Gua kenal Dr. Alinor ni secara kebetulan. Dulu gua buat bengkel Ekonomi di UKM, masa tu dia di Jabatan Matematik tak silap aku. Terkagum dengan soalan tugasan yang diberikan kepada pelajarnya. Tak ingat yang betul, tapi mulanya berbunyi begini - "Etika dari perspektif .... (gua hanya ingat .... tu ialah nama ahli falsafah).
Dulu masa gua masuk fakulti gua (Perhutanan), gua pernah tanya soalan falsafah juga kat pensyarah gua sebab sebelum tu dia memang nampak terbuka dan sedia membincangkan bidang kami sedalamnya. Sudahnya tidak ada jawapan. Gua bukan tunjuk pandai, tapi gua memang nak tahu. Sebabnya? Gua tak minta pun bidang gua tu dulu.
Kemudian gua borak dengan Dr. Alinor. Rupanya dia abang kepada kawan gua. Kecil sungguh dunia. Dia pun terkejut sebab gua belajar Perhutanan dan sibuk dengan bengkel Ekonomi pulak. Tapi dia tak terkejut sangat gua rasa sebab dunia sekarang memang konsep ilmu yang holistik tu dibicarakan.
Dalam bengkel tu (sebenarnya konsep bengkel lain, mungkin silap gua) antara kertas kerja yang dibentang oleh Prof. Shaharir Zain ialah berkaitan Ekonomi Kebahagiaan.
Ya, memang falsafah. Dan gua percaya semua benda pun melibatkan falsafah. Dan gua dah lali jumpa orang yang buat kerja teknikal dan tak peduli falsafah. Pada mereka falsafah tak berkaitan. Gua hanya boleh senyum saja. Bila dah sombong dengan ilmu ni gua memang tak boleh tolong.
Bidang gua teknikal dan gua suka. Tapi dengan memahami falsafah, gua rasa kesukaan gua berkali ganda.
Perjuangan PPSMI misalnya punya landasan falsafah. Ia bukan sekadar persoalan Matematik dan Sains itu sendiri. Dan gua tak tahu, rasanya falsafah menghubungkan manusia dengan benda. Maksud gua memberi perspektif perkaitan. Gua rasalah. Dan bila libat manusia, ia cenderung Sains Sosial.
Ramai orang suka namakan philo sophia (kecintaan kepada ilmu) sebagai akar falsafah. Tapi itu tak cukup membantu.
Apahal tiba-tiba gua cerita benda ni? Sebab gua nak suruh lu baca ni.
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam amin
ReplyDeletesaya pun agak cenderung dalam falsafah
baru berjinak2 :)
bagaimana pula hubungan simbiosis antara falsafah dengan agama?
seorang kawan pernah berkata
agama sudah menyediakan segala jawapan maka falsafah itu kurang penting
dan saya agak tidak bersetuju
sulit soalan sdr ni, tahap dewa bak kata anak muda di kampus, hehe
ReplyDeletepada saya ia tergantung kpd bagaimana kita memahami agama dan falsafah.
saya tidak boleh menjawab dgn pasti tapi setakat ini falsafah selalu mencerahkan saya untuk memahami agama.
itu tak bermakna saya benar, marilah kita mencari.
saya selalu ingat pesan S.Ali k.w. "dengar apa yg dikata, bukan siapa yg berkata" dan "jgnlah mengenal kebenaran dr orgnya, tp kenalilah kebenaran nanti tahulah siapa ahlinya"
dlm proses ilmu, saya berpegang pada "ilmu x akan habis dan sifat ilmu berkembang".
hehe
ReplyDeletememang sulit pun
layak ke tak nak belajar pasal benda ni
tapi saya berpendapat
akal anugerah Tuhan ni
bukan untuk pikir pasal benda-benda biasa je, common everyday decision
ia untuk fikir pasal kehidupan
dan
selaku hidupan yang beragama
saya berpendapat otak ni untuk agamalah, hence hubungan simbiosis agama-falsafah
wallahua'alam
layak atau tidak x jadi soal.
ReplyDeletedulu Imam al-Ghazali pernah kata falsafah ni macam laut x bertepi, ramai yg lemas sebelum sampai ke seberang.
dan ramai pula yg ambil pandangan itu dah mcm aqidah pulak untuk menjustifikasikan 'kemalasan' untuk masuk ke dlm wilayah falsafah.
teringat kecik2 dulu masa sekolah budak2 perempuan suka suruh tulis mcm biodata la kunun2 dan ada satu part tu Falsafah Hidup, haha. Waktu tu rasa maybe naif kot but somehow adalah juga yg hebat2.
pada saya agama Islam penuh falsafah :) dan sering saya temukan falsafah sbg tapak kepada apa yg kita namakan ilmu. mungkin.
Philosophy & Theology...these two are the oldest and most debated topics ever.
ReplyDeleteFalsafah lebih general, lebih terbuka. Like what Aristotle said in the Pre-Socratics section, philosophy begins with wonder.
Wonder. Sifat semulajadi ingin tahu manusia, sama ada theist atau atheist, tua atau muda, lelaki atau perempuan.
Like you said, falsafah membantu untuk memahami agama. Tapi adakah agama membantu untuk memahami falsafah?
Go and dig, there are thousands in fact millions of articles, books, manuscripts even scraps written about philosophy and religions. About the existence of God, miracles, problem of evil, metaphysics etc.
Without philosophy maybe it hard for some people to understand religions. But with religions, some people tend to forget and abandon philosophy.
Ruang tak cukup untuk berbicara lebih, tapi ini salah satu topik yang menarik untuk diperkatakan.
'Etika Menurut....'
ReplyDeleteaku dulu dapat 'Etika Menurut Philo'
Philo Judaues, the judaisme
Macam haremmmm buat...
-Hamidi Razak-
Hamidi,
ReplyDeleteaku rasa itu sangat menarik. walaupun aku pening kepala jumpa Dr. Alinor (sama mcm pening kepala masa first time jumpa PK), aku suka dengan kesungguhan mereka.
Lee,
ya, memang menarik..tapi jgn terperangkap sampai x move forward, hehe