Wednesday, May 20, 2009

Perlis: Tak Habis Lagi Rupanya...

Politik Perlis bergolak kembali, selain Perak dan Terengganu. Sebagai anak jati negeri Perlis, tentu saja aku ada komentar sendiri.

Polemik politik di Perlis mudah saja bacaannya. Ada seorang bekas Menteri Besar masih tak puas hati kerana tak jadi Menteri Besar untuk penggal ini. Masa Raja Perlis lantik YAB Md Isa Sabu, ada sebilangan rakyat Perlis 'meragas' pagar istana sebagai tanda protes.

Orang-orang politik mungkin tahu bahawa bekas MB ni berkali-kali berusaha meyakinkan Raja dengan pelbagai cara bahawa YAB MB baru tak perform.

Aku ingat benda ni dah reda sikit, tapi aku syak ia kembali panas bila bekas MB kritik kerajaan negeri kerana dia terpaksa menggunakan duit sendiri kira-kira 200 ribu sebulan untuk menanggung perbelanjaan pasukan bola sepak Perlis.

Wow! 200 ribu sebulan. Kaya tu...kalau 5 bulan dah sejuta!

Untuk ingatan ramai, cuba tanya bekas MB ni kenapa:

1. MPK boleh disita semasa zaman pentadbiran dia.
2. bil air rumah MB tak dijelaskan sampai lebih seratus ribu.
3. bil air pasukan bola sepak Perlis juga tak dijelaskan lebih seratus ribu.

Nak patah balik jauh sikit, cuba tanya agak-agak kenapa Dato' Ali, ayah kepada YB Dato' Ahmad Bakri dulu tukar bekas MB ni semasa dia jadi PTD dulu.

Juga tanya dia, apa peranan anak saudara dia yang kerja di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Semak kekayaan anak saudara dia ni dan perbelanjaan dia yang luar biasa. SPRM boleh soal siasat semua kontraktor yang dapat kontrak melalui jalan ni. Cuba semak ada tak kes siling sekolah sekeping ditukar dengan kos RM9000. Prosedur memang boleh buat betul, tapi naif sangatlah jika tak boleh baca tangan ghaib di sana!

Juga jangan lupa tanya apa jadi dengan Pulau Brasmana. Siapa yang dok kaut untung dari sarang burung di sana dan status pulau tu apa kena mengena dengan kerajaan Thailand?

YB bekas MB ni semua orang tahu gangster. Siapa kutuk dia silap-silap boleh kena belasah tiba-tiba oleh mereka tertentu. Dulu PRK Indera Kayangan pun orang dah boleh nampak macam mana Pilihan Raya Kecil jadi medan gangster bermaharajalela.

YAB MB baru mungkin nampak lemah tapi kelemahan ini tidak disebabkan satu faktor. Cuba suruh YAB MB baru bentang tengok kedudukan kewangan negeri sebaik bekas MB tak mentadbir lagi.

Silap-silap duit bekas MB ni lagi banyak dari duit negeri Perlis!

Jika YAB Md Isa benar-benar tak upaya sekalipun, sebagai anak jati negeri Perlis, aku tak berminat nak terus ber-MB-kan YB DS Shahidan Kassim.

Aku rasa ahli politik mesti serius dengan komitmen bahawa mereka hanya sepatutnya menjadi YB untuk 2 penggal dan tambahan 1 penggal maksimum. Belajarlah menjadi negarawan dengan membenarkan muka baru memimpin dan mereka menjadi pesara YB yang boleh membantu dalam bentuk lain sebagai masyarakat sivil. Barulah negara kita cepat bergerak ke depan!

8 comments:

  1. Tuan Amin,

    Ana ingat tuan tulis pasal bola Perlis yang masih mengungguli carta liga.

    ReplyDelete
  2. salam

    haha..banyak ceritanya

    trengganu pun gitu juga

    dulu sampai sekarang

    ReplyDelete
  3. manusia = complicated
    manusia = kuasa
    manusia = ka-ching $$$

    ReplyDelete
  4. slam.....xpa2......janji kita syok sudah,,,,

    ReplyDelete
  5. Min,

    boleh call atau sms aku tak?

    MSK 013-5935721

    ReplyDelete
  6. Tuan,
    Ana rasa2 lah kisah Perlis ini akan habis bila puak2 yang bertelagah tu dihabiskan semuanya. Spa lagi yang nak perabis depa ni kalau bukan kita. Apa pun jom la sokong Perlis jadi juara Super!

    Boleh baca akai bekas MB dalam blog saya dengan cara link ke blog dia. Ermmm..berakai ka mavcam tu?

    ReplyDelete
  7. tak pernah habis.

    ReplyDelete
  8. soalan naif aku - dia kata tak amik gaji dia kan...

    ReplyDelete