Tuesday, December 23, 2008

Cerita Misterius Hutan di Kawasan Urban 2 (b)

Sebenarnya Ina Adik ajak aku ikut sebab dia ada masalah dengan gangguan makhluk halus. Aku memang minta dari mula untuk jalan dengan Ina tapi jawatankuasa yang menguruskan ekspedisi ni nak jalan sebagai Sweeper. Sebenarnya Sweeper ni sering mendapat pujian sebagai geng kental dan sabar gila. Tapi kalau kau tau macam mana azabnya jadi Sweeper, kau mungkin fikir banyak kali. Naik gunung bukan 'adventure' macam pergi berlenggang ke shopping complex ok?

Hari pertama perjalanan agak ok. Sampai first camp sebaik saja usai Maghrib. Ingat, tiap kali masuk waktu solat, berhentilah sekejap untuk menghormati waktu. Sebenarnya tak silap aku kau boleh solat menghormati waktu walaupun kau mungkin niat dan akan bersolat dengan keadaan yang selesa sikit kemudian. Aku memang tegas bab ni dan bagitau mereka "jangan cakap aku guru kau kalau kau tak boleh buat benda ni - maksud aku berhenti sekejap menghormati waktu - kecuali kecemasan sangat".

Hari pertama ekspedisi bermula hakikat sebenar di sebalik semua pesan aku.

"Amin, Ina pengsan!" dan aku terus capai First Aid, air mineral dan berlari turun. Yat tak tunggu untuk renjis air ke muka Ina dan aku buka kasut Ina. Ingat, kalau orang pengsan kau harus beri udara pada dia. Aku baca apa yang patut dan urut kaki Ina, terutama ibu jari kaki.

Ina sedar dan bisik di telinga aku "Boleh tak Ina nak cakap dengan Amin saja?". Ok, aku minta semua naik ke atas dulu - tempat kami berhenti Zohor dan makan tengah hari dan jangan lupa sediakan air panas untuk Ina. Ina bagitau benda tu ikut dia dan tunjukkan diri pada Ina. Damn! Tapi macam biasa aku buat-buat cool. Aku pakaikan sandal aku pada Ina dan pimpin dia berdiri. Aku ajak dia jalan pelan-pelan ke tempat kami semua berkumpul.

Kali ini geng Sweeper bertukar, ramai tak sanggup bawa Ina. Aku minta geng Kargo bergerak sebab dah lama kami di situ. Aku ajak Finie dan Yat ikut aku di bahagian Sweeper dan Fenzi akan berada di kedudukan akhir Kargo.

Malam itu mandi air terjun. Aku dah macam ambil alih ekspedisi ni sebab aku yang deal dengan Wan Guide ni. Fenzi yang dah selalu dengan aku tak ada masalah. Aku pun memang minta tolong alumni perempuan yang ikut untuk main peranan yang patut. Kami sebagai alumni sebenarnya tak suka tunjuk pandai sebab nanti kalian tak belajar. Tapi kami akan tegur apa yang patut dan kalian sebenarnya jangan terlalu ambil hati. Aku kadang-kadang memang tak setuju dengan CARA teguran diberikan walaupun maudhuk teguran tu aku setuju. Belajar ni pada aku kau berhubung dengan perasaan juga, bukan semata-mata hal kognitif.

Sebenarnya hari pertama memang ada konflik - macam biasa, sampah semua berebut tak mau bawa. Aneh, tiba-tiba beg penuh dan sebagainya. Masa daki Korbu ni beg aku timbang 50kg dan yang kedua paling berat Afsaneh (dia nilah minah Iran tu) - 40kg. Sebenarnya aku tak kisah untuk bawa beg berat kali ni sebab aku akan sambut birthday di atas puncak Korbu, hehe. Aku sebenarnya tak kisah kau nak bawa 15kg pun asalkan barang-barang wajib kau bawa. Buat keputusan untuk tak bawa barang personal seperti sweater sedangkan kau tahu suhu sejuk di puncak waktu itu 9 darjah celcius bukan aku ajar ok? Tapi aku tetap akan bagi pinjam sweater aku pada kau jika kau tak tahan.

