Saturday, December 20, 2008

Cerita Misterius Hutan di Kawasan Urban 1

Lewat malam semalam aku keluar dengan den carnal dan kawannya, Bawang (nama ini cool tapi aku hanya membayangkan kartunis Bawang, hehe). Lebih kurang 3 jam setengah la juga di Maulana dekat Azwath tu dengan 4 pinggan Char Koay Teow dan 6 gelas air pelbagai rasa.

Sambil borak kami jeling-jeling EPL. Masa baru sampai tu tengok Middlesbrough dah kena titik 3-0 dengan Fulham. Pergh, nasib baik sekarang bukan Robbo yang jadi Pengurus Boro, kalau tak maunya terkesima juga menengoknya. Aku yakin persaingan di Fantasy Premier League akan turun naik untuk waktu terdekat ni (hampeh!).

Kebetulan Bawang juga suka naik gunung, maka malam tu kami buka cerita pasal naik gunung. Sungguh, sejak dulu aku nak habiskan G7 aku sebelum umur 30. Aku tahu 26 Disember sampai 1 Januari Exit dan rakan-rakan ada buat pendakian Chamah-Ulu Sepat. Damn! Aku hanya tinggal Chamah-Ulu Sepat dan Yong Yap untuk dihabiskan. It's nothing about tunjuk kau hebat boleh habiskan G7, ia hanya sekadar self actualization dan berdasarkan pengalaman aku yang cetek, gunung memang tempat terapi yang paling berkesan :p

Misteri gunung sukar diungkapkan :)

Kisah semalam hanya sekitar Nuang, Tahan, Korbu dan Trans Titiwangsa. Memandangkan kisah semalam banyak berkisar kisah misterius, maka kami tak terkecuali menyentuh pengalaman di tempat lain misalnya Pulau Banding, Tasik Temenggor. Kalau nak dikira banyak lagi tempat lain, tapi fokus kami banyak kepada hal misterius di gunung. Rindu wei! Serius!

Sebenarnya ia bermula daripada perbualan di Bukit Cerakah tempoh hari. Tiba-tiba Yoe dan Ana dedahkan rahsia Nuang. Yerla, semua pendaki rasanya tahu Nuang antara gunung yang 'keras'. Pengalaman aku di sana buat aku tak sukar akui 'keras'nya Nuang.

Kalau naik gunung, dalam situasi 'tak selesa', aku biasanya akan ditempatkan di bahagian sweeper, dan aku sendiri memang biasa memilih posisi ini. Di fakulti sejak dulu, kami biasa letakkan 3 kelompok: 1) Iban Trekker, ini kelompok asal aku. Kelompok ini memang ditugaskan untuk berpecah dengan kelompok lain apabila hari menjelang lewat petang. Tujuan utamanya ialah untuk memastikan base camp dan keperluan asas disediakan. Kelompok ini pendek kata ialah mereka yang boleh bergerak laju di dalam hutan meskipun membawa beban yang hampir sama. 2) Kargo, kelompok ini biasanya membawa barang-barang yang boleh dilewatkan sikit penggunaannya. Aku jarang di kelompok ini kecuali semasa di Korbu dan 3) Sweeper di mana kelompok ini ialah kelompok paling perlahan dan biasanya tiba sekitar jam 6 petang hingga 11 malam selepas sama-sama biasanya bertolak sekitar jam 8 pagi hingga 9 pagi. Kelompok sweeper biasanya akan ada 'orang lama' kerana ia memerlukan kesabaran yang tidak sedikit melayan karenah orang belakang yang sangat perlahan. Bukan salah mereka kerana saiz badan mereka yang agak bulat, ops! Aku memang biasa mengisi bahagian ini apabila jangkaan awal tentang masa yang tak menentu untuk tiba di kawasan kem.

Ok, aku skip sikit. Masuk dalam siri lain kot.

Aku, Yoe dan Ana pernah bawa pendaki Iran naik Nuang. Ya, pendaki Iran ini seorang perempuan. Dia sungguh-sungguh paksa aku bawa dia dan suami dia (yang datang dari Sweden, aku syak suami dia ambil suaka politik di sana, ish!). Wanita Iran ni umurnya 40 ok! Tapi dia sangat fit. Dulu masa aku di kampus memang pernah nampak dia jogging petang-petang dan naik basikal. Biasanya kalau nak cuti pertengahan sem atau cuti hujung sem, dia akan call aku tanya cuti ni nak pergi naik gunung mana. Pergh, macam aku tak ada kerja lain pula, haha.

