Aku tak tahu. Kawan-kawan yang benar-benar rapat dengan aku sering mengatakan aku harus jadi ahli politik. Kata sebahagian mereka "aku suka dengan ketegasan kau, cara kau menyelesaikan masalah dan menggambil risiko dalam melaksanakan tanggungjawab".
Tapi. Ya, ada tapi.
"Kelemahan ketara kau ialah kau tak pandai menolak dari menghulurkan tangan membantu sampai orang ambil kesempatan dari sikap itu".
Hurm, rasanya itulah kenyataan paling konsisten aku dengar sejak serius bergelut dengan soal kepimpinan di kampus. Aku langsung setuju dengan mereka. Entah kenapa, aku tidak tahu, aku hanya mahu meringankan beban orang lain semampuku. Untuk aku senyum manusia itu penawar. Mungkin dari hal itu aku tak upaya membenci, meski aku keras menyatakan sikap terhadap apa-apa yang aku fikir perlu.
Hate the sin, not the sinner.
Ketika di Indonesia dulu, aku sempat membeli 4 siri novel Laskar Pelangi. Waktu itu aku cuba dapatkan DVD-nya juga. Tapi tidak ketemu. Mungkin bukan rezekiku.
Dan kini aku telah menonton filemnya - dari siri layar YouTube. Maha Suci Tuhan, itulah jiwaku, barangkali. Aku suka manusia sekental Pak Harfan, Ibu Mus dan Bakri.
Andrea Hirata, lulusan ekonomi dari Sorbonne (salah satu universiti yang kaya sejarah tradisi ilmunya sama seperti Ivy League dan Ox-Bridge misalnya).
Aku tak tahu di luar sana, di bumi Malaysia, ada atau tidak guru berjiwa kental ini. Tapi serasa aku ada. Masih ingat cerita Liza semasa dia di-posting ke Sarawak. Ya Allah, kayakanlah budi dan jiwa mereka yang kau pilih untuk sebuah kesaksian realiti hidup.
Sebab itu aku berbelah bagi dalam soal pilihan-pilihan hidup. Satu tentang kerjaya - apa yang betul-betul boleh jadikan aku berterusan memberi. Kedua tentang alam rumahtangga - siapa yang sedia memenuhkan sekeping jiwa yang tak terjelaskan ini? Ketiga, tentang sebuah hidup amnya - mahukah manusia mengerti tentang hidup bersama?
Ingat pesan Pak Harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya". Ini antara lain menjadi sebab mula aku jatuh cinta dengan tulisan ustaz Hasrizal antaranya. Kerana slogan "Erti Hidup Pada Memberi" itu bukan slogan kosong jika kau tahu apa erti pengorbanan dan kasih sayang yang tak berpenghalang.
Di luar sana ada berjuta laskar pelangi menanti anda untuk berkongsi budi. Sediakah kita memaknainya?
InsyaAllah, jika projek aku dan kawan-kawan berjaya, kami akan memberi apa yang terdaya. Kalau nak pintar belajar kalo nak berhasil usaha! Kerana sekolah ini satu-satunya yang tidak mendekati pelajarnya dengan pendekatan materi. Nilai-nilai itu. Kecerdasan itu tidak diukur dengan angka-angka, tapi hati...
* Meski cikgu Bakri tidak sekental Pak Harfan dan Ibu Mus, kredit tetap untuk dia pada setiap masa yang ada bersama laskar pelangi - kerana tiap dari masa yang dia beri adalah sebuah jiwa.
** Tontonlah Laskar Pelangi...mungkin itu titik mula persekolahan jiwamu..
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1st of all, hang jgn hentam aku dgn komen aku nti, just want to share, no fighting ok?aku tgh MENTAL...
ReplyDeleteTentang pilihan2 hidup...mmg sukar & teramat payah.
hidup bukan pilihan, tp perjuangan.perit, payah! smpi nanti kau jumpa titik noktah iaitu mati.aku jarang bertemu keadilan dlm dunia. aku byk memberi tapi apa yg aku dapat?
Takpe,esok mungkin atau tulat kita beroleh bahagia. Dia mahu menguji kita lagi & lagi.
Laskar pelangi? mungkin aku perlu mencarinya...
lu memang suka lebih dari 5 minit
ReplyDeletekang kalu aku kater aku undi sbb muka ko mcm anwar kang, ko perasan plak (haha, gelak jahat utk kali ke100)
ReplyDelete