Thursday, May 28, 2009

Chin Peng

Raja Muda Perlis terkilan dengan usaha membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia.

Tadi gua baru saja baca balik artikel yang memanjangkan pandangan Prof. Khoo Khay Kim masa kami berdialog dulu. Prof. Khoo juga ada melontarkan pandangan bahawa Chin Peng bukan rakyat Malaysia, tetapi British.

Adoi, apalah yang kita debatkan di sini?

Gua bukan komunis, sebab tu gua tak setuju Chin Peng dilarang masuk Malaysia. Sebab apa? Sebab larangan itu sendiri adalah sebuah dasar warisan komunis! Jadi, orang putih kata Two wrongs doesn't makes one right.

Tambahan idea libertarian dianggap musuh ketat idea komunis/sosialis. Sepatutnya gua ketawalah kan? Tapi tidak. Idea-idea libertarian bukan untuk memusuhi mana-mana pihak, tetapi ia adalah konsep kebebasan yang diaplikasikan kepada semua meskipun musuh.

Tak perlulah cakap kebebasan perlu ada tanggungjawab kerana ia adalah 2 bahagian pada sekeping syiling yang sama - tak boleh dipisahkan. Dan memang ada manusia yang akan menggunakan ia secara tidak bertanggungjawab. Di situlah kepentingan idea libertarian meletakkan kedaulatan undang-undang sebagai kaki lain pada bangku (seluruh konsep idea) itu.

Aku tak berhajat menceritakan lanjut. InsyaAllah nanti slot aku di Astro yang ditangguhkan itu akan aku ceritakan. Ia tentang kebebasan. Tajuk yang mencabar, tetapi sangat bermakna. 30 minit untuk mengupas konsep berat ini.

Bila aku menulis ini, ia bukan beerti aku mewakili keluarga mangsa dan tentera sendiri yang berjuang melawan Chin Peng dulu. Dan tentera ini bukan saja orang Melayu, tetapi pelbagai kaum. Pun begitu, kita harus mengiktiraf sumbangan komunis ketika sebelum merdeka meskipun kita menolak tindakan ganas mereka pasca-merdeka. Juga kita tak boleh mengabaikan sebahagian tokoh yang teraniaya hanya kerana bercanggah dengan faham rasmi kerajaan selagi mana ia memilih jalan demokratik untuk melunaskan idea-idea mereka.

Demokratik, huh, bila sebut ini risau juga sebab atas nama demokratik juga kerajaan kita telah banyak mengusahakan tindakan tidak demokratik. Alahai negaraku....





7 comments:

  1. 5 minit yg lalu abah aku cakap macam ni....
    "nah pistol ni mael, pergi tembak chin peng"

    "abah tembak"...huh...

    tak perlu pun nak bawa balik chin peng tu, soh dia dok diam2, kang kena simbah cat lak....tu ok lagi, buatnya pak long mael dapat pistol, naya si chin peng tu.

    ReplyDelete
  2. itu abah kau cakap.. :)

    Chin Peng mmg salah, dakwa dia.

    perkauman pun telah menyebabkan berjuta orang mati di dunia. tapi sesetengah kita rasa ok je?

    sebab apa? sebab 'kita' yang buat...

    pernah dgr perkataan 'incoherent' tak?

    ReplyDelete
  3. Amin,
    Aku kira Melayu saja yang heboh hal Chin Peng ni. Apa kata kita ajak Chin Peng 'masuk Melayu' dan ita potong anunya itu?
    Aku rasa semua Melayu akan bersatu pula ajak Chin Peng balik..hah.. macam tu pulak dah!

    ReplyDelete
  4. abah aku bukan suka2 ckp macm tu. aku rasa dia geram x dpt tembak chin peng tu ms dia keluar masuk hutan, zmn komunis dulu...

    isu perkauman ni org politik yg slalu provok.aku rasa kaum lain ok je.

    incoherent....ya mmg tahu istilah tu...awatnya?nk tuju kt aku lg? whatever...;)

    ReplyDelete
  5. ini bukan soal politik chin peng, ini soal konsistensi dgn prinsip. sebab itu aku tulis incoherent.

    ReplyDelete
  6. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090531100549/Article/index_html

    ReplyDelete