Pagi itu seawal jam 4 kami dah bergilir bangun, bersiap, Subuh dan kemas mana yang boleh. Kalau kau daki gunung, kau memang tak dapat elak untuk bangun awal siapkan sarapan dan juga pack lunch. Setakat ni aku belum dengar lagi ada kumpulan mendaki suka berhenti dan masak untuk makan tengah hari. Ia akan ambil banyak masa kau. Maksud aku ini kategori gunung yang biasanya kau jalan ikut office hour - 8 pagi hingga 5 petang.
Aku lupa bagitau, untuk ekspedisi Korbu ni pembantu makmal kami, En. Abbas pun ikut. Dari segi mental, aku tak risau sangat dengan dia, tapi dari segi fizikal mungkin ramai risau. Ya, dia agak bersaiz besar dan dia juga agak berusia. Saiz besar bukan masalah sebenarnya sebab pensyarah kami Encik John pun dah sama banyak je dengan aku naik Tahan (ke lebih? 5 kali).
Untuk hari kedua, pagi itu bermula agak *****. Yat dah bising sebab budak-budak mula ada yang ngelat tinggal barang dan sampah. Apa nak jadi la. Atas gunung ni kau memang boleh tengok true colours kawan kau. Ada yang rajin terlampau sampai kau kesian tengok (ini cerita lain nanti), tapi yang pasti kau akan nampak siapa yang jenis emo, jenis sabar gila, jenis buat hal sendiri, jenis pemalas dan sebagainya.
Dari kem Senoi (kem pertama), kami mula shoot ke puncak (shoot ke puncak ialah bahasa biasa bagi kami, tidak ada niat merojakkan bahasa). Seperti biasa kami yang berada dalam group Sweeper akan mensasarkan sampai malam, dalam realiti keadaan Ina dan En. Abbas.
Bagi aku Korbu agak mencabar dari segi sumber air yang terhad apabila kau ke puncak. Ia berbeza dengan Tahan apatah lagi tahun lepas kami ramai-ramai gali kolam di puncak (ala, tempat lopak air biasa tu, kan dah jadi kolam? kerja kami la tu sampai aku demam!). Sumber air terakhir sebelum sampai ke puncak adalah lebih kurang 5 jam. Ini beerti kami hanya akan jumpa air 24 jam kemudian. Memang sebelum ekspedisi lagi aku dah ingatkan semua orang paling kurang bawa 3 botol air mineral saiz besar. 1 untuk perjalanan naik, 1 untuk perjalanan turun dan 1 untuk memasak di puncak. Kalau ikut teori yang pernah kami bincang dengan pensyarah nutrisi, manusia boleh bertahan sekitar 3-5 hari tanpa air dan kami memang diajar guna sumber air terhad. Kau jangan tak tahu suku air dalam mineral kecil sudah cukup untuk kegunaan solat, benda ni pernah ditunjuk oleh Ustaz Kamaruzaman masa aku di kolej dulu (dia dah lama tak bertugas di UPM).
Perjalanan memang sangat perlahan sampai memaksa Sweeper bergerak dalam dua kumpulan. Takdir hari kedua Ina pengsan lagi sekitar kawasan air terjun. Aduh, kali ini dia rebah tiba-tiba tak macam hari pertama. Jalan agak curam. Di situ bermulanya kumpulan Sweeper berpecah, sekitar jam 11 pagi seingat aku. Finie dan Yat cuba sedarkan Ina tapi tak ada respon. Kami bagi Ina udara yang cukup. Kumpulan paling belakang sekarang hanya aku, Finie, Yat dan Ina.
Aku memang biasa bawa Quran kecil kalau mendaki. Oleh kerana Ina masih tak sedar, aku buat keputusan untuk ambil air wudhu' dan baca Yaa-sin. Usai aku baca, Ina mula sedar tapi memang sangat lemah. Kami dah satu jam di situ. Tiba-tiba Fenzi muncul dan minta beg Ina untuk dibawa ke depan. Kami memang biasa bergilir bawa beg orang sakit semasa di gunung. Jika terlalu berat, kami akan agihkan barang-barang untuk dibawa seorang sikit. Pelajaran penting di sini, kalau kau naik gunung, walaupun kau rasa beg kecil kau dah muat untuk bawa barang yang kau wajib bawa dan barang persendirian kau, kau jangan selfish tambahan pula kau lelaki. Bawalah beg besar sikit. Dan kau jangan guna rain cover untuk camouflage yang konon beg kau tu nampak besar gila dan cukup berat. Kalau kau naik gunung dengan budak-budak baru kau mungkin boleh tipu, tapi kalau kau naik gunung dengan kaki gunung, kau memang akan jadi 'bahan'.
