Suka atau tidak, puak-puak UMNO-BN akan justifikasikan tindakan mereka sebagai "restu Sultan" kerana Sultan telah melantik YB Zambry. Siapa pun tidak mahu pertikai perlantikan sebagai kuasa Sultan. Tapi Sultan tidak harus berada di atas undang-undang. Ia bercanggah dengan prinsip Islam, malah demokrasi pun! Rule of law, bukan Rule by law!
Sebab itu aku benci bila UMNO-BN menjadikan isu Karpal nak saman Sultan dulu sebagai isu kaum dan usaha non-muslim dan non-Malay nak cabar Ketuanan Melayu dan Islam. Bullshit!
Karpal peguam, dan jika isu itu memang ada conflict of interest berkaitan undang-undang, ia layak di bawa. Menegakkan Rule of Law adalah Islamik! Dan membelakangkan Rule of Law adalah tindakan tidak Islamik! Bukan sekadar itu, nilai-nilai yang membina Rule of Law itu harus Islamik - lengkap ciri keadilannya dan juga keluwesan ruang bahasnya.
Tanpa Rule of Law, kau tidak ada negara sebenarnya.
Aku mohon sembah derhaka - harap Tuanku bubarkan DUN Perak. UMNO-BN tidak patut takut kerana dengan terbubarnya DUN Perak, UMNO-BN dan PR mempunyai ruang sama banyak untuk menang. Jadi, pembubaran ini tidak menyebelahi PR pun!
Tak perlulah aku sebut undi total UMNO-BN di Malaysia hanya 51% dan PR 49% tetapi kerusi di Parlimen itu jurangnya ketara. Ini semua kerja politik untuk kekalkan kuasa Melayu dan konon Islam di Malaysia.
Pembubaran DUN sebenarnya tidak perlu jika UMNO-BN lebih awal menggunakan saluran undi tidak percaya untuk membuang YAB Nizar. Aku sendiri akan pertahankan UMNO-BN jika itu jalan yang dipilihnya - kerana ia memenuhi semangat hak ahli dewan dan juga undang-undang.
Tapi semuanya dah terlambat, dah jadi sangat messy.
Suka atau tidak aku mula benci dengan UMNO-BN apabila ahli politik dan parti itu dah menjadi undang-undang - asas mula konsep Rule by Law. Dan sebab itu kita tengok petang tadi celakanya kuasa eksekutif masuk campur dalam urusan legislatif - Speaker YB Sivakumar diheret oleh pegawai kerajaan!

Maaf, sebagai orang yang dilatih dalam medan dakwah, aku tidak gemar menghukum. Aku hanya bertegas dengan prinsip dan aku muak dengan hujah-hujah tak beralaskan prinsip yang kukuh dan boleh dipertahankan.
Masalah PR perlu diperkemaskan. Harap yang konon-konon nak jadi neutral dapat bezakan apa itu masalah parti dan apa itu masalah sistem kenegaraan. Isu di Perak bukan masalah UMNO-BN atau masalah PR, ia masalah negara! Pelaku-pelaku politik ini mungkin UMNO-BN dan PR. Tapi parti manakah yang menyumbang masalah kepada sistem, dan parti mana yang menyumbang masalah kepada mekanisme penyampaian adalah 2 masalah yang sangat berbeza!
salam
ReplyDeleteamin,
saya kurang faham dengan pernyataan ini;
'Tapi parti manakah yang menyumbang masalah kepada sistem, dan parti mana yang menyumbang masalah kepada mekanisme penyampaian adalah 2 masalah yang sangat berbeza!'
mohon penjelasan sekiranya masa anda mengizinkan
ada 2 isu yg timbul:
ReplyDeletemasalah di Perak berpunca dari hilangnya loyalty ADUN2 PKR+DAP - itu masalah mekanisme penyampaian.
tapi menggunakan polis, pegawai kerajaan dan sbgnya untuk campur tangan dlm urusan legislatif adalah perkara sistem.
ia beza. dan merosakkan sistem adalah kecelakaan besar untuk sebuah negara yg mendakwa merdeka!
bagi saya,
ReplyDeletejustifikasi PR
kerajaan mereka ditumbang kan dengan cara yang tidak mengikut prosedur, dan juga boleh dikatakan ada unsur-unsur jahat (seperti adun hilang dsb)
justifikasi umno-BN
mereka ada majoriti ADUN yang menyokong mereka, oleh itu mereka lah kerajaan memerintah perak
penyelesaian;
adakan pilihanraya negeri saja
p/s - saya baru saja menonton video di youtube, amat menyedihkan dan memalukan!
pada saya justifikasi BN itu tak disertakan dgn tindakan yg patut, itu saja.
ReplyDeletettg PR, mmg sah2 mereka kehilangan 3 ADUN+1.
lagi 1 ini isu politik, maka penyelesaian wajar ialah pilihan raya semula. cuma tak ada jaminan bahawa kptsn nanti akan sama, maksud saya margin kecil. tp itulah yg terbaik.
jujurnya saya x kisah siapa perintah. kepimpinan bukan soal hak, tapi peranan. ia bukan hak BN atau PR.
sayangnya kita gagal menghidupkan sistem persekutuan dan desentralisasi dgn baik. itu yg politik kita tak best. kolektiviti yg buruk.
semua adun perlu belajar silat and tomoi.
ReplyDeletebaru best gaduh!