Wednesday, April 15, 2009

Tidak Lambat dan Tidak Cepat

Link Facebook arwah di sini.

Al-Fatihah untuk junior aku Faiz Tajuddin. Semoga roh kau ditempatkan bersama orang-orang mukmin.

Aku tak ingat bila kali terakhir kami berbual. Sejak aku dah tak lagi ke kampus dan arwah pun dah mula bekerja dengan Dato' Shaharuddin di LESTARI, kami hanya bertegur sapa di YM. Dia dan aku sama-sama penyokong Chelsea. Kamilah jadi bahan kawan-kawan bila Chelsea kalah dan kamilah yang provoke kawan-kawan bila Chelsea menang.

Semalam Chelsea seri dengan Liverpool dan layak ke peringkat Separuh Akhir berdasarkan agregat. Langsung aku ingatkan arwah.

Pagi tadi dapat mesej dari kawan-kawan, adik junior yang lain maklumkan Faiz tenat. Sangkaku dia kemalangan pagi ini, tapi sebenarnya dia dimasukkan ke wad kerana masalah yang didiamkan dari pengetahuan ramai. Otaknya dikatakan bengkak dan bernanah.

Dia antara beberapa junior pertama yang mula ikut aku di kampus - buat kerja-kerja outdoor. Aku rasa masih banyak gambar dia dalam laptop lama aku.

Tadi di hospital ramai kawan-kawan datang - kebanyakannya junior. Sebahagian senior lain yang rapat dah bertebaran seluruh Malaysia. Aku wakilkan mereka.

Terima kasih Faiz untuk segalanya. Semoga Allah s.w.t. tempatkan roh kau bersama orang-orang mukmin.

Sungguh, mati itu tidak akan tercepat atau terlambat.



3 comments:

  1. Mati itu Pasti
    Hidup itu InsyaAllah

    Al-Fatihah untuk kamu, Faiz...

    ReplyDelete
  2. Semoga arwah sentiasa ditempatkan dikalangan Orang-orang beriman..

    Allah sygkan dia dan tidak mahu dia menderita lgi...

    Alfatihah..

    ReplyDelete