Malam itu kami susun semula pasukan kami. Macam biasa, bab-bab tegas dengan arahan ni kawan-kawan aku tolak aku ke depan. Semua tak mau ambil risiko dibenci. Ya, malam tu aku tegas tegur hal disiplin dan macam biasa aku berani je sebut "Dalam hutan, sijil PhD tak boleh bantu kau survive, baik pensyarah, pembantu makmal, alumni atau pelajar...semua orang perlu hormat dengan keputusan yang diambil". Kalau kau baca blog FHR3616 kau mungkin faham sikit hal ni. Mujur pensyarah, pembantu makmal dan alumni faham sangat aku...dan mereka tahu aku tak akan bertegas tanpa sebab (kalau tak takkan aku juga jadi mangsa persembahan urusetia malam penutup, cis!).

* Ini cerita lama, tak berniat nak burukkan sesiapa...masing-masing dah besar dan boleh fikir sendiri apa yang baik.

14 comments:

  1. dan mereka tahu aku tak akan bertegas tanpa sebab (kalau tak takkan aku juga jadi mangsa persembahan urusetia malam penutup, cis!)

    *ini part trip yg mana eh? :p

    ReplyDelete
  2. uishh amin!gentlement!!caya la bro!!=P

    ReplyDelete
  3. itu umum. aku kan selalu lepak je..bab planning outing atau masalah yg berlaku, selalunya aku biar orang selesai dulu sebelum aku masuk campur. kalau aku masuk campur biasanya aku akan pancung mereka yg poyo berusaha.

    tapi semua pun tahu aku adalah joker dan serius hanya bila perlu :p

    ReplyDelete
  4. err, manny..kalau kau nak cari bf, kau ajak je mereka (calon2) naik gunung, lagi bagus mana2 G7, tahulah perangai huduh tu nak keluar. macam kau kutuk supervisor sorang tu, hahaha..ops! tapi serius dowh sukar nak bayangkan.

    ReplyDelete
  5. sbb tu aku ade minat sorg guide tu mase kt g.tahan.dia cool...& cute...=P

    ReplyDelete
  6. haha, ceh! jangan kau sebut nama guide tu hasrul sudah, mau aku ketawa nanti...

    guide memang kebanyakannya cool..takkanlah mereka nak bertepuk tampar dgn klien :p

    ReplyDelete
  7. hahaha!!sememangnya bukan die la kan...ade la...yg ni bukan cool sbb klien saje.tp cool dgn attitude die..he got something that what i want my man to have it..

    ReplyDelete
  8. hahahaha..
    manny sibuk nk org yg cool mcm aku gak..ngekk..

    hohoho..kau ckp umum eh..aku tahu..ia mcm eerie..ina pnh crte kt aku..tp x ingt bila..

    dlu aku takut..tp lama2 kn aku pk balik apa mr.snm ckp..aku rs make sense..dia ckp
    jgn ada rs takut. pnh bc dlm paper "org mati sbb kene cekik antu?" antu xde otak, so, kamu yg ada otak & berakal ni x kan nak kene ada rs takut? sptutnya dia yg takut dgn kamu.

    hehehe :p dia blm lg rs masuk htn ni :p so aku x blh komen pape. hohohoho

    ReplyDelete
  9. adakah den_carnal mahu jd calon menunggu? :p

    smg manny jumpa si dia yg cool dr kaca matanya..dr lensa hatinya..

    ReplyDelete
  10. hahaha, ok lin..mari kita bersatu utk jodohkan manny dan den :p

    aku wonder, masa bila ina cerita kat kau?

    ReplyDelete
  11. wey!!lelaki cool utk aku tak sama dengan lelaki cool untuk lin...lin,aku tak tiru kau...sumpah!!

    abg kerol tak cukup cool untuk aku...hehehe....=P

    ReplyDelete
  12. yela..yela...abg memang cool la(amik hati je nih)..hehe...=P

    ReplyDelete