Tengah jalan Feaqa pula sakit belakang. Entah mana pula kumpulan Sweeper depan yang patut jaga dia. Kali ni Fenzi dan aku terpaksa bawa dua beg. Nasib baik sampai satu tahap je, kalau tak aku pun tak tau apa nasib kami. Sebenarnya dalam pendakian, kau mungkin perlukan sedikit masa untuk penyesuaian badan (acclimatize). Selalunya hari pertama kau akan rasa siksa sikit. Biasanya hari kedua kau akan rasa macam ok sangat. Tapi kalau sampai hari keempat kau belum acclimatize, kau memang rasa macam 'neraka'.
Kalau naik gunung, kami biasa bawa walkie-talkie. Kami hanya gunakan walkie-talkie ini setiap satu jam untuk jimatkan bateri. Tapi untuk gunung yang makan masa berhari-hari, selalunya ia tak cukup bateri, maka strategi penting terutama bagi gunung yang dah biasa. Maksud aku kau tahu di lokasi mana kau mungkin tak perlu gunakan dan di mana yang kau rasa penting.
Kami solat jamak pada pukul 5 petang. Sayup kedengaran Iban Trekkers baru tiba selepas tertipu dengan puncak lain pada pukul 3 petang. Tiba-tiba ada pertanyaan dari "water container ada pada siapa?". Memang sah makhluk ni jadi 'bahan'. Kalau kau anti-gunung, kau jangan pengaruh orang lain buat perangai macam kau. Kau patut sedar kau lelaki dan ekspedisi 5 hari kau jangan bawa beg 35 liter, tambah-tambah lagi badan kau sihat dan kau aktif bersukan. Lagi satu kau jangan cakap macam orang bodoh - tak pernah orang buat isi water container yang bentuknya kiub tu untuk bawa ke puncak. Sebab tu penting kau datang mesyuarat dan tahu apa yang patut dan tak patut dibawa. Water container ni kau bawa dan kemudian awal pagi kau tinggal dan buat muka tak bersalah. Kau fake, pemalas! Tapi kalau depan perempuan kau selalu macam Superman, cis!
Aku dapat tahu kargo sampai sekitar maghrib, Sweeper depan sampai sekitar pukul 10 dan kami tiba di puncak Korbu pada pukul 12 tengah malam. Ada tempat-tempat kami ambil gambar tapi tak nampak apa-apa. Dalam hutan, kadang-kadang kau kena faham tanda-tanda ni.
Ya, pukul 12 tengah malam 20 Februari 2006 - waktu itu aku baru 24 tahun. Kami sampai pada suhu sekitar 9 darjah. Kau kena faham atas gunung sejuk angin memang sampai ke tulang. Masa kami sampai hampir semua dah tidur dan tak makan! Ada yang duduk berkampung dekat sumber api - stove dan sebagainya.
Aku sebenarnya sangat marah. Inilah akibatnya bila kau tunjuk pandai dan tak dengar nasihat. Kau memang tak boleh masak apa sangat sebab dalam 40 orang yang naik, hanya 12 botol air yang terkumpul, dan 5 daripadanya ialah dari aku, Yat dan Finie! Geram jangan cakap la. Aku geram sebab budak-budak ni kalau periksa jangan cakap la scorenya. Life skills tu so so dan tak ada keghairahan macam jawab periksa untuk buat. Kau kena ingat bila naik gunung ia melibatkan nyawa. Korbu bukan gunung biasa dan memang semua pun tahu ia pernah mengambil korban.
Fenzi datang bisik pada aku yang dia dah sediakan penempatan kami masa aku masih dalam perjalanan. Tapi aku suruh bagi pada seorang mamat poyo yang konon tak mahu galas beg berat sampai tak bawa sweater. Malam itu aku tidur di dapur bersama sebahagian yang lain.
Tengah malam Feaqa dan Ina kejut aku. Memang aku tau keadaan sangat sejuk. Terketar-ketar aku tengok mereka. Minyak panas pun tak berkesan mana. Masa tu dah pukul 2 pagi. Aku dah bagi pinjam apa yang patut pada orang lain sampai tinggal selapis pakaian aku. Ok, lagi satu kau jangan lupa bawa stokin yang cukup.
Aku tidur lewat malam tu sampai semua orang tidur.
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku tahu..kau salu pikul amanah, tgungjawab dgn baik..
ReplyDeletemmg shit la bdk 2..
ReplyDeleteaku kenal..
hahaha
aku bengang sbb 2 jgk..
nk naik gunung..
bwk beg maknyah..
org pompuan pn reti bwk byk..
aku dengar masa korang naik mandi angin tu pun bengkek je...
ReplyDeletenasib aku tak ikut yang tu...
aku boleh maafkan je diorg atas nama belajar, cuma harap diorg sendiri sedar diri sebab kalau kerja bidang ni, tak tau staf buat apa boleh bahaya nyawa dowh..
erm aku wonder sapa kah insan hina itu...hehehe
ReplyDelete