Thursday, May 14, 2009

Tiket Mudah Untuk UMNO 2

Bang Mat Saman buat appraisal individu terhadap apa yang dilihatnya dalam Pakatan Rakyat.

Aku hanya boleh komen lanjut tulisan dia begini:

ramai yang baca konsep lita’arafu (dalam Al-Hujurat ayat 13) tu tanpa mahu mendalami. Mereka tak nampak konsep kekenalan tu, tapi lebih kepada menggariskan musuh dari peringkat awal. Anwar dah lama dok ulang ayat ni, sebab tu dia tak kisah pi program dgn US ka, dgn Iran ka, dgn Turki ka, dgn Indonesia ka….

Kemudian fokus kepada nilai dasar sebab nilai dasar ni jarang ada perbezaan sebab ianya Golden Rule in the World. Bentuk perlaksanaannya mungkin berbeza.

PKR, PAS dan DAP ada lemahnya tapi penyatuan ideologinya jelas - rentas kaum. Tak tahulah sama ada org PAS gagal melihat ini sebab tu rasa tak apa2 rundingan belakang tabir dgn UMNO. Pulak tu ada yang letak konteks salah konon bila Anwar nak runding dgn UMNO sapa pun x marah, Haji Hadi nak runding kena marah. Mereka gagal lihat rundingan belakang tabir dgn selesai isu Perak. Mereka gagal lihat kenyataan Haji Hadi dipandang skeptikal kerana ada track record runding belakang tabir.

Aku nampak kita banyak diurus dgn emosi berbanding rasional yang disaring ketat. Ramai nak bersila sebelum duduk.

Solutionnya mudah - banyakkan program latihan bersama and lets everybody have a say. Kat situ kita praktis bersetuju untuk tidak bersetuju. Bekerja dgn apa yg dipersetujui dulu dan bear in mind perkara2 tak bersetuju ni mesti difikirkan masing2 dan datang pula sekali lagi untuk bincang jika ada mana2 isu yg ada progress.

Pokoknya, jangan cepat berhukum dari perspektif sendiri dan yang kena attack pun jgn lekas take it personally, cuba fahami apa yg diserang dan cuba tawar pandangan yang menjernihkan.

UMNO akan gelak sakan jika PR lemah sebab mereka dengan sendirinya tak perlu jawab soal rasuah ka, soal salah guna kuasa ka, soal perkauman ka, soal institusi negara rosak ka, soal zalim ka, soal bunuh ka dan macam2…

Sebab apa? Sebab alternatif tak ada dan mereka dgn sendirinya jadi relevan bila ada parti PR yg nak bersama mereka atau masing2 berbalah sesama sendiri - konon atas nama demokrasi :p






2 comments: