Friday, April 10, 2009

Sirul dan Azilah

Terima kasih kerana mengaku anda berdua yang membunuh arwah Altantuya. Tuhan itu tidak lalai dalam mengadili hambanya.

Aku simpati bila antara kalian ada membuat kenyataan kepada mahkamah bahawa kalian TIDAK ADA SEBAB untuk membunuh Altantuya. Antara kalian juga berani menyebut bahawa kalian adalah KAMBING HITAM BAGI MEREKA YANG TAK PERNAH DIBAWA KE MAHKAMAH.

Isu ini memang tragis dan ia melibatkan masa depan negara. Dari hubungan luar sampai kepada perjalanan sistem keselamatan dan undang-undang negara.

Altantuya datang dengan maksud berjumpa orang tertentu untuk tujuan jelas - mendapatkan bahagian wangnya dari projek tertentu di mana dia terlibat menguruskannya. Jelas dan sangat jelas asas mula kompleksiti isu ini.

Justeru, bagaimana kalian boleh terlibat? Sebagai penjawat awam, tentu saja penglibatan kalian ini berdasarkan arahan. Untuk apa arahan ini muncul? Tentu saja ia berbalik kepada tujuan kenapa Altantuya datang ke Malaysia.

Dia muda, sebaya dengan arwah kakak aku.

It smells fishy bila di peringkat mula ada usaha memburukkan personaliti Altantuya. Seolah-olah kerana dia model, maka dia layak dibunuh. Begitu yang kalian mahu? Apa model terlepas dari maqasid syariah (tujuan syariah) - perlindungan terhadap nyawa?

Dalam Islam, bunuh memang dibalas bunuh. Hanya kebesaran jiwa untuk memaafkan boleh melepaskan kalian dari hukum bunuh. Itu hukum Islam.

Tapi jika kalian pergi dalam realiti kalian tahu bahawa kalian memang kambing hitam untuk mereka tertentu. Kalian bukan saja berdosa membunuh. Tapi kalian berdosa membiarkan sebab sebenar ini terus hidup bermaharajelela untuk berlaku yang sama pada manusia yang lain.

Sungguh Allah s.w.t. itu Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Hukum bunuh memang boleh silap kerana manusia itu sifatnya lemah. Sebab itulah keadilan itu adalah nilai besar dalam Islam.

Inilah kes bunuh pertama di mana tidak kedengaran motif pembunuhan dibincangkan, senjata yang digunakan tidak ditemukan, pendakwaraya sejak mula menghadkan penglibatan mereka tertentu dalam bicara dan beberapa siri 'tindak balas' yang menunjukkan ia SANGAT SMELL FISHY.

Ya Allah, aku hamba-Mu yang berdosa. Tapi aku tahu Kau Maha Pengasih. Maka Kau tunjukkanlah kebenaran dalam urusan umat ini ya Allah. Janganlah Kau biarkan kami terus menjadi pengecut dalam membicarakan keadilan dan takut kepada kezaliman dari tangan manusia lain. Jadikanlah kami pemberani untuk menegakkan keadilan dan melawan kezaliman diri kami dan kalangan kami.



5 comments:

  1. Izinkan saya mengulas sedikit tulisan tuan.

    Kamu nampaknya ada fakta tentang siapa yg di belakang sirul dan azilah laknat itu, sehingga berlakunya pembunuhan dahsyat itu.

    Jangan cakap banyak dan jangan harapkan orang lain- kamu sendiri pergi buat repot atau apa sahaja yg perlu sehingga orang yg kamu maksudkan itu dapat dibawa ke muka keadilan. Tentu kamu akan menjadi hero kerana dapat berbuat demikian. Menulis dalam blog hingga bengkak tangan pun tidak menyelesaikan masalah, bahkan makin mencambahkan masalah kerana pembaca-pembaca tertanya-tanya siapa orang yg kamu maksudkan itu.

    Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  2. saya tidak tahu.

    saya hanya nyatakan bahawa proses undang2 itu bukan saja perlu adil, tapi mesti dilihat adil.

    ya, tentu saja saya juga tertanya-tanya siapa yg lebih berkuasa utk mengarahkan mereka berdua?

    dan kerana ada tanda tanya ini, jelaslah penyelesaian kes ini tidak tuntas.

    di Malaysia memang bertanya pun jadi masalah? kenapa apologetik?

    ReplyDelete
  3. salam

    kalau tak silap,

    dosa pembunuh, sekirainya terbalas di dunia (dihukum bunuh), di akhirat kelak dia tidak akan dibalas lagi akan kesalahannya.

    sungguh, Tuhan itu Maha Adil.

    Maka, sekiranya benar ada dalangnya, dia tidak akan terlepas.

    tunggu sajalah balasan Tuhan kelak

    ReplyDelete
  4. bunuh d balas bunuh..qisas..masalahnya msia tak jln kan hukum hudud wpun negara islam..

    hmmader sesaper pnak nmpk 2 sirul n azilah tu? n adakah org yg nmpk tu org yg sama mnyaksikan kdua2nya d gantung? dats fishy

    slalunya sbb pendakwaan..mcm kes yg lps2..dakwaan yg tak tepat, bla bla bla..sbb tu rmai org besar yg terlepas..mcm cth kerabat tu..tlepas sbb dakwaan mbunuh..dier cuma bagi arahan, bukan dier yg bunuh..

    lawyer..huh..aku tau mmg satu kperluan utk bmain dgn bhs n terjemahan..tapi pada aku tak layak hdup sbg manusia kalu memainkan hukuman wpun sebesar zarah (inikan pulak nyawa org)

    tapi biler pikir balik kan..sirul n azilah tu..mmg dah mati dari mula..kalu dier tak ikut arahan dari mula, apa kita rasa dorg slmt? tgk kuasa blh lps bhn letupan tu pun kita tau, pasti bkn calang2 kuasa kan

    ReplyDelete
  5. lee,

    dlm hukum mana pun bunuh dibalas bunuh. cuma kaedahnya mungkin beza.

    kecuali pada beberapa byk negara yg dah mansuhkan hukum bunuh ni (untuk faham lanjut sila baca tulisan Isham).

    rujuk afidavit dan kenyataan, mmg sirul dan azilah jelas terlibat. tp motif pembunuhan kekal tidak jelas dan pelbagai lagi keraguan yg aku tulis di atas.

    common sense.

    ReplyDelete