berubah dalam erti kata sebenar.
Dan janji DS Najib ini sangat berbeza dalam konteks penerimaan rakyat. Melihat Tun Dr. Mahathir kembali semula bergandingan dengan DS Najib tentu saja merisaukan.
Pak Lah pergi bukan pada waktunya untuk aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment