Wednesday, May 27, 2009

Terima Kasih

Cilakak, aku selalu suka tulisan Sarah; pada aku dia pandai berekspresi melalui tulisannya - born to write bak kata satu komentatornya. Ini satu tulisan yang betul-betul menunjal kepala aku.

Ya, ia untuk perhatian aku, kau dan semua di luar sana.

Ya, kita boleh bagi macam-macam alasan untuk tidak menunjukkan komitmen kita meskipun jauh di sudut hati kita mahu. Dan alasan-alasan ini sebenarnya menyakitkan. Sibuk kerja untuk adakan masa bersama, sibuk kumpul duit duit dulu, tunggu lepas kahwin baru boleh nak bercinta macam orang bercinta, masih muda untuk fikirkan soal kahwin dan sejuta lagi alasan lain yang kita boleh ungkapkan.

Demi Tuhan, aku tak tahu apa jawapan sebenar dan aku pun larut membeli masa untuk membunuh kesepian. Kadang-kadang sms atau telefon boleh menjadi satu kesalahan dalam hubungan bila ia dilihat sebagai tak kena masa, tidak memahami, macam tak ada kerja lain dan macam-macam lagilah.

Fuh, bercinta itu susah barangkali. Tapi aku enjoy juga baca komen-komen di dalam tulisan Sarah tu.

Mungkin betullah tanya seorang kawan: apa sebenarnya pandangan sarwa kau bila kebebasan menawarkan kau pilihan yang banyak tentang apa saja? Liberal? Sosialis? Demokrat? Komunis? Fasis? Centrist? dan macam-macam -is lagi...

Ni yang buat aku rasa aku dah tua dan rindukan zaman muda-muda ni :p

* Sekadar berkongsi tulisan blog yang relevan dalam pengalaman hidup. Tak mesti bersetuju. Dalam cinta, alasan hanya menumpukan aspek rasional sedang cinta itu ada di hati dan lebih banyak persoalan emosi, aduh!




1 comment:

  1. slam...n3 tuan nie memang ngam la baca 5 mnit ja.... kene blajo dr tuan nie....

    ReplyDelete