Wednesday, April 22, 2009

Soalan-Soalan Cinta

Gua rasa gua nak mula buat masukan-masukan untuk kita bincangkan persoalan cinta dari masa ke masa. Amacam?

Gua akan bagi kenyataan dan kita bincang. Tak mesti betul, tak mesti salah. Nama pun pendapat. Dari sana gua rasa kita semua boleh saling berkenalan, dan belajar mem-fleksibel-kan diri untuk memahami corak berfikir lelaki dan perempuan.

Ok, kenyataan gua yang pertama ialah:

Cinta tak mesti bersatu, tak cinta tak mesti tak bersatu.

Amacam? Lu berani bagi pendapat? Boleh kupas sikit-sikit untuk menyokong pendapat lu? Relaks, gua tak akan jatuh cinta dengan lu punya sebab gua miskin hina, haha




13 comments:

  1. Cinta tak mesti bersatu, tak cinta tak mesti tak bersatu.

    my opinion...

    ini boleh dikatakan cinta selepas kahwin lah ni, tak pernah jumpa, last2 trus kawin..itu dikatakan tak cinta tak mesti tak bersatu..

    lagi satu ,kalau dh bercinta sakan, tapi kalau dh mmg tak de jodoh, mmg tetap takkan ada,,

    kadang2 cinta ni susah kite nak jangka.kita tak mencari tapi ia dtg sendiri, kalau kite cari mmg susah nak jumpe cinta yg "terbaik"..

    ReplyDelete
  2. setuju amin
    entri pembuka tirai pagi b4 buat labwork buat saya teruja hahah
    awak pun pernah dilamun cinta kan? tapi tak bersatu.
    Ibu bapa saya kawin pilihan keluarga, saya tak nampak cacat celanya. Mereka bahagia, dah punya cucu masuk 5.
    Saya rasa bcinta lama2 buang masa ;)
    kan lebih indah dapat bercinta lepas kawin, ada rajuk yg datang dalam proses mengenali....
    saya samb. nanti...labwork menunggu. Doakan hari ini validation saya SUCCESS!

    ReplyDelete
  3. Cinta tak mesti bersatu, tak cinta tak mesti tak bersatu...

    susah nak komen..sebab bagi saya, kita perlu ada cinta dalam melakukan sesuatu..sebagai contoh:kita belajar sungguh2..sebab kita cintakan ilmu, sebab kita cintakan ibu ayah kita, sebab cinta kita kepada Allah...
    itu istilah cinta dalam hidup saya...

    tapi kalau dari istilah cinta manusia...bersatu atau tidak, bukan satu isu...kita berkahwin kerana Allah, sebagai melunaskan tanggungjawab kita, sebagai tanda cinta kepada rasulnya, melaksanakan sunnahnya...

    bagi saya, kita perlu lihat makna cinta lebih meluas..cinta bukan antara 2insan dalam menuju gerbang perkahwinan...maaf jika tersalah bahasa n sekadar pendapat..

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat. cinta yang ikhlas dari hati akn sanggup berkorban ape saja termasuklah perpisahan. So, apabila kita cinta, tak semstinya kita akan bersatu.

    tak cinta tak semestinya tak bersatu. memang betul juga. kdg2 cinta boleh hadir selepas bersatu, walaupun sebelum bersatu rasa cinta langsung tak ada. tapi yang ni a bit risk bg spider.

    ReplyDelete
  5. ok, kita buat ala perbincangan sikit.

    dari kenyataan saya di atas, timbul persoalan, bahawa BSK (bercinta selepas kahwin) tidak jadi masalah kerana cinta tak mesti bersatu, tak cinta tak mesti bersatu.

    atau dlm bahasa lain - cinta boleh dipupuk jika kita mahu.

    maka perlukah percintaan sebelum kahwin? maksud saya cinta bagai nak rak? :p

    * konteks suryani itu valid, tapi mungkin bukan itu konteks masukan ini.

    ReplyDelete
  6. sabor jer
    BSK tu bercinta sblm kawen, pecah kepala pk amendanya BSK tu entri hang yg dulu...:

    tak perlu bercinta bagai nak rak, cukup saling mengenali.Dan betul cinta perlu dipupuk, disemai & dibaja setiap hari. Bak kata tuah Iskandar "nak ke tak nak".(pupuk ,semai & baja)
    perkahwinan satu perjudian.tak tahu lagi tsunami bila akan melanda, tapi cara mana kita menghadapi situasi. Kita dijadikan untuk saling melengkapi, cintai kekurangan pasangan ;).

    Hohoho, nanti korang ingat saya desperate lak, yela jumpa2 terus kawen, bukan begitu.Ada 4 jenis mode of scan, so pandai2lah!

    renung2kan & selamat beramal :0

    ReplyDelete
  7. bercinta selepas kawen la!

    ah, kau kawen utk apa sebenarnya? :p

    ReplyDelete
  8. ahaks....
    sori typo error ;)
    rasa macam hang jerit kat telinga

    kawen untuk ape?
    untuk melalui satu fasa baru seseorang bg meningkatkan kualiti hidup & diri.(saya bukan ustazah, so saya melihat dari perspektif org yg cetek agama)-titik pengubah

    ReplyDelete
  9. salam kenal, salam ziarah dan salam refors...amin ahmad

    this is my 1st komen, lepas beberapa hari menceroboh blog n..sory en.amin tak mintak kebenaran..hehehe..

    topik ni best la plak..huhu.. so per. yang dbincangkan = cinta 'manusi' kan...

    hehe.. rasanya kawin adalah untuk b'cinta... bagi gua..suma cinta yang kita ada ada pusatnya cinta..semua cinta yang kita nak tawarkan mesti b'pusat pada satu pusat cinta...dan bercinta sebelum kawin(BSK) tak perlu..hanya pendapat gua jer..hehe agak2 kalo ramai orang tak bercinta(couple) berlaku masalah serius tak?dah minat, pegi akad nikah...pastu cinta lah..

    gua p'nah dengar ilmu ni, "cerai adalah perkara yang dibenci Rasullullah s.a.w." betul dan memang benar walaupun ia boleh..

    tapi kalo wat maksiat langsung tak boleh..dah b'dosa...(semua maksiat, maksiat betul2, maksiat mata, hati, fikiran, perasaan, dan macam2 lagi lah...yang selalunya berlaku bila bercinta sblm kawain..erm..kalo ada yang bercinta dapat mengelakkan segala jenis maksiat tak tahu lah plak...)

    just sekadar pendapat dari yang jahil jer bro..thanks bagi ruang..hehe..

    nice blog..jeles btol lah..blog gua merapu meraban jer..

    ReplyDelete
  10. ahaks, ayat dicilok dari saifulislam.com. saya pegang ayat itu...kalo hang da jumpa orgnya amin....pinang jer la..ahaks!

    ReplyDelete
  11. talak adalah perkara halal paling tidak disukai Allah s.w.t.

    cinta sebelum kahwin tu gua reserve. gua percaya ia boleh berlaku.

    ReplyDelete
  12. Lu orang patut bersyukur sebab dapat berdiskusi dengan Dewa CInta.

    Hahaha.. gua dah syak ini memang favourite topik Amin.

    yang penting, kahwin saja lah dgn buah hati yg lu suka.

    jgn lupa jemput gua makan nasi minyak cukuplah

    ReplyDelete