Worth reading.
“As a Muslim, of course I want people to join my religion as I believe it is the true way. But you can force a person to eat or drink but you cannot force belief. If you say something is red, and he thinks it is blue, even though we force him to say it is red, in his heart, it is still blue,”
* To be true, nak paksa minum dan makan pun tak mudah! Silap-silap tak dapat beb!
Terima kasih ustaz Asri kerana menerangkan masalah umat Islam dalam isu rebut hak penjagaan anak ini dengan baik.
Aku juga merujuk kepada sebuah peristiwa sebagaimana di bawah.
Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah r.a. bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda s.a.w. (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).
Sabda Baginda s.a.w. kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya yang beragama Islam).
Hadis Baginda s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain.
Sebagaimana muslim yang lain, sentimen itu memang ada, tapi bukankah jalan terbaik kita ialah contoh Nabi s.a.w. dan ikhtiar lain yang berprinsip darinya?
Sejak dari mula aku percaya Rasulullah s.a.w. membawa paradigma yang berbeza dengan banyak kekalutan akhir zaman. Aku pun bukanlah sempurna tapi tentu saja ada beza jika umat Islam memahami i) musuh kita orang kafir atau ii) musuh kita kekafiran. Maaf, aku melihat kita banyak berlegar di persoalan i) (baca: orang) dan bukan ii) (baca: nilai).
Islam dan kebebasan tidak pernah bermusuh! Pencerahan bermula dengan mengatasi ketidakmatangan yang ditempa sendiri.
Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam
ReplyDeletejelas bagi saya
bukankah islamnya seorang itu dari hatinya?
nampaknya sesetengah golongan lebih mementingkan islam di mykad daripada islam di hati
tak silap dalam satu temubual
si anak berkata,
"saya tak nak jadi MELAYU, saya ingin kekal sebagai hindu"
aduh, banyak sekali yang harus dibuat nampaknya
Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam.
ReplyDeleteSy nyata kecewa dgn keputusan kabinet menangani isu ini. Jelas ia penetapan yg salah, keputusan yg terburu2 & merugikan umat Islam.
Kitakan punya mufti & golongan bijak pandai agama yg boleh dirujuk. Bukan main belasah demi menjaga sentimen agama di kalangan non muslim.
ADOI!!!!!!!!!!!
iman seorang anak dari pewarisan yg ditunjukkan n ada kewajaran didebatkan.
ReplyDeleteapa yg pasti saya menolak unsur paksaan kerana itu bukan persekitaran iman!
cadangan dr asri wajar diambil kira
ReplyDeletesupaya dapat mewujudkan win-win situation bagi kedua ibu dan bapa
nk tambah ckit lg,
ReplyDeleteDalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
"iman x dpt diwarisi dt seorang ayah yg bertaqwa"
ibu bapanya menjadikan dia Hindu. isu timbul bila satu pilih menjadi Islam.
ReplyDeletejangan letak di luar konteks. itu sentimen!