Pergh, hilang pula tulisan tadi, ces!
Hari ini kami ke Kebun Raya, Bogor - sekitar 30 minit perjalanan. Jalan agak macet (sesak) dan aku terpandang satu papan tanda - Bogor Bandar Beriman (wah kagum gitu!). Hirman beritahu bahawa ia bermaksud Bersih, Indah dan Manusiawi, ahah!
Di Indonesia, sebagaimana kita boleh lihat di Malaysia sejak kebanjiran rakyat Indonesia mencari rezeki, tak sukar kita temukan kata ringkas ini misalnya Wartel dan Warnet - Warung Telefon dan Warung Internet. Kami menaiki Angkot untuk ke Kebun Raya - Angkutan Kota!
Di Taman Botani (haha, ini sebenarnya Kebun Raya!) kami bukan hendak belajar pokok. Soft launch dibuat di bawah pokok di mana kami mendengar khutbah pendahuluan di sebalik Asian Renaissance. Ya, ia bertitik tolak daripada usaha convivencia DS Anwar dan bagaimana Asia menatang kebangkitan ekonomi semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Buku ini ternyata menjadi batu tanda yang memisahkan idealisme DS Anwar dan TD Mahathir namun dalam versi Bahasa Melayunya, ternyata DS Anwar lebih gemar melihat ini sebagai sinergi meskipun TD Mahathir tegar dengan hujah nilai Asianya.
Tatkala DS Anwar terpenjara, projek ini ditangguhkan selepas beberapa siri telah digerakkan. Ia hanya dihidupkan semula selepas DS Anwar pulang dari luar negara. Dulu aku pernah bertanya DS Anwar tentang usaha menerbitkan semula buku ini. Jawabnya sudah tentu dan dia berharap dapat menambah dua bab untuk terbitan terbaru - tidak silap aku berkaitan Akauntibiliti dan juga Pentadbiran yang baik (good governance).
Ahah! Kami makan ais krim yang dibelanja oleh dua sahabat - kira-kira 100 ribu rupiah dihabiskan untuk semua yang makan :p Dalam perjalanan pulang kami singgah di gerai makan Fathur - Cafe Renaissance yang baru dibuka dua hari lepas! Sempat juga sepanjang perjalanan yang lebih lama ini kami berbincang tentang persoalan Islam, Liberalisme dan Convivencia kaum di negara masing-masing.
Usai Zohor dan makan tengah hari, kami memulakan sesi awal dengan penerokaan retorika Obama. Agak menarik perbincangan yang berlaku terlepas perdebatan polisi di Amerika. Kemudian kami dilepaskan untuk solat Jamak sebelum mengikuti latihan fizikal bersama Lintas Adventure.
Malam ini kami bersama sdr. Farouk Abdullah dan berkongsi pandangan sekitar persoalan ekonomi semasa. Beliau tiba sedikit lewat kerana jalan yang macet. Maka, kami menggunakan masa terluang untuk memperhalusi pembangunan resolusi program berkaitan Asia sebagai Superstates.
Malam ini kelihatan semua sangat letih kerana sekitar 40 minit bergelut dengan aktiviti rafting pada petang tadi.
* Sebenarnya tulisan seumpama ini telah dihantar sebelum makan malam tadi tapi entah kenapa tak keluar - tak sempat save rasanya sebab kalut sangat.
** Cet, kerana songkok semalam ada pula yang ingat aku artis Raihan, hahaha (yang ni betul-betul bikin gua tak tahan - yang mana satulah agaknya?).
Monday, December 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oh abg fahri!!
ReplyDeletedh tuka jd raihan pulak dahhh!!