"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam" kata TG Haji Hadi di sini.
Dalam berita yang sama dinyatakan hudud sukar dilaksanakan kerana negara tidak stabil.
Pada aku, ini hujah yang lemah dan sandaran yang salah. Minta maaf, mungkin ini sebab utama kepemimpinan dan kepimpinan PAS tidak begitu diyakini meskipun umumnya aku anggap orang-orang PAS harus dihormati kerana wara' dan pengorbanan mereka atas maksud agama cukup tinggi.
Nice try.
* Patutlah orang tertentu kena runding dengan UMNO-BN, proses persuasif dengan hujah yang macam ni rupanya...
** Jangan ambil hati kawan-kawan yang pro-PAS. Kadangkala jadi orang luar ni lebih banyak nampaknya, tapi aku tau bagaimana sukarnya politik. Anggap ini proses ok?
memang kenyataan yang salah... aku tak fikir TGHH faham konsep "Islam untuk semua".
ReplyDeleteANA HARAP ANTA TOLONG KOMEN SIKIT,KOMENTAR YANG ANA COPY PASTE INI………….. bungaraya said…
ReplyDeleteSelepas habisnya pemerintahan Khalifah Al-Rasihidin yang empat, timbul pemerintahan Abbasiyah dan Umayiah dan seterusnya, dan sejak Bani Abbasiyyah menerajui pemerintahan islam lagi para ulamak tidak lagi berada ditampuk pemerintahan negara islam. Islam berkembang hingga ke barat dan Asia dan Gebenaornya terdiri dari pejuang-pejuang islam yang bukan ulamak. Namun islam terus berkembang. Ramai ahli ilmuan yang bukan sahaja mahir dalam pentafsiran Al Quran dan Hadith dan Usuluddin dan Syariah dan hukum hakam islam yang bercambah, malah ahli kajibintang, ahli geogharaphy, ahli mathematik dan sebagainya yang dianggap oleh sebilangan ortodok islam sebagai sekular. Negara Turkey juga ramai yang mempertikaikan islamiknya apabila Othman Antartuk menjadi pemerintah negara tersebut. Tapi ramai juga yang menganggap sampai kini itulah sahaja negara terbesar islam dikawasan sebbelah eropah.
Sehingga kini berapa banyak negara islam didunia ini yang mengamalkan / melaksanakan hukum hudud? Kafirkah mereka jika tidak melaksanakan hukum tersebut.
Saya duduk dalam sebuah negera islam seperti Malaysia. Saya kata saya seorang penganut islam sejati. Sembahyang lima waktu sehari, saya juga kadang-kdang bangun waktu malam dan membuat sunat tahajud, kadang terus sampai kepagi membuat kial mulail. Saya melaksanakan arahan puasa bulan ramadahan, saya melaksanakan zakat dan saya seorang haji. Kadang jemahan islam kampong saya memanggil saya untuk membaca doa tahlil. Negara saya tidak mengamalkan hukum hudud. Bagi pihak saya secara ain saya telah membuat suruhan Allah dan meninggalkan larangan nya. Insyallah saya akan diterima sebagai salah seorang yang beriman dan termasuk orang-orang yang salleh. Mungkin kah saya bersalah kerana tidak marah kepada kerajaan?. Aatau mungkin salah berdosa kerana tidak memaki dan menuduh kerajaan munafiq sepertyi Bro dan kifli?
askm amin,
ReplyDeleteaku tak terlibat dengan politik, tapi aku melihat cara TG Hadi berdepan dengan media agak kurang konsisten dan agak kurang cerdik.
Hujah ttg hudud ini semua orang PAS sudah sedia maklum cuma amat penting yg bukan islam dan org islam di dalam PKR dijelaskan ttg ini.
Yg DAP dan PKR pulak tak payah terlampau melenting bila disebut ttg hudud.
sbnrnya aku tersangatlah pelik bila ramai org yg melompat2 bila dibangkitkan ttg hudud ini.come on la,hudud just a small part in Islam, but still, in Islam u've to take all parts without leave any single part.
Tapi mungkin betul, tahap keimanan/kepercayaan manusia terhadap tuhan adalah berlain2 tingkat. PAS perlu jaguh di dlm hal ini, dakwah(yg selalu aku tgk PAS selalu gagal). Dan jika semuanya selesai,pada akhirnya hidayah itu tetap menjadi hak tuhan.
salam.
ReplyDeletesaya akan cuba memberi pandangan kemudian. sangat letih sekarang..nanti ya bila dah rasional sikit :)
ok, pada saya begini..
ReplyDelete1) kita harus punya cita2 yg sama dgn Rasulullah s.a.w. iaitu berharap seluruh umat ini dapat redha Allah s.w.t.. Pemikiran begini yang harus diterapkan kepada semua dan ini sebab saya lebih selesa dgn fikrah tabligh.
2) saya tak fikir DAP dan PKR salah bila melenting. pertamanya LKS sendiri pernah mengajak TGHH 'berdebat' pasca 1998 di mana akhirnya DAP keluar BA. TGHH tak sahut seruan tersebut, satu peluang yg saya kira sangat sayang utk tonjolkan inkulivisme PAS.
3) ada bahagian dari ilmu agama ini rumit juga utk difahami kerana telah disusun dlm tema-temanya sptmana ustaz Hasrizal sering kongsi. Tapi saya berpendapat umat tidak boleh disalahkan tentang ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri tak pernah menyampaikan rumusan yg begitu. ini bukan beerti saya menolak rumusan ilmu begini, cuma saya harap kita tak mengongkong fikiran kita sendiri. pada saya dgn membebaskan pasaran idea, kita akan menemukan ulama' berkualiti dan ummat yang terdidik utk belajar dgn lebih tekun.
4) menghentam kerajaan bukan bukti kita lebih Islam. kita perlu jelas bahawa dakwah Islam ialah dengan menekankan perkara prinsip dan berlapang dada dengan perkara furu'. Saya sering menemukan penekanan prinsip yg sering tidak kuat serta boleh diragukan penghujahannya. Keluasan awlawiyyat itu yang menjadikan dunia ilmu ini sangat mencabar.
5) kita harus ingat, berbeza pendapat harus terus bersahabat. kita tidak berebut syurga sbb jika kita layak, Allah s.w.t. akan beri kita ruang yang cukup. ini kenyataan bersifat self-interest supaya kita ingat bahawa kita buat semua ni selain untuk Islam, ia juga utk keselamatan kita di dunia dan akhirat.
6) saya yang sangat lemah dan jahil ini sekadar berkongsi pandangan. saya belajar dan mengajar diri untuk cuba tegas dengan prinsip dan berlapang dada dengan masalah kerana saya fikir masalah ini adalah cara Tuhan mahu membawa kita ke tingkat yang lebih baik.
Wallahu'alam.
tg abdul hadi awang org baik dan alim la kot tapi bukan ahli siasah yang cerdik. dunia skrg ini mungkin dia tak faham dan kaji sepenuhnya.
ReplyDeletewallahuaklam
k.nirah