Sebagai seorang libertarian, aku memang pro-pilihan. Nak yang murah ke, yang mahal ke, yang buruk ke, yang elok ke, yang jauh ke, yang dekat ke dan lain-lain. Dan pilihan dalam konteks libertarian memang banyak melibatkan persoalan ekonomi. Tapi pilihan ini juga dikembangkan dalam konteks individu merdeka.
Pilihan adalah kurniaan Allah s.w.t.. Dialah yang memberi izin siapa mahu beriman, silakan dan jika tidak mahu juga silakan. Dan inilah prinsip kuat yang ada pada pendokong kebebasan.
Mencabar bukan? Mustafa Akyol kata "right to sin". Dan tentu saja dalam Islam, bagi yang beriman, kita tidak mahu manusia memilih kerosakan dalam hidupnya. Tapi sebatas mana kuasa campur tangan ini mungkin satu persoalan lain. Sebab itu aku nak sangat memahami bagaimana realiti suasana persekitaran di Mekah dan Madinah semasa pemerintahan Nabi s.a.w.. Tak pasti rujukan mana boleh dapat untuk menggambarkan secara tuntas perihal ini. Maksud aku bagaimana Nabi s.a.w. mengolah persetujuan dengan penjual arak, penzina dan sebagainya yang telah sedia wujud dalam realiti sebelum Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul s.a.w.. Atau memangkah pendekatan autoritarian diambil sepenuhnya untuk sekelip mata semuanya berubah dalam satu malam?
Ya, hujah pengharaman arak itu beransur-ansur. Tapi itu dalil al-Quran untuk muslim. Praktis kenegaraan pula adalah satu persoalan lain.
Atau aku yang kurang membaca? Aku bukan apa, ada peristiwa kecil misalnya tentang arwah Hamka pernah hadir ke program berunsur tarian tapi ditutup dalam catatan sejarah muslim kerana bimbang hal itu akan menghakis peribadi arwah yang disanjung di kalangan muslim rantau ini. Ketidakjujuran ini bisa saja menghakis nilai pelajaran kita...tanpa maksud mempertikaikan sesiapa.
Err...sebenarnya aku teruja dengan masukan Sarah. Siot tul, aku tengah berhadapan dengan persoalan yang sama. Pilihan-pilihan hidup yang cukup banyak. Padan muka, nak sangat bela pilihan :p
Thursday, May 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pak Hamba juga pernah melawati pameran lukisan, dgn nak dijadikan cerita terdapat beberapa lukisan bogel di dalamnya. Lantas pelukis tersebut berasa malu sendiri, tetapi Pak Hamba menjawap dgn penuh hikmah.
ReplyDeleteamin,
kerana itu peristiwa hijrah/mobilisation terjadi. salah satu hikmahnya adalah menyediakan persekitaran/biah yg baik bg umat Islam.Maka proses tarbiyah itu berlaku dgn lebih baik lagi.
ya, tapi kita nak tahu prosesnya.
ReplyDeletesaya ralat memikirkan benarkah para sahabat r.a. memaksa dgn pedang untuk perluasan empayar islam?
bagaimana rasulullah s.a.w. menjadikan al-quran dan sunnah sebagai perkara pertama dlm sahifah madinah?
persoalan biah solehah itu hadir dari jalan mana?
Tak kuasa tau nyah ngan amin ni..
ReplyDeleteamin bila nak belanja nyah keow teow goreng abang mie...
nyah tunggu yea.....
nyah.blogspot.com.my
islam tidak men'gua'kan umat nya
ReplyDeletesalam amin,
ReplyDeletemengetahui konteks dan realiti zaman Makkah - madinah saya kira penting supaya kita dapat tahu pertimbangan Baginda dalam setiap keputusannya kan?
Saya merasakan apa yang lebih menjadi keutamaan ialahpenerapan dari segi semangat dan falsafah pentadbiran kepada zaman kita ni, lebih penting daripada penerapan praktis2 secara melulu
pasal perluasan empayar tu,
saya ada berbincang,
(terutamanya) pada zaman awal perluasan, sahabat berunding dahulu supaya dibenarkan berdakwah di kawasan2 baru. sekiranya tidak dibenarkan, barulah dipilih jalan ketenteraan.
sebab itu, kalau kita baca,
tidak disebut penaklukan, sebaliknya pembukaan
wallahua'alam
bagaimana jika saya katakan ada catatan yg membayangkan pemerintahan agama (dalam kes ini Islam) punya ciri autoritarian?
ReplyDeletemahukah kita menerimanya? akankah kita berkira2 mencari dalil menjustifikasikannya? atau akankah kita membahaskannya sebelum membuat keputusan?
hm,
ReplyDeletepemerintah Islam yang autoritarian saya kira memang ada dalam catatan sejarah
pemerintah empayar Moghul misalnya,
dan juga
saya tak akan menafikan wujudnya autoritarian semasa zaman Bani Umayyah dan Abbasiyah
kalau nak dikatakan sistem yang autoritarian...
saya tak jelas sangat.
sistem Islam pun saya tak jelas sangat
tapi saya rasa sekiranya ingin dikatakan 'Sistem Pemerintahan Islam', tiada yang bersifat 'mutlak'dan 'satu'
ia harus mengikut konteks zaman
amin,
ReplyDeleteabang long serdang tu abang long 'rasta' kah? :)
taklah, ia bahasa lain utk 'Profesor dan Doktor' :p
ReplyDeleteoh
ReplyDeleteingatkan abang long yang itu
(saya agak pasti kamu faham maksud saya)
haha
Islam tidak menentukan bagaimana sesuatu negara itu harus ditadbir( sistem pemerintahan)/tiada dlm nas, kerana apa yg Islam tekankan adalah keadilan menurut Islam dan juga Keimanan.Ya, kita mungkin bersetuju bahawa ia mengikut konteks zaman.
ReplyDeletesbb itu sy tidak lekas kalut bila membincangkan mengenai sosialis dan libertarian( walau ada muslim yg mengkufurkan/menghukum sesat kedua2nya ini)kerana pada sy fakta-fakta serta kajian2 sosial( empirik/nazhara)tokoh dari kedua2 aliran pemikiran ini lebih dekat dgn konteks zaman. Mahukah org Islam skrg memikirkan?
me, myself dan aedi...
ReplyDeletetugas kita generasi baru lebih getar. ada beban sejarah yg perlu kita asirkan sambil sibuk menggeluti masa.
perjuangan adalah untuk masa depan, bukan untuk masa lalu.