Pagi tadi aku tidur jam 4 dan bangun jam 530 (1 jam setengah kerana menikmati perbualan di lobi dengan seorang teman). Slot pagi ini bermula seperti biasa diisi oleh Mr. Anupam yang terbang langsung dari India untuk sesi Cyber Governance.
Aku mencuri sedikit masa terluang - kira-kira 2 jam - untuk mendapatkan buku-buku yang ada. Serius, program kali ini agak tertekan sebab jadual yang ketat. Para peserta mengomel gakla sebab tak sempat nak shopping apa-apa yang patut (hence, Ms. SNM, Den Carnal and Koi, I'm really sorry for this. Even my mom pesan tudung pun I couldn't manage to get it, sigh!).
Petangnya kami ke Kementerian Negara Pemuda dan Olahraga (Kementerian Belia dan Sukan) untuk sesi bersama Menteri Indonesia dan kemudiannya mengikuti Forum Asean as a Superstates.
Malam tadi kami menghabiskan malam terakhir dengan ke Anchol untuk makan malam istimewa. Rakan-rakan alumni Indonesia dari Asian Renaissance 2.0 juga hadir - A'an (Jakarta Post), Pak Hamka, Pak Badar dan Dete. Ya, mereka aku kenal semasa 2.0 dan aku mungkin bertuah kerana dipilih sekali lagi untuk 3.0. Tahun depan mungkin aku tidak ikut serta.
Esok hari terakhir kami akan ke Universitas Indonesia kerana DS Anwar akan memberi Pidato Asian Renaissance sebelum kemudiannya majlis penutup dibuat di sekretariat ASEAN, Jakarta.
Jadual penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 8 waktu Indonesia.
* Aku masih terbayang saat kami berakit di Lido, kelihatan dua anak kecil (aku rasa berusia sekitar 4 tahun) sedang meniaga ikan, udang (kedua-duanya hidup!) dan pisang di pinggir sungai.
** Aku masih terbayang anak kecil (rasanya sekitar 7-8 tahun) datang menyapa kami di Lapangan Terbang untuk mencuci sepatu.
Ya Allah, mereka saudara kami sesama manusia. Sempadan negara tak pernah menghilangkan rasa kasih sesama manusia. Kau permudahkanlah apa yang baik untuk mereka.
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
soccay bro! lagipun, x sure kau pandai bargain ke idak! hehehe :p
ReplyDeletesalam Amin,
ReplyDeletesampaikan salam gue buat alumni Indonesia dari Asian Renaissance 2.0.