Thursday, April 2, 2009

Wajah-Wajah Yang Kita Selalu Sembunyikan...

Beb, antara sebab gua suka dengan fenomena blog ni ialah manusia belajar berekspresi.

Gua mula memblog tentunya banyak didorong faktor politik. Tapi politik gua mungkin jenis lain. Faktor pergaulan gua dengan kawan-kawan banyak 'memaksa' gua menggilap bakat lain yang gua tahu ada tapi gua tak pernah minat nak asah.

Ala, macam zaman sekolah. Kita rasa poyo semacam kalau nampak macam budak nerd atau pandai sangat. Kita akan rasa cool dengan berpakaian ranggi sikit. Zaman gua misalnya, siapa pakai seluar Schwa ke, apa jadah yang Tony Hawk pakai masa tu?, Body Glove ke, Quicksilver ke, Maui and Sons dan lain-lain kira macam gempak la.

Gua pakai juga, tapi gua tak rasa pun best. Tapi gua pakai, hehe. Gua rasa lebih best pakai ala-ala Grunge. Tengok saja Kurt Cobain - cukup seluar jeans, sneakers dan t-shirt yang selesa.

Ah, pakai apa pun tak kisah.

Sedar atau tidak, kita pakai untuk diterima oleh orang lain. Konon ikut arus. Tak salah, tapi kadangkala perkara ni dah heret anak muda terutamanya untuk meletakkan diri dalam kelas berbeza.

Berbalik kepada blog, gua suka sebab ramai bloggers Malaysia sangat berbakat. Meskipun tak semua pakai nama sendiri, ada keberanian luar biasa untuk bercerita apa saja tentang hidup masing-masing. Ada juga yang tipu dan ada juga yang terpaksa guna nama lain.

Kawan aku pernah tanya 'keberanian' aku mengkisahkan hal-hal yang dia anggap peribadi.

Mungkin wilayah peribadi aku tipis. Bukan tidak ada.

Bloggers terpaksa guna nama lain biasanya alasan tidak mahu dikenali. Takut dihukum split personality atau tak gamak dikenali begitu begini. Suka atau tidak masyarakat (baca:orang ramai) memang tak akan sepenuhnya bersetuju dengan kita. Masing-masing ada fikiran sendiri.

Mungkin ada orang kata, manusia berfikiran lemah menulis hal sendiri, tapi manusia berfikiran besar menulis idea.

Untuk aku, di mana-mana prinsip aku sama. Aku mungkin larut dalam kepercayaan bahawa masyarakat harus bebas mengolah hidupnya.

Kalian nak tulis apa pun tulislah.

Ada marah, ada sayang, ada benci, ada rindu, ada bengang, ada gembira, ada yang biasa, ada luar biasa dan macam-macam lagi. Kadangkala kita sepenuhnya sedar atau memang tidak sedar tentang split personality dan multiple personalities yang kita ada. Lebih celaka bila ada pula yang nak menghukum itu dan ini.

Untuk aku mudah - layan orang macam mana kita mahu diri kita dilayan. Dari pengalaman hidup aku, manusia banyak bergaduh hal remeh dan tak belajar betul-betul membawa kejujuran dalam upaya menyelesaikan masalah yang ada.

Ada yang tutup blog, ada yang private-kan, ada yang tukar alamat, ada yang buka blog lain dengan nama lain.

Apa pun kau nak buat, aku hanya harap kita semua gembira dengan hidup masing-masing, sementara boleh.

7 comments:

  1. "Ada yang tutup blog, ada yang private-kan, ada yang tukar alamat, ada yang buka blog lain dengan nama lain."

    private-kan.... tak pernah. tapi buka blog lain dengan alamat sama, dah dua kali buat. tak ada sebab konkrit.. tak ada ribut taufan melanda. saja suka-suka. :)

    salam singgah.

    ReplyDelete
  2. err, jangan amik hati.

    susah betul bila tulis ni ada kaitan dgn org.

    ReplyDelete
  3. tapi anda benar, manusia belajar berekspresi dengan berblog. bukan mudah nak bercerita mulanya. tambah-tambah kalau apa yang diceritakan tidak difahami orang yang berkunjung.

    ReplyDelete
  4. hahaha

    bila yg dicerita itu tidak difahami orang lain, itu beerti blogger tersebut punya keyakinan untuk berdiri sebagai seorang individu - di tengah rasukan tyranny of the majority.

    ReplyDelete
  5. Salam. :)

    betul. tak semua orang mampu untuk menelan perbezaan pendapat orang lain tentang dirinya sendiri.

    paling best ialah di saat kita boleh berlaku jujur dgn diri sendiri.

    itu satu kepuasan. bila dapat menyampaikan sesuatu yg jujur.

    ReplyDelete
  6. Salam. :)

    betul. tak semua orang mampu untuk menelan perbezaan pendapat orang lain tentang dirinya sendiri.

    paling best ialah di saat kita boleh berlaku jujur dgn diri sendiri.

    itu satu kepuasan. bila dapat menyampaikan sesuatu yg jujur.

    ReplyDelete