Petang tadi Falin tercakap cerita Korbu. Eh, masa bila Ina Adik (untuk membezakan dengan Ina ROTU) cerita pada kau Lin?
Sebenarnya sejak 2003, aku attached dengan FHR3616 sebagai tenaga pengajar, demonstrator, fasilitator, instuctor dan apa saja namanya. Kelas ni 1+2 kredit atau satu jam kuliah dan 6 jam amali seminggu. Tapi kalau nak dihitung, amali kami lebih daripada itu. Selain daripada amali mingguan yang kami buat keputusan sama ada nak diadakan atau tidak (biasanya kami guna hanya 3 jam), kami akan outing untuk 3 hari kem asas+satu minggu-9 hari ekspedisi darat+10 hari Final Camp yang selalunya kami buat di Pulau Banding, Tasik Temenggor. Untuk setiap kem, kadangkala kami jemput alumni (bergantung kepada kuota).
Ekspedisi Korbu aku ikut dengan Fenzi sebagai alumni. Alumni perempuan yang ikut hanya Ida, Yat, Finie dan Julie. Ok, aku rasa itu dah cukup sebab Yat dan Finie memang kaki gunung juga, Julie dan Ida boleh tahan, lagipun masa tu Ida dah kerja dengan Wilderness dan Julie memang doktor kami.
Sebelum ekspedisi, aku macam malas nak ikut tapi Ina Adik nak aku ikut. Dia kata dia hanya percaya kat aku dalam hal di hutan ni. Err, korang jangan rasa aku hebat sangat di hutan ni ok? Mungkin sebab aku antara alumni yang masih tak mahu bergraduat di kampus waktu itu, maka aku selalu bersama mereka dan berkongsi banyak hal yang aku rasa boleh bantu mereka jadi Reccers yang bermutu - teoretikal dan praktikal. Gila kau, orang lain lepas Diploma semua nak buat pengecualian kursus, Ijazah daripada 100 kredit, lepas peraturan baru boleh buang 30 kredit (okla, senior kita boleh buang sampai 50 kredit), aku pula graduat lepas habis 130 kredit! Ini jawapan sebenar kepada banyak sangat pertanyaan "kau tak grad lagi?".
Sorry beb, alhamdulillah tak ada subjek aku ulang dan aku dapat Anugerah Naib Canselor juga pada tahun akhir - sebagai bukti aku tak ada fail kursus ok?
Hari pertama ada masalah. Guide kami tak datang. Kau kena ingat, dalam apa juga masalah di hutan (dan mungkin di luar), benda pertama kau kena buat ialah tenang dan pastikan kau kekal rasional. Kau tak akan boleh selesaikan masalah dalam keadaan kau cemas dan emo. Waktu ada masalah ni aku dah dengar bunyi rasa tak puas hati. Lalu aku jalan kira-kira 1 km untuk cuba dapatkan talian telefon. Yang lain kekal di Kampung Makmur (kami tak ikut laluan Empangan).
Talian dapat dan aku tau Guide ni dah tipu kami. Burn RM400 bayaran deposit. Aku hanya tinggal SMS pada dia lepas dengar putar belit dia. Aku hanya suruh dia fikir baik-baik rezeki apa dia suap untuk dia, isteri dan anak-anak. Masa ni Afiq dan Talap ikut aku, harap mereka belajar banyak macam mana aku cuba selesai masalah ni. Aku tau mereka kecewa dengan cara pihak yang patut selesai masalah ni bertindak. Ingat pelajaran kedua, fokus kepada selesai masalah dan berhenti sebut masalah tu sebagai masalah tanpa berbuat apa-apa. Kerja itu orang tepi jalan pun boleh buat.
Aku jumpa orang asli di situ dan dia kata caj untuk Guide orang asli ialah RM1200. Oklah, untuk kumpulan besar macam kami - sekitar 40 orang memang perlu paling cikai pun sebenarnya 3 Guide. Duit ada RM400 saja sebab Guide lama kami nak pakai dua orang saja, RM800.
Aku keluar ke jalan masuk Kampung Makmur. Baru tadi 2 jam jalan kaki masuk ok? Aku jumpa Wan, orang asli lain yang aku tahan masa naik motor. Sebenarnya aku nak tumpang dia masuk ke Kampung Makmur balik sebab jam dah pukul 4 dan hari mula nak hujan.
Semasa dalam perjalanan masuk yang licin, motor Wan pancit dan ada pula pokok tumbang. Gila dugaan. Aku pujuk Wan jadi Guide kami. Dia rasa takut sebab memang sangat bermasalah kalau Guide seorang saja. Aku cakap pada Wan yang aku dan Fenzi akan ambil alih tanggungjawab Guide di tengah dan belakang. InsyaAllah, aku cukup yakin waktu itu dengan pengalaman yang ada aku mampu galas tugas ni. Wan akhirnya setuju untuk terima RM400, aku dan Fenzi buat kerja Pro Bono (percuma ok?). Tapi Wan cakap hari dah lewat, basah lencun kami waktu itu. Ok, kami akan mulakan perjalanan esoknya usai sarapan pukul 8.30 pagi.
Selesai masalah. Aku consult semua orang. Semua lega.
Aku harap kalian kalau nak ambil amanah, tunai amanah baik-baik. Jangan bila ada masalah, kau tuding orang lain seolah-olah kau tak terlibat mengaturkan semuanya dari awal. Lebih celaka, jangan fitnah seolah-olah aku yang atur semua perancangan. Kau boleh tanya budak-budak yang ikut aku ekspedisi, dan kenapa mereka memang selalu lantik aku sebagai event organizer. Biar aku cakap terus terang aku pun bukan yang paling best, tapi bila kau bagi aku kerja, aku akan agih dan pastikan kau buat kerja (walaupun kadangkala aku kena buat kerja kau).
Bila kau kerja sebagai TEAM, kau jangan buat kerja macam kau Superman ok?
Tuesday, December 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tu sbb semorang percaya kau kan ?
ReplyDeleteaku pun percaya kau :)
sbb kau adil dlm mberi tugas kerja :)
*dan aku salu mengelat :p*
tp klu kt utan aku lg percaya guide..sbb aku x penah masuk utan ngan ko kot so aku xtau camne cara ko...=P
ReplyDeletehaha, manny..kalau kau ikut aku, aku nak suruh kau solo camping sekali :p
ReplyDeleteerr, lin..kesian air mata aku tumpah kerana masalah korang. celaka sungguh pengalaman itu!
tapi ia buat aku tau siapa ambil kesempatan dan siapa yg betul2 nak belajar.
xnk2...aku xnk solo camping..aku berani tp bukan hati kering..
ReplyDeletesape yg adil bg tugas keje..
ReplyDeleteamin ke..issh, xsgt rasenye..
huhuhu..
act, dia smart dlm membahagikan tugas mayb la, adil 2 bergantung pd situasi or keje yg ditugaskan..
huahahaha..
aahhhh..
ReplyDeleteden_carnal mula menunjukkan ketidakpuasan hati dia nmpk?? mgkin kah dia slh sorg yg mberontak di dlm pbhgian tugas si amin?
:p
hahaha...den carnal, aku malas nak komen, hahahahaha
ReplyDeletelin..dia kan den carnal. perlu ke kita jawab komen dia? :p
huahaha..
ReplyDeleteade pembalasan yg tidak enak juga di situ..;p
hahahaha
ReplyDelete:p