Forum malam ini berjalan agak lancar dan menarik. Cuma agak distracting sikit bila ada peserta wanita which I heard from Sister in Islam ambil masa terlalu lama untuk debat dengan Dr. Dzul. Ringkasnya pandangan Mustafa Akyol memang tak banyak dipertikaikan meski sedikit kontroversi dan berbeza dengan pandangan Dr. Dzul. Sebenarnya aku sendiri tak ada masalah dengan pandangan Dr. Dzul dan Mustafa meskipun ada perkara yang aku fikir mahu dalami lagi. Di Pulau Pinang tempoh hari pun aku ada tanya soalan yang hampir sama maka aku rasa ia mencerahkan.
Dari cara Mustafa jawab, ia menguatkan pandangan aku bahawa unsur liberalisme dalam Islam lebih kuat berbanding komunisme, sebagaimana didakwa. Jujurnya aku memang tak dapat hubungkan komunisme dan Islam dalam konteks yang besar dan kecil. Semangatnya mungkin, tapi tidak kaedah dan prinsipnya. Terkejut juga ada kelompok yang seakan gembira bila Mustafa sebut pandangan Maududi yang berunsur komunisme. Gembira bukan main mereka seolah Islam merestui komunisme, padahal Mustafa hanya bagi contoh dan aku kekal bersetuju dengan pengkisahan DS Anwar yang pernah aku dengar - bahawa semangat zaman mempengaruhi wacana dalam Islam. Sebab tu dulu muncul usaha menerbitkan pandangan misalnya Sosialisme Islam dan sebagainya. Pendek kata, memang sejak dulu umat Islam gagal menjuarai idea melainkan menumpang populariti pengembangan idea dari dunia lain. Ini mungkin berbunyi kasar tapi harap ia diletak dalam konteks yang betul.
Aku tak bermaksud tidak ada, tapi kita gagal merakyatkan pandangan segar yang ada. Tadi sempat borak dengan Dr. Dzul lepas solat Maghrib bahawa idea-idea Islam yang asal tidak muncul kerana umat Islam lebih sibuk bersifat responsif (baca:bertindak mengikut isu). Responsif tidak salah tapi masalahnya setiap isu punya latar konteks dan falsafahnya tersendiri. Ini bukan masalah gerakan Islam sahaja, malah mana-mana bentuk ideologi sekalipun. Misalnya kapitalisme: gelar ini muncul dari luar dan bukan dari dalam. Dan gelar ini yang berlegar sehingga membutakan sebahagian orang melihat idea kapitalisme sebenarnya bersifat "saving capitalism from capitalist".
Aneh bukan? Hanya jika kita mampu mengingatkan diri bahawa kebanyakan kesilapan di dunia adalah berpunca dari kita, dan bukan orang lain, kita akan lebih terbuka dan saling melengkapi.
Tuesday, May 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'secular state, religious society'
ReplyDeletetajuk dah cukup menggugah!
amin,
apa hujah yang dibawa oleh kedua panel?
kalau ada masa, kongsilah :)
sayang sekali saya hanya tahu tentang forum ini di saat akhir
dan juga dengan peperiksaan
kalau tak memang pergi
salam
Perempuan-perempuan tu bukan dari SIS, Min..
ReplyDeleteDiaorang wakil dari Bar Council Human Rights Committee..