Ya, mula-mula dia ikut ekspedisi akhir FHR3616 tahun 2005 (masa ni aku Presiden K3 sekaligus mengajar kelas ni - Kemahiran Rekreasi Luar). Waktu itu kami hanya naik Irau-Brinchang. Asalnya nak naik Berembun sekali, tapi masa terhad dek kerana semster ini sungguh sibuk. Masa pertama kali jumpa wanita Iran ni, dia tunjuk gambar-gambar dia mendaki di Iran. Pergh, memang best tengok gambar salji atas gunung dan lain-lain. Tak sampai tahap tu lagi aku ni. Falin, aku tak tahu sama ada kau tahu atau tidak Kecik pengsan masa turun dari Irau. Kecik kawan kami (junior aku) yang sangat kecik. Rasanya tinggi dia tak sampai bahu aku. Oh, di sana aku tahu bahawa wanita Iran ni seorang Syiah dan kami banyak berbual-bual soal agama dari masa ke masa, sempat lagi beb!

Ditakdirkan masa wanita Iran ni punya masa yang cukup terhad untuk naik Nuang. Aku cuba uruskan yang mampu. Kami bergerak ke kem Lolo - makan tengah hari dan Zohor di sana sebelum terus ke kem Pacat. Di Pacat aku tinggalkan khemah dan beberapa barang lain kerana kami akan patah balik semula ke sini. Terus ke puncak dan tiba lewat petang. Dari puncak Nuang boleh nampak sayup KLCC dan KL Tower jika cuaca baik. Petang itu cuaca agak ok, siap boleh nampak Genting Highlands lagi. Usai Maghrib kami turun. Entah apa takdirnya hanya 2 lampu suluh yang berfungsi. Di puncak Pengasih memang sangat sejuk. Ia mengingatkan aku pada pendakian Nuang 5 tahun sebelum itu (2002) - angin kuat tiba-tiba datang dan dingin menggigit. Di Nuang memang ada berita kematian yang kebanyakannya berpunca daripada Hypothermia.

Fenzi dan Bear juga datang, tapi mereka hanya mahu bersantai di Lolo. Bear mungkin muda tapi dia antara pemilik sijil menyelamat di Gunung yang diperoleh semasa berada di Australia. Kami memang dah merancang corak perjalanan. Mujur aku dan Fenzi boleh dikatakan selalu mendaki bersama. Malam itu aku buat keputusan bermalam di Pacat dan sepanjang perjalanan turun aku menjadi Sweeper berseorangan, Yoe dan Ana di depan diikuti wanita Iran ini dan suaminya.

Sebenarnya, orang luar tidak punya ketahanan mendaki gunung di hutan tropika, ia mengambil lebih masa daripada kebiasaan mereka di gunung selain kawasan tropika. Maka, ternampak letihnya wajah wanita Iran dan suaminya ini. Dari masa ke masa Yoe dan Ana akan bertanya sama ada aku ok ke tak.

Sampai di Pacat aku dirikan khemah untuk wanita Iran dan suaminya. Mereka tidur dalam khemah dan kami tidur di luar - pasang hammock tapi aku lebih selesa tidur di atas ground sheet. Aku selalu ingat pengalaman kumpulan lain bahawa Pacat ialah kawasan yang keras. Sangat keras. Tapi kami tak punya banyak pilihan. Baca apa yang patut dan memang aku selalu ingatkan diri dan kawan-kawan tentang niat yang baik. Pukul 1 kami tidur selepas apa yang patut telah diselesaikan.

Entah kenapa pukul 3 aku terjaga. Aku dengar ada orang berbual. Aku cuba sangka baik mungkin ada kumpulan pendaki lain memilih untuk jalan malam sebagaimana kami pernah buat pada 2002 kerana mahu melihat matahari terbit. Ya, biasanya pendaki gemar memilih untuk melihat sama ada matahari terbit atau terbenam dari puncak gunung. Ia amat cantik dan memberi satu kepuasan yang sukar diungkapkan.

Sebenarnya tidak ada sesiapa. Maka, aku biarkan diri aku tidur-tidur ayam. Memang aku pasti ada perbualan. Esoknya semua bangun Subuh dan usai sarapan kami turun sekitar jam 8 pagi. Kami terus keluar dan balik.

Yoe dan Ana bagitau aku semasa mereka bertanya aku ok ke tak, sebenarnya mereka beralih dari terus ternampak 'benda itu' berkali-kali. Siap describe pula macam mana rupanya, hampeh! Alhamdulillah aku memang tak nampak apa-apa kerana aku di belakang sekali. Kalau nak dikira sepanjang pengalaman aku bertahun-tahun mendaki gunung, bermain di laut dan pulau, aku hanya banyak mendengar dan tidak nampak. Sumpah aku tak pernah minta nak tengok 'benda tu' walaupun pernah sekilas aku terpandang di Korbu (mungkin halusinasi) dan pernah ada yang mengusik-ngusik aku.

Sejak dulu aku memang tak pernah lekang berpesan kepada diri dan kawan-kawan untuk berniat baik dan tidak mencabar alam. Sikap dan tingkah laku sebenar seseorang mudah sangat terlihat bila mereka terlibat dalam aktiviti pendakian (terutama yang makan masa empat hari hingga seminggu macam di Korbu, Tahan dan Trans-Titiwangsa).

Nuang sebenarnya bukan pengalaman pertama berdepan benda ni. Ledang adalah pengalaman pertama aku disapa 'benda ni'. Waktu itu kami naik dari Asahan (2002) - belum ada kem dan kemudahan lain seperti sekarang. Yang pertama, tapi bukan mendaki tentunya di Gua Kelam, Perlis waktu aku ikut satu kem dulu.

Tak apa, nanti aku sambung cerita hutan yang banyak dalam memori aku. Sayangnya, gambar-gambar aku kebanyakannya di kamera orang kerana aku memang jenis tak suka bergambar kecuali orang candid - walaupun aku ada 3 kamera, tak termasuk kamera phone! hampeh!

9 comments:

  1. erm biasala kan tmpt2 camni abg amin...zai igt lagi time g congkak kiteorg bercamping kat situ dgn gamber nyer(ber-6)..tanpa persedian yang mencukupi..bygkan la alas tido gn plastik sampah yang hitam tu..alas atas guna flysheet..al kisahnya ada minah srg ni terkena menda tu..aduh malam tu mmg horor la..dari duk tgh saje2 buat pecah ais walaupun dh knl antara satu sama lain..tiba2 minah ni melompat masuk kat kelompak kiteorg n ckp "menda" nak ambik die...klao habis kat situ je takpe..siap bw blk sampai upm...
    byk gak dgr2 menda camni..

    tapi zai tak pernah nmpk or dgr la..waktu bercamping kat kolam 20kaki kat ledang pun sama..siap member ckp berdiri sebelah jer...then malam tu plak menda tu duk lepak atas khemah zai tido...untungnya sebab tak nmpak menda2 ni..huhu..

    menda2 camni ni la pun tmpt dia..janji kt jaga die insya Allah takde papekan...

    ReplyDelete
  2. aku penakut..betul aku penakut ni..aku ingt masa aku fasi kemper 06 dlu. time tu tadek sorg pun kt khemah fasi ppuan. aku kebal. sorg2 dlm tu. tgh dok bgolek "sakit perut menggile" atas campbed. aku x terpk lgsg pasal hal2 mistik. melayan kerenah sakit masa tu. dh la masa tu kak normah blh tibai crte psl mistik2 kt dapur kem HSAH tu (masa tu fasi2 kte semua dok sibuk bgelak ketawa time maghrib2, lpstu kne sound). oh ye..aku x de pk psl tu sbb mr.snm ada teman, thru hp. dok borak dgn aku sbb aku dh mcm hape jek dlm kemah sorg2. yg lain pegi solat jemaah masa tu.

    aku tau kecik pengsan. seseorang dukung dia ok. aku tahu tu :)

    ReplyDelete
  3. sabar lin, pelan2 aku cerita kisah hutan yg banyak ni :p

    ReplyDelete
  4. jgn lupe ltk name aku dlm cite 2..hahaha

    ReplyDelete
  5. aku xpenah lg la nmpak or dgr pape setakat aku msk hutan..ish..mintak2 jauh la..aku bkn berani sgt.hati je keras..hehe...tp mase aku kt g.tahan tempohari,ade guide cerita dgr suara org nangis kt dpn khemah aku waktu malam.abg guide tu siap nmpk lg org tu duduk atas kayu yg btul2 dpn khemah aku..sok pagi die selamba je bleh tanye aku. ade ke die ingat aku yg nangis.dh la mlm tu ujan renyai2.confirm2 la aku tdo awal..seram giler ah...=P

    ReplyDelete
  6. den, kisah misterius dgn kau mungkin tak banyak...tp kisah2 di hutan agak banyak gakla, hehehe

    manny, jangan minta. diam2 je. kalau takdirnya kau tertengok, entahlah. aku cuma harap aku tak pengsan :p

    ReplyDelete
  7. paling aku suke..kisah kte di pantai..trip penang..ms tu la aku br start rapat dgn kau, abg kay, iwan, kus..kau & kak ina tido2 ayam, kut ke kang dilanda tsunami ke :p sbb kte kn tido atas pasir..

    ReplyDelete
  8. amin: ada gak nama aku terselit. tapi pengalaman naik gunung bukan sesuatu yang indah bagi aku setakat ni. suma pressure kecuali certain part je best. aku rasa lin ngan manny dah boleh agak.

    kakak: aku tahu ko tahu n suma tu kisah lama. yang absolutely tak akan berulang.

    ReplyDelete